Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pengalaman “comel” kami sewaktu berada di HOYO FEST Honkai Impact

haziq by haziq
November 5, 2021
in Acara, Online Game, Open World
0 0
0
Pengalaman “comel” kami sewaktu berada di HOYO FEST Honkai Impact
Share on FacebookShare on Twitter

HOYO FEST Honkai Impact telah memulakan festivalnya pada hari ini. Ia diadakan sebagai acara tahunan bagi para pemain untuk menyambut dan mengingati saat-saat mengembirakan semasa bermain dan juga berjumpa dengan watak kegemaran di dunia sebenar! Kami berpeluang untuk mengikuti acara ini dan akan share pengalaman sewaktu di myBurgerLab. Terletak di tengah-tengah Pusat Perniagaan myTOWN, myBurgerLab merupakan sebuah restoran bertema yang jarang ditemui di Malaysia. Jom kami tunjuk apa yang ada di HOYO FEST.

Susun atur bahagian luar HOYO FEST

Dari luar restoran tidak begitu jelas kelihatan tema dan event Honkai ini, jika anda tidak memberi perhatian, anda akan pasti terlepas melaluinya. Ini kerana, kurang watak kadbod standee, mahupun hiasan dilakukan di luar. Acara ini akan menjadi lebih menarik jika mempunyai lebih banyak barangan dan hiasan Honkai Impact 3 di luar untuk memeriahkan lagi acara itu. Perkara Honkai yang kita boleh lihat adalah pelekat-pelekat pada kaca dari sisi lain di luar dan beberapa pemandangan dalaman seperti meja, poster, dan tempat letak kadbod yang tersembunyi di dalam kedai. Menu dari kedai juga agak sukar dilihat dan agak tersorok.

Bahagian dalam HOYO FEST

Dari dalam restoran pula, poster Echoes of Starlight dan poster HOYO FEST boleh dilihat sebaik sahaja kami masuk. Meja juga dibalut dengan poster HOYO FEST. Terdapat juga 3 watak kadboard standee seperti Kiana, Mei and Bronya, tetapi mereka semua tersembunyi di bahagian belakang. Mereka mempamerkan merchandise di atas rak di belakang kaunter, tetapi malangnya kami tidak sempat membeli kerana telah habis dijual. Jika anda membelanjakan RM20 atau lebih, anda akan menndapat poskad penghargaan Echoes of Starlight dicetak di bahagian hadapan, 3 pelekat yang menampilkan Kiana, Mei and Bronya dan pelapik cawan yang berbentuk bulat. Pelapik cawan juga mempunyai tiga design, bergantung kepada jenis makanan yang dipilih.

Merchandise

Seperti yang Honkai menyatakan pada siaran FB mereka, hanya orang yang membeli makanan sahaja boleh membeli merchandise, dan kita perlu membelinya di kaunter. Apabila anda selesai memilih barangan daripada menu, mereka akan membungkusnya untuk anda dan anda tidak boleh kembali pada esok hari untuk membeli barangan tersebut. Stok adalah BENAR-BENAR TERHAD, kerana ia telah habis dijual untuk hari ini. Mereka akan mengisi semula setiap hari, tetapi jumlahnya sangat sedikit.

RelatedPosts

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

Pokémon Ambil Alih Kuala Lumpur! Dua Acara Hebat Yang Anda Wajib Sertai Sempena Ulang Tahun Ke-30!

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!

Makanan

Dari segi makanan, mujur kami bukanya jenis memilih sangat. Apabila makanan sampai, terus mampu menaikan selera kami. Makanan yang ditetapkan seedikit mahal, dengan yang paling murah ialah RM32. Kami telah memesan set Burger Borscht dan Raiden Nachos. Untuk raiden Nachos, ada sedikit rempah yang boleh dirasai. Untuk set Burger Borscht pula, terasa seperti burger daging lembu biasa dengan sedikit rasa manis.

Kata Akhir

myBurgerLab adalah salah satu tempat burger terbaik di Malaysia. Walau bagaimanapun, sebagai kafe rakan kongsi untuk miHoYo, pengalaman HOYO FEST Honkai Impact ke-3 terasa kurang memberangsangkan. Kami berpendapat bahawa standee watak perlu diletakkan di lokasi yang lebih stratgik supaya kami dapat melihatnya dengan jelas. Harapan kami supaya ada pernambahbaikan di masa akan datang sewaktu kerjasama bersama Tears of Themis dan Genshin Impact.

Tags: Honkai Impact 3rdHOYO FEST
Previous Post

League of Legends dan VALORANT kini di Epic Games Store!

Next Post

Review Super Robot Wars 30: Pabila semua mecha anime bergabung kuasa

haziq

haziq

Minat yang mendalam terhadap game dan anime hingga membuatkan menjadi wartawan gaming. Bermain game dari zaman belajar sehingga kini. Bermain dalam semua jenis MOBA dan Gacha game.

Related Posts

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Pokémon Ambil Alih Kuala Lumpur! Dua Acara Hebat Yang Anda Wajib Sertai Sempena Ulang Tahun Ke-30!
Acara

Pokémon Ambil Alih Kuala Lumpur! Dua Acara Hebat Yang Anda Wajib Sertai Sempena Ulang Tahun Ke-30!

June 3, 2026
Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!
Konsert

Bintang J-Pop Nami Tamaki Akan Mulakan Konsert Jelajah Asia “STARBOUND” 2026 Di Kuala Lumpur!

June 3, 2026
Next Post
Review Super Robot Wars 30: Pabila semua mecha anime bergabung kuasa

Review Super Robot Wars 30: Pabila semua mecha anime bergabung kuasa

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd