Baru-baru ini, kita telah dikhabarkan dengan persaraan seorang caster wanita terhebat kita, iaitu ChuChu Gaming dari bidang eSukan Malaysia. ChuChu Gaming telah menamatkan kariernya sebagai caster selepas bertugas untuk kejohanan PUBG Mobile Malaysia Championship 2021 pada 19 Julai lalu. Jadi, kami telah berpeluang untuk menemu ramah caster dan juga streamer yang sentiasa hadir dengan senyuman manisnya, iaitu Andriyana Binti Mohd Ghazali atau Chuchu Gaming!
GS: Chuchu perkenalkan diri dan latar belakang anda.
Hello, saya lebih dikenali sebagai ChuChu, tapi nama sebenar saya Andriyana Binti Mohd Ghazali. Umur orang cakap tidak perlu diberitahu tapi masih ditanya juga, jadi umur sekarang 32 tahun. Latar belakang sebenar adalah dari graduan perubatan, tetapi buat masa sekarang saya bekerja sebagai profesional shoutcaster, streamer, content creator, dan sebagainya yang berkaitan.
GS: Bagaimana boleh datangnya nama ChuChu Gaming ni? Adakah nama samaran ChuChu sejak dari kecil?
Saya lupa macam mana boleh dapat nama ChuChu ini, tapi rasanya sebab menyakat kawan nama dia Cuci, saya buat Cucu, kawan lain letak Coco dan Cici. Bila main DOTA dulu, nama semua lebih kurang sama dan bila lawan jumpa nampak seram la kan. Macam itu saja la, kononnya nak buat seram pada team lawan walaupun biasanya kami yang kalah.
GS: Bagaimana permulaan ChuChu menjadi seorang streamer dan caster?
Saya bermula dari caster sebenarnya. Dari kecil lagi keluarga kami memang kaki gaming, dari arwah abang sehingga adik paling hujung, termasuk mak ayah saya pun main game. Bermula umur 4 tahun kami sudah didedahkan dengan IT, masa itu zaman Windows 95 dan ayah ajar guna PC supaya kami tidak ketinggalan dari segi teknologi. Ayah saya seorang matang dari dulu sehingga sekarang sebab dia boleh tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Dari pendedahan ini, kami terbiasa main game dan mula bermain Warcraft serta Counter Strike sejak dari sekolah.
Kemudian mula bermain DOTA ketika berada di kolej matrikulasi, dan bila dapat sambung belajar di luar negara saya main menggunakan server Europe. Dari sini saya mula kenal kawan-kawan, main secara kompetitif, sertai pertandingan dan menganjurkan kejohanan untuk sesama pemain Malaysia yang ada di server Europe.
Pada mulanya, saya mahu memulakan sebuah keluarga, berkenalan dengan orang baru, ingin merapatkan pelajar kita yang tinggal di negara luar dan susah. Hanya mereka yang pernah tinggal di luar negara sahaja faham perasaan keluarga ini. Lagipun masa itu senang kalau ada ramai kawan dari luar negara yang berada berdekatan, sebab boleh pergi bercuti tempat lain tanpa perlu fikir duit sewa rumah.
Daripada sini saya mula menganjurkan kejohanan untuk pelajar Malaysia yang bermain di server Europe, dan menjadi caster untuk memeriahkan suasana tersebut. Karier casting saya bermula 2011, secara perlahan ada rakan-rakan di Malaysia menyedari yang saya buat commentating, dan beri peluang untuk membuat casting semasa kejohanan di Malaysia. Saya ambil peluang tersebut walaupun tiada gaji atau ganjaran yang diberikan ketika itu. Namun tahun 2015, saya berhenti seketika untuk fokus menghabiskan degree saya dan hanya membuat kerja dari backend dan membantu menganjurkan kejohanan untuk junior. Saya berhenti sehingga tahun 2018 dan balik Malaysia semula, ada masa untuk main sementara tunggu housemanship bermula.
Karier streaming saya bermula pada tahun 2016 di Mesir, tetapi internet tidak begitu bagus dan sukar untuk teruskan. Sebagai pelajar, kewangan kami ketika itu maggi pun boleh makan dua hari, jadi untuk sediakan internet dan PC yang bagus masa itu memang sangat mahal. Terpaksalah saya buat-buat saja cara hidup seperti pelajar masa itu.
Selepas kembali ke Malaysia, saya ingin sambung streaming memandangkan internet di sini sudah baik dan tidak salah untuk cuba buat sesuatu yang baru. Saya tidak pernah terfikir untuk jadikan streamer sebagai karier, tetapi hanya sebab suka untuk cuba benda baru sahaja. Saya mula dengan streaming secara seronok, gelak-gelak dan berbual bersama penonton untuk hilangkan rasa bosan masa main game. Masa itu memang tiada kamera, hanya menggunakan satu phone sahaja untuk buat streaming. Kemudian saya pinjam duit mak untuk beli phone gaming dan barang lain, tetapi bayar semula lepas dapat gaji dari jadi pembantu pensyarah di kolej komuniti.
Bila dah jadi streamer, saya mula kumpul duit untuk beli PC sebab memang bermula tanpa semua kelengkapan ketika itu. Saya menjadi pensyarah dan streamer ketika itu, jadi tidur memang dalam 2 jam sehari sebab siang kerja dan mula streaming pukul 12:30 malam ke atas sahaja. Kadang-kadang saya tidak tidur dan terus pergi kerja sahaja, tapi sebab minat jadi tiada masalah.
Alhamdullilah ada penganjur yang mula panggil saya untuk jadi shoutcaster dan organisasi pertama ambil saya secara rasmi adalah IO eSport atau dulu dikenali sebagai Mineski untuk Selangor Cyber Games. Mereka takut sebenarnya untuk ambil saya sebab orang kata bekerja dengan perempuan agak susah, dan ketika itu memang tiada shoutcaster wanita di Malaysia yang pergi jauh. Dari sini juga saya berkenalan dengan ramai orang hebat seperti Flava dan J-Hunter, jadi mereka tahu keupayaan saya sama ada boleh buat atau tidak. Ada sekali dalam podcast J-Hunter menjangkakan saya akan jadi caster di Malaysia satu hari nanti.
Walaupun ramai yang mempersoalkan kebolehan saya sebab ketika itu tiada nama lagi Malaysia dan seorang perempuan. Namun, siapa yang sudah berada lama dalam eSport pasti kenal sebab saya banyak membantu semasa di luar negara. Jadi kebanyakan orang Malaysia mungkin tidak mengenali saya ketika itu.
GS: Apakah reaksi keluarga dan rakan-rakan semasa anda mula menjadi streamer? Adakah mendapat sokongan penuh dari mereka? Jika mereka tidak setuju, apa kemungkinan yang akan berlaku?
Selepas habis degree, saya ingin berehat dan keluarga tidak melarang untuk bermain game walaupun sudah masuk ke alam kerja. Tapi bila di bahagian kerjaya ini, semua keputusan yang dibuat dalam hidup seperti kerja, pindah rumah atau dapat tawaran, saya akan telefon mereka dahulu. Kami sekeluarga akan duduk berbincang mengenai kebaikan dan kesan, langkah seterusnya serta apa yang saya mahukan. Kami bukan jenis buat keputusan mengikut hati tanpa berbincang dengan keluarga, sebab ianya akan memberi kesan kepada orang sekeliling. Saya perlu pastikan setiap keputusan tidak dibuat secara terburu-buru dan menyebabkan orang lain terkesan, terutama pada mak ayah.
Pada mulanya saya ingin buat part-time sementara menunggu panggilan housemanship, dan keluarga pun tidak ada masalah untuk itu. Cuma bila dah jadi full-time streamer ini agak sakit kepala sebab mereka mula tanya tentang kerjaya saya dalam bidang perubatan. Rugi bila dah lama usahakan degree perubatan tetapi tak digunakan sebab memang minat, jadi saya tidak boleh lari dari cabang perubatan ini. Walau apa cara sekali pun saya perlu teruskan.
“You have to face it, no matter what the problem you face in the world, like mine or yours yang kita tengah hadap sekarang ni pun. You cannot run, you have to face it. Later or now ke, it depends on when you going to handle it.”
Jadi saya tunda sementara kerjaya perubatan dan masuk ke bidang eSukan. Ianya satu gamble paling besar saya pernah buat dalam hidup, tetapi tidak ada penyesalan sebab saya ingin lihat sejauh mana boleh pergi dalam bidang yang kurang golongan wanita. Jika mahukan sesuatu, kita sendiri perlu buat dan tidak perlu untuk tunggu orang lain yang mulakan. Kalau tidak memang sampai bila pun ianya tidak akan terjadi. Saya yakinkan keluarga untuk sambung mengambil Master atau membuat academic research jika tidak dapat buat housemanship dan bekerja di hospital. Saya perlu memikirkan banyak rancangan lain untuk bersedia menghadapi sebarang kejutan yang tidak diduga.
“Kalau saya tak gamble last time mungkin saya dah jadi doktor yang official sekarang ni, dah dapat buat klinik sendiri and at the same time boleh buat eSport sendiri.”
Walaupun bukan mudah untuk keluarga saya menerima rancangan ini, Alhamdullilah dengan bantuan adik saya pandai “jek-jek” mereka dalam menerangkan kelebihan dan kekurangan yang ada di eSport. Saya tidak salahkan mereka kerana ianya sesuatu yang baru bagi kita semua, dan lumrah manusia untuk rasa takut menerima perkara baru walaupun mengambil masa. Apa-apa sekali pun kena berbincang dan fahamkan keluarga untuk setiap apa yang saya ingin lakukan supaya mereka tidak risau.
GS: Apakah halangan yang dihadapi sebagai seorang streamer wanita? Sebab ramai yang anggap wanita tidak hebat dalam game seperti lelaki.
Banyak cabaran sebenarnya tapi kita mulakan dengan gender discrimination, itu benda yang paling biasa kerana ramai menganggap yang wanita tidak boleh buat apa dan ianya menjadi normal di Malaysia. Saya agak kecewa pada mulanya, tetapi sudah ada perubahan sejak ramai wanita bakat baru dicungkil menjadi pemain profesional walaupun tidak begitu ketara. Sekarang kita boleh lihat penerimaan wanita dalam dunia game sudah ada.
Keduanya, ketika tahun 2008-2009 adalah zaman paling toksik untuk wanita sampai menyebabkan saya tidak mahu orang kenal sebagai perempuan. Dalam game saya tidak mahu buka suara untuk mengelakkan dari kata-kata toksik oleh pemain lelaki seperti “go make me sandwich in the kitchen! Go wash dishes!”. Tapi saya akan balas dengan nada yang tidak menjadi pergaduhan kepada mereka kerana cara kita mengawal situasi itu sangat penting supaya ianya tidak memberi impak dan perspektif orang terhadap saya.
“kau suruh aku buat sandwich dekat kitchen, kau pergi main barbie doll jela. Orang macam kau ni, nenek aku pun lagi hebat”. Itulah paling kuat pun toxic saya kan.”
Sebagai streamer kita tidak boleh cepat melenting atau terasa, terutama wanita. Kita jangan terlampau ikutkan perasaan marah atau terasa untuk elakkan kesan lebih teruk di masa akan datang. Lagi-lagi generasi sekarang, sekolah tidak pergi dan moral pun kelaut, tapi semua ini boleh belajar sendiri sebab ianya perkara asas. Kadang-kadang bila dengar suara perempuan terus yang lelaki jadi macam jakun sampai ada kena panggil beruk makyeh. Tapi itu dulu, sekarang lelaki akan cakap “saya carry awak” ahahahaha.
“Perempuan pun kena terima lelaki ada ego dia, memang lumrah mereka itu melindungi. Cuma wanita pun teringin nak rasa dia yang protect lelaki. Tak salah pun dorang jadi support dan perempuan yang carry kan? Sama-samalah. Nama pun tulang rusuk kiri kanan apa bagai kan? Terima jela ahahahaha.”
Untuk bahagian shoutcasting pula saya sangat terkilan sampai sekarang sebab tidak ramai penglibatan dan penerimaan dalam kalangan wanita. Mana-mana bidang sekali pun akan terjadi benda yang sama. Saya minta maaf ya kaum-kaum Adam. Contohnya, bila seorang wanita itu memberikan pendapat pastinya akan dilabel sebagai buat pandai atau tidak boleh pakai dan tidak didengari. Tapi bila lelaki yang benda sama dan dia ambil idea perempuan itu, semua akan kagum dan terima pendapatnya. Itu yang buat saya terkilan sampai sekarang.
Banyak kali dalam casting saya berikan fakta dan data kecil yang dikaji sampai tidak tidur siang malam ini, tetapi netizen dan caster lain memandang rendah pandangan saya. Namun, nak sedapkan hati sediri saya fikir “lumrah lelaki ada egonya”. Nak lagi deep “biarlah kita betul di mata Tuhan”. Bila anda melawan atau pegang perkara yang menyakitkan hati terlampau lama, nanti akan memakan diri sebab you be very bitter, semua benda jadi tidak ikhlas dan rasa nak marah orang. That’s how and when kita tengok ramai influencer, shoutcaster, selebriti atau public figure dalam esport buat perangai pelik tiba-tiba ranting yang boleh membuka aib sendiri, sebab dia pegang benda tu terlalu lama.
“Kalau saya nak bagi nasihat pun, cari jalan yang boleh nak let go benda you know. Kalau perlu pikir macam dia sentiasa nak betul, jadi kita pikir jela dia tu bodoh, kesian dia, terpaksa ambil idea orang lain nak bagi nampak dia pandai sebab dia terlampau bodoh untuk buat apa-apa. Pikir macam tu pun takpe. Jangan berdendam, nanti makan hati.”
Satu lagi untuk shoutcasting di eSport, nak tak nak kena terima yang kita ni being objectified. I mean penampilan kita ni terlampau penting untuk dibandingkan dengan skill. Kalau lelaki tu pakailah macam mana pun, dengar sedap takpe tak kisah. Tapi kalau perempuan sedap macam mana pun suara dia commenting, cakap apa semua mesti macam makcik kedai tomyam, makcik kantin je. Saya pernah kerja kantin dulu ya, jadi saya tidak diskriminasi mana-mana. Jadi macam malas nak tengok sebab tak lawa, tak seksi atau terlampau sopan, dan susah untuk menonjolkan diri. Bagus macam mana pun, kalau you bukan jenis eye candy untuk warga netizen dekat luar sana still mereka tidak ambil you juga.
Saya pernah diberi satu feedback, tapi saya tak akan bagitahu siapa. Saya pernah tanya “boleh tak saya jadi host, saya teringin nak jadi host sebab saya suka try benda baru”. Tahu apa dia kata? “Bukan apa Chu, kau ni susah sikit la nak jadi host sebab appearance kau.” Saya tanya kenapa dengan appearance saya? dan dia tunjuklah host biasanya terdedah seksi, pakai kain belah sana sini dan especially body. Body saya pun boleh tahan juga sihat ahahahaha! Saya dulu athletic, jadi macam mana saya kurus pun akan masih nampak besar sebab bahu saya lebar jadi susahlah. Saya dulu pemain badminton untuk KAKOM pergi kebangsaan, tapi sebabkan study dekat oversea tak boleh nak training dah la.
“Weh, we come in different shape and sizes okay! so embraced and love yourself”.
Ini kira bodyshamming when we talk about about appearance, cakap awak terlampau besar, kecil, gemuk, macam b*** apa semua cakap depan berpuluh ribu orang yang tengah tengok. Terima jelah sebab nak marah it’s not something you can control, and deep down saya sedar besar juga aku ni. Kena fikir betul ke orang ni cakap kita macam ni walaupun tidak ada buat salah dengan dia. Bila tengok balik aku ni takdela gemuk sangat, tapi mungkinlah aku boleh start excercise. Fikir untuk kebaikkan jelah, apa-apa yang orang kecam. Walaupun orang mula toksik dengan kita, tapi sebab cara kita handle dengan orang tu dia jadi tertarik end up jadi kawan. Macam orang kata, instead of making enemy just make friends.
“You cannot please everybody, but the least you can try is to be better. Hidup ni tak boleh mengharap sangat kalau tak nanti boleh sakit jiwa”.
GS: Anda telah menjelaskan beberapa bulan lalu dimana Chuchu Gaming hendak memfokuskan pada kerjaya sebenar sebagai seorang pegawai perubatan. Boleh kongsikan dengan kami sebab mengapa anda membuat keputusan ini?
Saya kena explain so many things here. Saya kena cakap dekat sini yang saya bukan jenis attention seeker sebab ada tiba-tiba kupas benda ni. Ada juga orang yang tak gemar dan rasa “apasal benda macam ni pun dia nak announced? Kau pergi jelah retire kan”.
