Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Predator Helios 300 2021 – Laptop mantap dengan RTX 3070!

Maira by Maira
October 26, 2021
in Artikel, Berita, Review, Review Produk
0 0
0
[Review] Predator Helios 300 2021 – Laptop mantap dengan RTX 3070!
Share on FacebookShare on Twitter

Predator kini datang lagi dengan entri terbaru siri Helios 300 versi 2021. Dengan penggunaan kad grafik dari siri RTX 30, sudah tentu ia antara mesin buas yang membuatkan ramai gamer yang inginkannya. Terima kasih kepada Acer kerana memberi kami peluang untuk review laptop yang kelihatan hebat ini. Tanpa membuang masa, jom kita lihat kehebatan laptop Predator Helios 300 yang baru ini!

Reka bentuk Helios 300

Reka bentuk laptop ini agak futuristik warna hitam dan bahagian ventilasi berwarna putih. Pada bahagian belakang laptop itu juga mempunyai dua garisan biru pada bahagian kanan dan kiri laptop. Logo Predator juga dapat dilihat pada bahagian tengah. Logo itu akan bernyala apabila laptop dihidupkan yang sememangnya nampak hebat tetapi akan lebih hebat jika garisan biru itu juga bernyala. Laptop ini seberat 2.5 kg, ia agak berat untuk dibawa kemana-mana.

Untuk I/O port, Predator Helios 300 mempunyai tiga USB Type-A yang sememangnya penambahan yang baik. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai port USB Type-C yang menyokong pengecasan dan paparan luar. Helios 300 juga dilengkapi dengan port LAN, HDMI dan juga Display Port mini.

Keyboard dan Mousepad

Saya sangat suka menggunakan keyboard Predator Helios 300 ini kerana ianya senyap malah rasa bagus apabila menggunakannya. Anda mungkin memerlukan masa untuk biasakan diri menggunakannya kerana jarak kekuncinya agak dekat terutamanya apabila numpad juga tersedia di bahagian sisi.

Kekunci arrow, WASD dan PredatorSense mempunyai reka keycap yang berbeza dari yang lain kerana ia mempunyai bahagian lut sinar sekelilingnya. Jadi ia akan bernyala dan mudah untuk dilihat. Disebabkan keycap itu berwarna biru, jika anda memilih cahaya berwarna kuning, anda akan nampak cahaya berwarna hijau. Jadi pemilihan warna backlight akan mempengaruhi warna keycap itu.

Keyboard Helios 300 juga mempunyai empat kawasan RGB yang mempunyai pelbagai efek khas. Ia mempunyai butang turbo untuk menggunakan mod turbo. Apabila anda aktifkan mod tersebut, akan ada cahaya LED yang bernyala untuk menunjukkan bahawa mod tersebut telah diaktifkan.

Mouse padnya hanyalah biasa sahaja tetapi kedudukannya agak janggal. Jika tangan anda terletak atasnya ketika menaip, cursor anda akan bergerak sedikit. Ia agak menjengkelkan terutamanya ketika bermain game. Jadi anda perlu tutup mouse pad itu sebelum bermain. Selain dari itu, ianya selesa untuk digunakan.

Paparan skrin

Predator Helios 300 mempunyai paparan sebesar 15.6 inci yang menyokong resolusi 2560×1440 iaitu QHD dengan sokongan kadar penyegaran 165Hz bersama panel IPS. Imej yang dipaparkan nampak sangat bagus dengan warnanya yang terang dan sememangnya cantik. Ia juga mempunyai penambahan anti-glare yang sememangnya hebat dan nampak lancar dengan kadar penyegaran yang tinggi.

Bateri dan suhu

Bateri laptop ini tidaklah bagus kerana anda hanya mampu menggunakannya selama 3 jam walaupun digunakan untuk penggunaan biasa. Tetapi pengecasannya yang pantas terima kasih pada AC adapter 250W yang diberikan. Ia mengambil masa hampir sejam untuk cas dari 17 peratus hingga 83 peratus. Suhu laptop ini sebenarnya agak tinggi ketika gaming dan ia boleh mencecah 90 degree celsius sepanjang masa tetapi anda tidak akan merasa suhu panas itu ketika menggunakan keyboard. Jika anda hidupkan mod Turbo untuk prestasi tinggi, ia akan mengeluarkan bunyi yang sangat kuat. Jadi ia agak mengecewakan di situ.

Audio dan prestasi bermain

Untuk audio laptop ini, speakernya terletak pada bahagian bawah laptop. Walaupun begitu, Bunyi sangat jelas, kuat dan efek stereonya juga hebat. Laptop ini memperoleh skor 7627 dalam 3Dmark yang sememangnya mengagumkan untuk laptop yang mempunyai RTX 3070. Suhunya juga berada dalam aras 80 darjah celsius ketika menanda arasnya. Untuk PCMark pula, ia memperoleh skor 6315 dan lebih tinggi daripada laptop lain yang mempunyai spesifikasi yang sama.

Pengalaman gaming semasa menggunakan laptop ini memang terbaik. Saya sangat sukakan alat yang menunjukkan suhu dan fps ketika bermain dan gembira dengan prestasinya. Dengan resolusi QHD juga penambahan yang bagus. Saya ada bermain beberapa permainan dengan tetapan tinggi. Berikut adalah prestasi laptop untuk setiap permainan yang dimainkan:

  • Tales of Arise: Prestasi permainan ini agak konsisten walaupun fps akan turun dibawah 100 fps untuk seketika. Tetapi laptop ini mampu memainkan permainan ini dengan tetapan maksimum QHD dengan anggaran 95 – 110 fps. Ketika pertempuran dan segala efek kebolehan watak, nilai fps masih kekal.
  • CS:GO: Malangnya ketika bermain CS:GO, prestasinya tidak stabil. Bermula dari 120-150 FPS, dan ia merupakan perbezaan yang sangat besar dalam FPS yang kompetitif. Ia masih sangat bagus, tetapi tidak seperti yang diharapkan.
  • Far Cry 6: Fps juga tidak begitu stabil untuk permainan ini, mulai dari 30-50FPS, tetapi secara keseluruhan ini masih mempunyai pengalaman yang lancar.

Kesimpulan

Laptop ini sangat bagus dengan reka bentuknya futuristik dan keyboard RGBnya. Ia mempunyai RGB 4 zon dan anda boleh menyesuaikannya. Pengalaman gaming sangat bagus walaupun fps tidak sebagus yang dijangkakan tetapi semuanya boleh dimainkan dengan bagus dalam QHD. Kesimpulannya, Predator Helios 300 2021 merupakan laptop yang bagus dengan prestasi yang hebat. Jika anda berminat dengan untuk membeli Predator Helios 300 yang baru ini, ianya dijual dengan tanda harga RM 7699. Anda boleh melihat maklumat lanjut di laman web rasmi Acer. Untuk melihat artikel review kami yang lain, anda boleh klik pada pautan ini.

The Review

Predator Helios 300 (2021)

8 Score

PROS

  • Keyboard RGB yang bagus
  • Prestasi bermain game yang hebat
  • Keyboard tidak berasa panas ketika digunakan

CONS

  • Suhu laptop yang agak membimbangkan
  • Hayat bateri yang sedikit

Review Breakdown

  • Laptop ini sudah cukup hebat jika anda ingin bermainan game AAA. Tetapi anda perlu berada dengan plug untuk cas laptop tersebut. 0
Tags: 2021predatorPredator Helios 300Review Laptop
Previous Post

Ultraman Ribut – Jom kenali Ultraman pertama dari Malaysia!

Next Post

RAZER secara rasmi membuka ibu pejabat Asia Tenggara baru di one-north, Singapura!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
RAZER secara rasmi membuka ibu pejabat Asia Tenggara baru di one-north, Singapura!

RAZER secara rasmi membuka ibu pejabat Asia Tenggara baru di one-north, Singapura!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd