Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sorotan 2021 Gamer Santai – Terima kasih pembaca sekalian!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
December 29, 2021
in Artikel, Berita, Eksklusif, Esports, Filem, Genre, Pendapat, Tempatan, Tinjauan & analisis
0 0
0
Sorotan 2021 Gamer Santai – Terima kasih pembaca sekalian!
0
SHARES
309
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Gamer Santai (GS) sudah ditubuhkan sejak tahun 2017 dan memandangkan tahun baru semakin hampir, saya sukacita mengumumkan bahawa kami kini meraikan ulang tahun ke-4. Seperti yang awak semua tahu, pelbagai cabaran dan dugaan telah menimpa Malaysia pada tahun 2021 termasuk wabak COVID-19 dan bencana banjir, tetapi secara beransur-ansur negara kita semakin pulih selepas ramai menghulurkan bantuan. Kami di Gamer Santai juga ingin memainkan peranan untuk bantu rakyat Malaysia dengan menyampaikan berita, nasihat, dan pendapat tentang topik berkaitan. Dengan itu, saya berbesar hati ingin ucapkan terima kasih kepada semua pembaca kerana tanpa sokongan anda, kita tidak mungkin dapat melakukan banyak perkara hebat pada tahun ini. Berikut adalah sorotan utama Gamer Santai pada tahun 2021!

gamersantai.com

Peluang membuat review untuk banyak game AAA & teknologi hebat

Game datang dalam pelbagai bentuk dan genre, daripada game AAA besar seperti Far Cry 6 hingga ke karya indie hebat seperti Cris Tales. Tetapi, memandangkan banyak game baru keluar setiap bulan, apa yang sebenarnya berbaloi untuk cuba? Di situlah kami datang untuk membantu.

Menulis sebuah ulasan atau “review” adalah salah satu tugas paling penting di Gamer Santai kerana masa inilah kami dapat membantu anda membuat keputusan untuk membeli sesuatu game atau produk cara tanpa merugikan wang. Ulasan kami terdiri daripada dua faktor: memberi pendapat/pandangan kritis jika ia berjaya atau gagal, dan memberi maklumat sebanyak mungkin untuk menentukan sama ada ia berbaloi untuk didapatkan.

Pada tahun ini, kami telah mencuba dan menulis banyak review untuk judul hebat-hebat belaka seperti Returnal, Resident Evil Village, Ratchet & Clank: Rift Apart, Tales of Arise, beta Elden Ring dan sebagainya. Bukan itu sahaja, review saya juga tampil dalam “Accolades Trailer” Spider-Man: Miles Morales manakala produser Scarlet Nexus Kenji Anabuki telah retweet review saya untuk game itu bagi menunjukkan tanda sokongan.

Anda boleh lihat pada saat 0.06.

Cukup lah min main game ni selama beberapa hari. Visual watak semua cun, combat sistem mantap.. tapi tak ada game yang bebetul 100% perfect. Inilah ulasan min untuk Scarlet Nexus 🤓#SCARLETNEXUS #review #gaminghttps://t.co/74GGJnEJd9

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) July 6, 2021

Selain daripada game, saya juga ada kata di atas yang kami juga membuat review untuk sejumlah produk berkaitan gaming seperti laptop, monitor, keyboard, mouse, controller, smartphone dan sebagainya oleh jenama-jenama terkenal termasuk Razer, ASUS, Acer, vivo dan lain-lain. Antara produk-produk hebat yang dicuba tahun ini adalah vivo X Mobile Legends Y76 5G, Nintendo Switch OLED, kerusi gaming Razer Enki, laptop ROG Zephyrus G14 Alan Walker, ROG Phone 5s Pro, Predator Helios 300 versi 2021, MSI Stealth 15M, dan banyak lagi.

Walaupun kami cuba memberi ulasan sebaik mungkin, setiap game atau produk sebenarnya tidak boleh diukur secara objektif sejauh mana bagusnya. Semuanya mempunyai matlamat untuk memberi keseronokan dan kemudahan kepada pemilik. Oleh itu, perkara yang kami tulis dalam setiap ulasan menjelaskan “bagaimana ia mencapai matlamat tersebut” mengikut perspektif si pengkritik. Cuma, saya berharap review kami dapat membantu anda serba sedikit membuat pilihan.