Tapi dalam kes saya, saya perlu buat sebab banyak bekerja dengan orang lain dan saya perlu beritahu pada semua. Kita ada page dan platform, jadi tak perlu la mesej setiap seorang buat banyak kerja bagitahu yang saya nak focus benda ni. Kalau tidak korang pun tak tahu betul tak? Sebab nanti bila orang panggil kita untuk job, lepastu tiba-tiba kena cancel pun boleh jadi masalah untuk mereka juga kan?
Saya ingin masuk ke medical semula sebab, pertama saya takut menyesal. Manusia tak menyesal dengan benda yang dia buat, tapi akan menyesal bila tak buat. Dan bila dah buat sesuatu, awak tak boleh patah balik masa untuk buat semula, tapi bila dah buat sesuatu dan silap, awak tahu silap dan belajar darinya. So there’s nothing to regret.
” Tapi kalau you never do and you put a big if there, sampai bila-bila akan bawa penyesalan tu and it’s you inside sebab you tak tahu apa hasil dia kalau tak pernah buat.”
In my case, I dont want to be in the position yang “kenapa aku tak buat medic dulu hah?” dan same goes to my eSport. Saya ambil jalan ini sebab saya taknak menyesal kalau tak buat. Jadi saya rasa ini adalah masa untuk kembali ke medical dan mana tahu nanti boleh dicabangkan menjadi satu benda dekat masa depan nanti. Tapi nak buat medical adalah one of the biggest reason nak push saya.
Sebelum ini graduan medik banyak dan kita tunggu pun lama, jadi saya ada banyak masa untuk belajar dan maju dalam eSport. Tapi kenapa sekarang? Tengok COVID-19 kes berapa? Saya bagi anda rasa situasi bila dulu korang doktor tapi tak boleh nak praktis sebab tak habiskan latihan dan orang tersayang sakit, tapi korang tak boleh nak buat apa disebabkan tak habis lagi housemanship atau junior doctor punya phase tu. Do you feel regret? Awak akan rasa teruk sebab tidak boleh nak buat apa-apa dan tiada kuasa untuk melakukannya. Kenapa? Sebab aku tak habiskan praktis lagi dua tahun, ruginya. Jadi I don’t want to feel this anymore.
“Bayangkan kalau korang can help but just because of this technicality, tiada sijil dan lesen itu saja. Jadi, dalam kes yang tengah banyak ni I don’t want to be in position yang terpaksa tengok orang keliling semua sakit dan I cannot do anything about it. I want to help, anyway possible. For me, I have the ability to help at the frontline, so why not?”
Dalam kes ini, doktor tidak kurang cuma pesakit terlampau banyak. Jadi setidak-tidaknya saya dah jadi doktor ada lesen untuk dipraktiskan boleh tolong orang sekeliling dipermudahkan apa yang mereka sedang hadapi. Jadi macam bila dorang tak sempat nak pergi hospital, saya boleh bagi nasihat yang tak melanggar undang-undang sebab ada teknikal menjadi doktor. Sebab lagi kalau saya nak bagi pandangan secara besar tak boleh pasal bukan doktor rasmi yang bekerja dekat Malaysia. Jadi saya boleh ditahan undang-undang kerana benda ini.
Saya fikir saya perlu bantu orang lain diluar sana. The fact that yang Allah bagi petunjuk ni untuk berhenti sebentar main dan tolong orang. Kita hidup kena socialized dan bergantung pada orang lain, tak boleh nak hidup sorang. Kita hidup dalam bermasyarakat dan jangan pentingkan diri sendiri. Macam orang Jepun pemikiran mereka sentiasa utamkan orang lain. Jadikan fardhu kifayah.
Dia ada rasa puas yang “berbaloi aku hidup hari ini dan Alhamdullilah Allah bagi aku nyawa untuk bantu orang lagi”.
GS: Disebabkan anda mempunyai karier sebagai pegawai perubatan, karier gaming dan mempunyai tanggungjawab keluarga, boleh kongsikan pada kami bagaimana cara Chuchu bahagikan masa dalam dua kerjaya ini?
If you like and love something bad enough you willing to do everything for it! Kalau buat kerja separuh hati ni memang kerja tak jalan, tapi bila kita betul nak sesuatu, dia tak akan rasa penat itu. When you have passion, happy with your work and what you’re doing, penat macam mana pun memang tidak akan rasa sebab insyAllah Allah akan bagi kekuatan untuk teruskan. Yang paling penting jangan berhenti berdoa sebab semua nikmat tu datang dari Allah juga.
If you don’t want to talk religious talk, we talk about science. Bila awak gembira buat sesuatu, ada hormon adrenalin yang akan dorong you untuk terus buat lebih. Jadi bila kita buat sesuatu yang gembira sebab itu tak ada rasa penat. Badan kita ni dikawal oleh otak, jadi apa-apa yang kita lakukan is from the mind. How you set your mind to do it, if you said you want to finish it, you can do it and the limit is yourself because you set it. Jadi bila you willing to do it, you can do anything and juggle it everything you want.
“Masa itu bukan faktor paling besar sebab it is how smart you use your time. Every single second yang you ada itu untuk belajar something new so that you would not limit yourself, because you can be anything you want. Masa yang ada tu gunakan sebaik mungkin untuk perkara berfaedah, dan cari cara belajar yang lebih bermanfaat even untuk pelajar.”
GS: Apakah strategi anda untuk menarik minat penonton Malaysia bagi menonton live stream dan terus kenali ChuChu Gaming sebagai streamer serta shoutcaster?
Semua ada personaliti masing-masing, ada yang berlakon masa streaming dan casting menjadikan personalitinya sangat berbeza bila di depan kamera. Ini satu kebolehan yang sangat saya pandang tinggi sebab saya boleh jadi gila kalau buat. Macam boleh ada mental disorder dan konspirasi aluminium la. Dah tak pasal-pasal masuk fasiliti wad orang sakit jiwa pula. Saya bukan jenis drama dan perlukan perhatian sebab saya cukup diberikan kasih sayang dan tidak ada certain strategi
Pendapat saya, whatever you do sama ada berlakon atau tidak, it’s still you sebab secara tidak sedar anda buat juga. Konon-konon time streaming awak nampak garang atau kasar orangnya, tapi deep down you sebenarnya nak jadi macam itu, cuma disebabkan orang lain awak tak boleh nak jadi sebegitu. Bagi saya ianya sangat bahaya untuk dibuat dan boleh terbawa-bawa personaliti depan kamera ke realiti.
“Pada saya, kita bawa diri sendiri dan ikhlas dengan apa yang kita buat, tapi kalau orang tak boleh nak terima apa yang kita buat memang tak boleh buat apa lah kan”.
GS: Apakah saat paling diingati oleh anda sepanjang menjadi seorang streamer dan caster?
Pertama sekali, tournament PUBG musim pertama kami pergi China 5 minggu. Kalau tanya semua pro player PUBG pun mereka akan cakap benda yang sama sebab itu kenangan pertama. Walaupun jumpa muka sama dengan lepak bangsa lain-lain, tapi sebab tiap hari bersama itu menjadikan kami belajar bahasa lain. Bila dah lama, ada yang mula rindu keluarga dan saya pun jadi la mak kepada semua tanya dah makan ke belum itu semua. Itu adalah 5 minggu paling bermakna bagi saya.
Kemudian, Grand Final di Jakarta sebab dapat melihat semangat eSport Indonesia yang sangat gila! Kalau hendak diikutkan penyokong mereka dengan Malaysia adalah beribu kali ganda jauh bezanya, sebab pemain kita pernah sampai kena serbu dengan orang Indonesia. Kami terpaksa ikut pintu belakang untuk naik bas, tetapi saya sangat teruja melihat bagaimana semangat penyokong mereka sangat menarik.
Akhir sekali saya boleh katakan kejohanan PUBG di Taiwan, dan masa itu masih bekerja secara offline juga serta tiada penonton kerana ianya tayang eksklusif. Namun, saya dapat bekerjasama dengan Youtuber dan shoutcaster dari Amerika Syarikat terkenal, serta pengalaman membuat casting dengan tiga orang dari negara berbeza.
GS: Pada pendapat anda, adakah industri eSukan Malaysia ini dapat berkembang pada masa hadapan. Mungkin lagi 5-10 tahun lagi.
Yang ni sangat sukar. Soalan yang bagus. Saya rasa ini soalan yang susah dan kritikal sebab ianya bergantung pada sekarang. Kita kini sudah sampai ke pertengahan jalan untuk sampai ke puncak, tetapi kita tidak tahu bagaimana hujung puncak itu dan berada di cabang yang ke arah kualiti serta kuantiti. Dalam keadaan sekarang ini eSport kita masih lagi 50 positif dan 50 negatif, tetapi Malaysia lebih kepada negatif.
ESport berkembang dengan sangat cepat sebab teknologi kita berubah laju, dan mungkin lagi 5-10 tahun akan datang adalah antara jangka masa yang besar untuk era teknologi. Tetapi besar bagaimana itu yang perlu difikirkan sebab kita yang bentukkan eSport. Saya lebih risau jika komuniti kita tidak menjaga kualiti dan menghasilkannya tidak semegah seperti diharapkan semua peminat. Saya dah pernah lihat bagaimana komuniti eSport dari negara lain seperti UK, Indonesia dan Taiwan yang lebih berfikiran terbuka untuk normalisasikan benda baik berbanding yang buruk.
Untuk saya punya perspektif lagi 5-10 tahun, ianya sangat sukar untuk dijangkakan sebab kita betul-betul di pertengahan cabang baik dan buruk. Jika semuanya berjalan dengan baik, InsyaAllah okay lah dan komuniti kita boleh pergi ke peringkat dunia. Ini secara tidak langsung akan menarik pelabur dan penyokong dari luar negara tertarik untuk sertai komuniti eport kita.
Tapi kalau ianya berkembang ke arah buruk dan toksik, orang pun tidak mahu pandang komuniti kita untuk pergi ke mata dunia. Jadi setiap orang dalam komuniti eSport di Malaysia perlu memainkan peranan penting tidak kira netizen atau pun masyarakat untuk menjaga perkembangan sukan ini.
GS: Bahasa apa yang ChuChu fasih?
Yang fasih adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Mandarin. Manakala kurang fasih tapi masih boleh bertatih ialah Bahasa Arab.
GS: Chuchu Gaming terkenal sebagai salah seorang streamer dan caster wanita berjaya di Malaysia. Apakah tips yang boleh anda kongsikan untuk streamer wanita lain?
Jangan gedik la. Saya bagi direct saja. Jahat gila kan? Pertama sekali, biar kemahiran anda yang berbicara sebab tidak perlu untuk anda buktikan pada semua dengan mengikut permintaan mereka demi mendapatkan perhatian. Gunakan kemahiran anda untuk menarik mereka, jangan ikut jalan mudah sebab untuk berjaya memang perlu hadapi kepayahan dahulu.
GS: Apakah kata-kata terakhir ChuChu Gaming untuk eSukan dan para atlet eSukan terutama wanita di Malaysia?
Pastikan anda wanita tulen dahulu! Kalau anda bukan wanita tulen tidak mengapa, jangan bagitahu orang lain. Jika anda mahu jadi streamer, sentiasa niatkan dengan tulus ikhlas dalam apa yang awak lakukan.
Kedua, sentiasa ingat orang yang ikut awak adalah mereka yang mencerminkan siapakah anda sebenar. Jadi, pastikan anda tidak berpura-pura atau toksik di hadapan penonton dan sebab itu ianya sangat penting untuk jadi diri sendiri.
Ketiga, rajin-rajinkanlah bersedekah, bayar zakat dan jangan berkira dalam hidup ini. Sebab kita tidak tahu siapa yang akan bantu kita semula. Jadi streamer ini kita tidak akan sentiasa di atas, dan ada masa orang yang kita pandang rendah dulu nanti akan lebih hebat daripada kita.
Kepada streamer wanita, jangan fikir sebab awak wanita jadi awak perlu diberikan layanan khas. Anda perlu dapatkan hormat mereka dengan menjadi versi diri lebih baik dan tidak perlu toksik. Handle with care.
GS: Kata-kata terakhir ChuChu untuk semua atlet, streamer dan mereka yang bakal menceburi bidang eSukan di Malaysia ini?
“Dont let anybody tell you what you can and cannot do”. Dan akhir sekali, I love you!
Jadi pada anda yang ingin mengenali ChuChu Gaming, anda boleh ikuti laman sosial beliau seperti Facebook, Instagram dan Youtube! Teruskan bersama kami untuk lebih lagi perkongsian gaming, esports, dan streamer tempatan! Terima kasih dari pihak kami Gamer Santai kepada ChuChu Gaming yang sudi meluangkan masa ketika PKP ini dan jaga kesihatan anda ok!
@gamersantaimy
Discussion about this post