gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

Review ROG Phone 5s Pro: Semua game mampu urus, tiada masalah!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
October 8, 2021
in Artikel, Berita, Review, Review Produk, Smartphone, Teknologi
0 0
0
Review ROG Phone 5s Pro: Semua game mampu urus, tiada masalah!
Share on FacebookShare on Twitter

Diakui sebagai “gaming phone” paling hebat di dunia, ASUS berjaya meraih pencapaian yang tinggi selepas mengenalkan ROG Phone 5. Tidak cukup dengan itu, datanglah ROG Phone 5s Pro yang “sepatutnya meningkatkan lagi pengalaman pengguna dengan penambahan Snapdragon 888+! Persoalannya: Adakah prestasi yang ditawarkan oleh ROG Phone 5s Pro lebih hebat berbanding versi standard? Oleh kerana kami berpeluang menerima satu unit, inilah review saya untuk ROG Phone 5s Pro!

Apa yang baru?

Barisan original ROG Phone 5 mempunyai dua model – yang terdapat dalam 8GB / 128GB, dan 12GB / 256GB manakala edisi Pro dan Ultimate menambah beberapa perubahan reka bentuk dan lebih banyak lagi storan tambahan. Maka, muncullah ROG Phone 5s Pro yang menggantikan chipset Snapdragon 888 kepada 888+ dan menawarkan kadar sampel sentuhan 360Hz pada paparan. ROG Phone 5s Pro juga datang dalam konfigurasi RAM dan storan yang lebih tinggi iaitu 18GB / 512GB tetapi hanya boleh didapati dalam warna Phantom Black. Warna White Storm tidak tersedia untuk varian ini. Sebagai tambahan, Pro 5s disertakan sekali dengan aksesori AeroActive Cooler 5 di dalam kotak (dahulu perlu dibeli secara berasingan).

Namun, perbezaan terbesar ada di bahagian belakang kerana 5s Pro mempunyai paparan ROG Vision dan bukannya sistem pencahayan Aura RGB. Secara ringkas, ROG Vision dapat memaparkan animasi yang lebih kecil, dan memberikan maklumat penting mengenai status bateri semasa kita mengecas telefon pintar. Selain itu, ia mempunyai pelbagai animasi comel untuk menandakan apa kita sedang lakukan di telefon pintar seperti menerima panggilan, membuka permainan, menyambung aksesori ROG, dan lain-lain. Dari segi reka bentuk, memang tiada perubahan yang ketara. Anda boleh merujuk ulasan penuh kami untuk mengetahui lebih lanjut jika berminat tentang aspek ini.

SPESIFIKASI ASUS ROG PHONE 5S PRO

Badan 172.8x77.3x9.9mm, 238g; Kaca depan (Gorilla Glass Victus), kaca belakang (Gorilla Glass 3), bingkai aluminium; Gaming trigger, Touch sensor; Paparan PMOLED ROG Vision (di bahagian belakang)
Paparan 6.78 "AMOLED, 144Hz, kadar sampel sentuhan 360Hz, HDR10+, 800 nits (typ), 1200 nits (puncak), resolusi 1080x2448px, nisbah aspek 20:4: 9, 395 ppi
Chipset Qualcomm SMX50 Snapdragon 888+ 5G (5 nm): Octa-core (1x2.99 GHz Kryo 680 & 3x2.42 GHz Kryo 680 & 4x1.θ0 GHz Kryo 680); Adreno 660
Memori RAM 512GB 18GB; UFS 3.1
OS/Perisian Android 11, ROG UI
Kamera belakang Wide(utama): 64 MP, f/1.8, 26mm, 1/1.73 ", 0.8µm, PDAF; Ultra wide angle: 13 MP, f/2.4, 11mm, 125 darjah; Macro: 5 MP, f/2.0.
Kamera depan 24 MP, f/2.5, 27mm (wide), 0.9µm
Rakaman video Kamera belakang: [email protected], [email protected]/60/120fps, [email protected]/60/120/240fps, [email protected]; gyro-EIS; Kamera depan: [email protected]
Bateri 6000mAh; Pengecasan pantas 65W, 70% dalam 30 min, 100% dalam 52 minit (diiklankan), Pengecasan terbalik 10W, Power Delivery 3.0, Quick Charge 5
Lain-lain Pembaca cap jari (di bawah paparan, optik); NFC; Bicu 3.5mm

Paparan AMOLED 144Hz dengan kadar sampel sentuhan 360Hz yang lebih pantas

Salah satu peningkatan yang ditawarkan oleh ROG Phone 5s Pro adalah kadar sampel sentuhan 360Hz pada skrin sentuh Full HD Plus, di mana pendahulunya hanya 300Hz. Menurut sumber dari Asus, upgrade ini telah menurunkan latensi sentuhan dari 24.3ms ke 24ms. Selain itu, paparan Asus ROG Phone 5 Pro masih sama dengan varian Standard dengan ukuran 6.78 inci dan refresh rate hingga 144 Hz. Satu perkara penting yang korang perlu tahu ialah ini antara paparan yang paling fleksibel dalam industri di mana kita dapat bertukar antara 60Hz, 90Hz, 120Hz dan 144Hz. Bukan penambahan baru tetapi saya perlu ingatkan bahawa ROG Phone 5s Pro mempunyai panel 10-bit, dengan sokongan HDR10+, serta persijilan Widevine L1, yang menjadikannya sempurna untuk aktiviti streaming dan kandungan HDR.

Prestasi gaming, solusi penyejukan, dan ujian pengecasan

Sekarang kita bincang tentang bahagian paling penting dalam mana-mana review iaitu prestasi ROG Phone 5s Pro! Seperti yang sebutkan di atas, varian 5s Pro mempunyai chipset Snapdragon 888+ dan RAM LPDDR5 sebanyak 18GB. Chipset 888+ terang menyala adalah suatu peningkatan berbanding Snapdragon 888, dengan total lapan Kryo 680 CPU core dan GPU Adreno 660 berdasarkan proses 5nm. Konfigurasi CPU ini dapat mencapai hingga 3.0 GHz pada Snapdragon 888+, manakala ia terbatas pada 2,84 GHz pada Snapdragon 888. Namun, disebabkan ia berfungsi pada kadar yang lebih tinggi, chipset ini pun dianggap “sukar untuk disejukkan”.

Solusi penyejukan tidak mengalami apa-apa perubahan di mana kebanyakan komponen yang menghasilkan haba diletakkan di tengah-tengah telefon pintar. Ini bermaksud seluruh bingkai logam boleh digunakan untuk mengurangkan haba dengan lebih berkesan. Tambahan pula, aksesori AeroActive Cooler 5 yang tersedia sekali dalam kotak sebenarnya untuk meningkatkan lagi keberkesanan dengan mencantumkan aksesori ke bahagian belakang telefon. Walaupun saya kata begitu, itu tidak bermaksud ia 100% berkesan. Permukaan suhu tetap akan meningkat andai kata kita bermain game dengan visual grafik yang intensif, tetapi jangan risau. Suhu sahaja yang panas dan ia tidak berbahaya untuk disentuh.

Jika dibandingkan dengan ROG Phone 5 Ultimate, yang juga mempunyai RAM 18GB, prestasi untuk ROG Phone 5s Pro “sedikit lebih baik”. Jangan salah faham dengan apa saya kata. Ia masih hebat, cuma peningkatannya tidak begitu tinggi seperti yang saya sangkakan. Selepas membuat ujian penanda aras, peranti ini berjaya mencatat markah 5914 dalam 3DMark manakala ROG Phone 5 Ultimate mencatat markah 5810. Seperti yang saya kata, bukan perbezaan yang besar, tapi masih suatu peningkatan.

Ujian 3DMark:

3DMark Benchmark 13DMark Benchmark 1
3DMark Benchmark 23DMark Benchmark 2
3DMark Benchmark 33DMark Benchmark 3
3DMark Benchmark 43DMark Benchmark 4

Selaku phone gaming paling hebat di pasaran, mestilah saya nak lihat prestasi untuk bahagian gaming pula memandangkan chipset pun baru. Pertama sekali, saya menguji Genshin Impact di ROG Phone 5s Pro pada tetapan maksimum dengan 60FPS. Malangnya, telefon ini cepat panas, tetapi sekurang-kurangnya framerate kekal stabil walaupun di bawah tekanan dan secara konsisten akan cecah antara 60FPS. Seterusnya, saya cuba Pokemon Unite yang berjalan dengan lancar walaupun pelbagai aksi dan kesan khas serangan sedang berlaku sekaligus di atas skrin. Game MOBA? Memang tiada hal tidak kira MLBB atau LoL: Wild Rift. Tetapi untuk melihat jika ia benar-benar lancar seperti yang disangkakan, saya mencuba game kompetitif FPS seperti PUBG Mobile dan CoD Mobile pada tetapan maksimum. Itu pun terbukti tidak menjadi masalah.

Genshin Impact:

Genshin 1Genshin 1
Genshin SettingGenshin Setting

Pokemon Unite:

Pokemon Unite 5Pokemon Unite 5
Pokemon Unite SettingPokemon Unite Setting

Call of Duty: Mobile:

Screenshot_20211006-173825407Screenshot_20211006-173825407
Screenshot_20211006-173438189Screenshot_20211006-173438189

Secara umum, semua game boleh diuruskan pada tetapan tertinggi di ROG Phone 5s Pro. Cuma harus diperhatikan bahawa tangan anda mungkin akan terasa haba daripada peranti jika digunakan untuk jangka masa yang lama. Dari segi jangka hayat bateri, ROG Phone 5s Pro mempunyai kapasiti bateri sebanyak 6,000 mAh. Walaupun terdapat sedikit variasi dan perbezaan di sana-sini, ROG Phone 5s Pro pada dasarnya mempunyai daya ketahanan yang sama dengan ROG Phone 5 versi standard.

Pendapat

Secara keseluruhan, Asus ROG Phone 5 Pro tidak mempunyai peningkatan yang ketara. Paparan ROG Vision di bahagian belakang nampak seperti fitur yang menarik, tetapi hanya memberi faedah praktikal tertentu dalam kehidupan seharian. Apa yang bagus kali ini adalah penambahan chipset Snapdragon 888+, dan aksesori AeroActive Cooler 5 yang kini disertakan sekali dalam kotak untuk penyejukan berganda.

Secara pendapat peribadi, ROG Phone 5s Pro tetap menjadi “gaming phone” terbaik buat masa ini, dengan konfigurasi yang canggih. Ini pasti memuaskan hati mana-mana gamer yang tegar. Tetapi ia bukanlah upgrade yang “wajib”. Asus ROG Phone 5 pun sudah cukup bagus kerana versi 5s Pro lebih tertumpu kepada minoriti gamer yang inginkan prestasi terbaik dari peranti mereka.

Itu sahaja untuk review kami bagi Asus ROG Phone 5s Pro yang kini dijual pada nilai harga RM4,999.00! Jika anda berminat,  sila layari laman web rasmi atau pengedar sah untuk membeli produk tersebut.

Untuk segala liputan kami tentang produk Asus, sila tekan pautan ini.

Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!
Tags: Asusphone gamingreviewROG Phone 5ROG Phone 5s Proulasan
Previous Post

Sumpahan dan dendam – Ini senarai anime horror untuk anda layan!

Next Post

Siri ASUS ROG Phone 5s rasmi diumumkan di Malaysia pada harga bermula RM2,999!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!
Smartphone

vivo X90 Series — X90 dan X90 Pro Tersedia di Malaysia Secara Rasmi! Harga Bermula RM3699!

February 3, 2023
Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!
Movie/siri

Siri The Last of Us lari kena kecam online, mempunyai adegan “gay bercium”!

February 3, 2023
Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]
Fakta & Trivia

Jujutsu Kaisen: Kematian Paling Mengejutkan Dalam Siri! [SPOILER]

February 3, 2023
Next Post
Siri ASUS ROG Phone 5s rasmi diumumkan di Malaysia pada harga bermula RM2,999!

Siri ASUS ROG Phone 5s rasmi diumumkan di Malaysia pada harga bermula RM2,999!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter Kami

Tweets by GamerSantaiMY

ANIME

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

Antara filem yang dinanti-nantikan pada tahun 2023 di Malaysia!

by safwan
February 2, 2023
0

Selepas beransur dari fasa pandemik pada tahun lepas, kita telah melihat dunia hiburan yang semakin riuh dengan pelbagai filem ditayangkan...

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

Rehat Mengejut! Tiada Bab Baru Manga My Hero Academia Selama Dua minggu!

by Maira
February 2, 2023
0

Minggu lepas, manga My Hero Academia telah kembalikan Shigaraki setelah dia diambil alih oleh All For One sekejap. Peminat memang...

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

Koleksi UT UNIQLO Attack on Titan Akan Tersedia di Malaysia 20 Mac ini!

by Maira
February 2, 2023
0

UNIQLO akan mengeluarkan Koleksi UT terbaru dengan kolaborasi siri anime popular, Attack on Titan. Terdapat lapan reka bentuk yang anda...

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

‘SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake’ kini tersedia di Switch, PC, PS4 & XB1 – Selamatkan Bikini Bottom!

by Razin Syafiq
February 1, 2023
0

Siap sedia untuk menyelamatkan Bikini Bottom dalam game 'platforming adventure' serba baharu, SpongeBob SquarePants: The Cosmic Shake oleh THQ Nordic -...

  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2017 - 2022 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In