Temu ramah dengan ramai individu penting dari syarikat & jenama luar negara serta tempatan untuk tambahkan pengetahuan

Jika ingin mengetahui lebih lanjut tentang industri gaming, sudah tentu kita akan bertanya kepada individu yang mempunyai pengalaman langsung. “Jangan kedekut ilmu” – itu memang pengajaran yang penting dan sebenarnya, ramai pekerja profesional, streamer, artis dan sebagainya tidak kisah meluangkan masa untuk memberi nasihat atau maklumat penting tentang realiti bekerja dalam bidang, industri atau jawatan mereka.

Disebabkan pandemik COVID-19, kebanyakan temu ramah yang kita kendalikan tahun ini dibuat secara dalam talian. Tetapi itu tidak menjadi masalah untuk mereka berkongsi ilmu di mana beberapa tokoh antarabangsa penting seperti Yoko Taro (siri NieR), Sucker Punch (Ghost of Tsushima), Eidos Montreal (Marvel’s Guardians of the Galaxy), Blizzard, dan lain-lain.

Bagi temu ramah eksklusif, kami berjaya bertemu Ryozo Tsujimoto untuk berbincang tentang Monster Hunter Stories 2, Masaru Oyamada yang mendedahkan intipati Legend of Mana Remastered, Michael Bukowski dan Rob Gallerani yang menjelaskan cabaran membawa game klasik seperti Diablo II: Resurrected ke era moden, dan Jake Solomon tentang proses ciptaan Marvel’s Midnight Suns.

Nate Fox: Kiri // Joanna Wang: Kanan (Sucker Punch)

Untuk bakat tempatan, kita dapat belajar lebih tentang apa yang sedang berlaku di negara tercinta dengan membincangkan tentang PlayStation Studios cawangan Malaysia bersama Hasnul Hadi Samsudin, melihat bagaimana Wan Hazmer menerapkan elemen budaya tempatan dalam game, perkembangan e-Sukan nasional dengan Kenchi Yap, Yakuza XGaming, mewujudkan kesedaran tentang apa yang dihadapi oleh gamer wanita menurut ChuChu Gaming, serta mendapat info tambahan tentang latar belakang salah seorang artis paling prolifik di Malaysia iaitu Keith dari Gempak Starz.

Temu ramah kami tidak berhenti di industri gaming sahaja kerana kami dapat bertemu barisan pelakon dan pengarah dari filem live action Mortal Kombat dan anime bertukar realiti Cowboy Bebop.

Temu ramah ini juga memberi kami peluang untuk mempelajari lebih lanjut dan mendapatkan bimbingan daripada tokoh-tokoh berpengalaman tentang kerjaya masing-masing. Dahulunya dianggap sebagai satu aktiviti yang merugikan dan membuang masa, arus kemajuan gaming kini semakin mendapat sorotan dan perhatian khusus dalam kalangan rakyat dan ia menjadi tugas kami di Gamer Santai untuk melaporkan manfaatnya mengikut kata-kata orang yang sememangnya sudah mencapai kejayaan pada tahun 2021.

Giveaway eksklusif, jejak kaki ke acara fizikal, & menjadi juri di The Game Awards dan SEA Game Awards

Siapa saja yang tidak suka terima hadiah kan? Untuk menunjukkan tanda penghargaan kepada pembaca sekali, kami di Gamer Santai telah mengadakan sejumlah giveaway menarik termasuk memberi barangan terhad sempena pelancaran filem Godzilla vs. Kong, tiket percuma ke filem Mortal Kombat, game percuma New World bersama kerjasama ROG Malaysia, barangan terhad sempena filem Dune, dan mata wang Razer Gold & Silver percuma.

Yang paling besar mungkin adalah memberi peluang kepada 15 peminat dari Malaysia untuk bertemu pelakon Hollywood Henry Cavill secara sesi Meet & Greet maya. Selagi ada peluang, kita akan beri kepada pembaca apa-apa jenis hadiah menarik. Tidak salah untuk memberi, lagi-lagi untuk korang yang kekal setia dengan Gamer Santai supaya dapat memupuk interaksi yang akrab antara penulis dan pembaca. Itu pasti adalah antara sorotan utama Gamer Santai pada tahun 2021!

Teringin nak berjumpa dengan Henry Cavill? Inilah peluang anda‼️

LIMA BELAS rakyat Malaysia yang bertuah akan dapat sekali seumur hidup untuk bertemu secara maya dengan satu-satunya The Witcher, Henry Cavill 🙌#WitcherBravesMYhttps://t.co/MRV05w5BLs

— Gamer Santai (@GamerSantaiMY) November 23, 2021

Ke topik seterusnya – saya sebenarnya rindu nak pergi ke acara luar. Sekian lama terkurung di rumah, akhirnya peluang itu tiba apabila miHoYo menjemput kami untuk “singgah” di kafe Honkai Impact dan Genshin Impact sempena acara Hoyo Fest. Ini pun memberi kita peluang untuk bertemu para gamer dan cosplayer untuk tahu pendapat mereka tentang kafe jenis “berkonsep” memandangkan ia jarang dibuat di Malaysia dan mungkin kelihatan agak “asing” di mata beberapa pengunjung.

Sebelum menamatkan tahun 2021, kejutan terakhir yang kita terima adalah undangan untuk menjadi salah satu juri di The Game Awards 2021 dan SEA Game Awards 2021. Untuk menilai sebuah game jika ia layak untuk memenangi anugerah “Game Terbaik” memang tidak mudah lagi-lagi di peringkat global. Bagi Asia Tenggara, kita pun tidak harus bersikap bias dan kerana itu, saya setuju bahawa Coffee Talk dari Indonesia layak memenangi Grand Jury Award kerana kreativiti dan usaha mereka. Kedua-duanya merupakan tanggungjawab besar dan Gamer Santai amat bangga kerana dapat mengambil bahagian dalam peristiwa penting ini.

[TGA 2021] It Takes Two merangkul gelaran Game of The Year di The Game Awards 2021! Tahniah!

Menggandakan usaha pada tahun 2022 dan selanjutnya

Sebelum menamatkan artikel “sorotan Gamer Santai 2021” ini, saya ingin beritahu satu perkara terakhir. Anda semua telah banyak menyokong kami sepanjang tahun 2021 dengan membaca kandungan GS, berkongsi artikel GS, mengikuti media sosial GS, menonton video GS di Youtube, menyertai peraduan GS dan banyak lagi. Saya, Razin selaku salah satu penulis di Gamer Santai, amat berterima kasih kepada anda semua yang berkongsi visi sama untuk sama-sama meraikan kehebatan industri gaming yang hadir dalam pelbagai bentuk dan genre.

Kami telah mencapai kemajuan yang luar biasa sejak baru bermula pada 4 tahun yang lalu, dan fokus GS pada tahun 2021 adalah untuk mengukuhkan lagi kandungan sambil mengembang lebih besar. Kami masih sebuah organisasi yang kecil, dan banyak lagi yang perlu dipelajari, tetapi berkat sokongan dan bantuan anda, kami akan bersiap sedia untuk menangani lebih banyak cabaran pada masa akan datang. Terima kasih kerana bersama Gamer Santai.

Terima Kasih The Office Steve Carell GIFfrom Steve Carell GIFs

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: 2021esukanGamer Santaiinterviewreviewsorotan
Previous Post

Ubisoft mungkin menutup akaun yang tidak aktif selama 6 bulan!

Next Post

Manhwa Solo Leveling tamat dengan 179 bab! Pengakhiran yang mantap!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century
Berita

RGG Studio Memperkenalkan Semula Stranger Than Heaven, Dahulu Dikenali Sebagai Project Century

June 7, 2025
Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik
Berita

Onimusha: Way of the Sword Tampilkan Musuh Dalam Game & Aksi Combat Epik

June 7, 2025
Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC
Berita

Mundfish Umum Atomic Heart II – Bakal Lancar Pada 2026 Untuk Konsol & PC

June 7, 2025
Next Post
Manhwa Solo Leveling tamat dengan 179 bab! Pengakhiran yang mantap!

Manhwa Solo Leveling tamat dengan 179 bab! Pengakhiran yang mantap!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan
Berita

Game MOBA ‘Dragon Ball: Gekishin Squadra’ Umum Network Test & Platform Tambahan

June 5, 2025
Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!
Animasi

Ejen Ali The Movie 2 Catat Rekod Baharu Dengan Kutipan RM34.2 Juta, Hanya Dalam 11 Hari!

June 4, 2025
Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’
Berita

Pra-Pendaftaran Dibuka untuk RPG Open-World ‘The Seven Deadly Sins: Origin’

June 3, 2025
Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026
Filem

Filem Live Action ‘Under 18’ Dijangka Tiba Pada 2026

June 2, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd