Sejak kebelakangan ini, ramai akaun pengguna Ubisoft telah kehilangan akaun mereka yang memiliki game yang nilainya ratusan ringgit kerana polisi GDPR (General Data Protection Regulation) Ubisoft.
Menurut siasatan daripada PC world, seorang pemain Norway telah mempunyai akaun Ubisoft dan semua game miliknya dipadamkan secara kekal selepas tidak aktif lebih kurang 2 tahun. Dia mendakwa hanya menerima satu emel amaran tentang penutupan akaun tersebut yang dihantar ke kotak spam emel.
Ubisoft menafikan perkara sebegitu berlaku dan menyatakan bahawa empat syarat telah dipertimbangkan sebelum akaun layak untuk ditutup dan dipadamkan. Berikut adalah syarat tersebut:
- Aktiviti gaming pada akaun tersebut sejak dibuka.
- Hak milik game PC sejak akaun dicipta: akaun yang terikat dengan game yang dibeli tidak layak untuk dipadamkan.
- Temph akaun tidak aktif, bermakna log masuk terakhir akaun dalam ekosistem Ubisoft termasuk game Ubisoft di Steam dan platform lain. Walaupun begitu, Ubisoft tidak pernah memadamkan akaun yang tidak aktif selama kurang daripada 4 tahun.
- Kewujudan langganan aktif kepada Ubisoft+ yang berkaitan dengan akaun pemilik.
Memandangkan pengguna tersebut telah membeli game pada akaun mereka dan sangat aktif sebelum dua tahun yang lalu serta berehat selama kurang daripada dua tahun, akaun tersebut tidak sepatutnya layak untuk dipadamkan. Walau bagaimanapun, bukti yang diberikan kepada PC World nampaknya menyokong dakwaan pengguna. Jika melihat pada polisi GDPR Ubisoft:
“Kami mungkin menggantung atau menutup akaun anda serta kebolehan untuk anda menggunakan satu atau lebih perkhidmatan atau sebahagian daripada perkhidmatan pada bila-bila masa, secara automatik dan mengikut budi bicara kami sendiri… selepas pemberitahuan, di mana akaun anda tidak aktif selamalebih daripada enam bulan.”
Jika melihat penyata GDPR syarikat lain, nampaknya kebanyakan daripadanya mendakwa tidak pernah memadamkan akaun jika ia mempunyai pembelian. Blizzard, Steam dan GOG juga tidak memadamkan akaun pengguna tanpa sebarang sebab. Epic Games mungkin boleh mengubah nama akaun yang tidak aktif tetapi ia juga tidak memadamkan akaun pengguna.
Lain pula dengan Microsoft. Mereka berhak untuk memadamkan akaun Minecraft Realms selepas 18 bulan tidak aktif dan kekurangan bayaran pada perkhidmatan langganan. Riot Games juga boleh memadamkan akaun Valorant selepas “tempoh tidak aktif berpanjangan” dalam game percuma itu. Tiada tempoh khusus diberikan mengenainya.
Jadi, anda yang sudah lama tidak membuka akaun, cuba lihat dalam emel spam. Mungkin anda juga menerima emel yang sama. Kalau anda sayangkan akaun tersebut, jangan lupa untuk log masuk secara berkala. Untuk membaca segala liputan mengenai game, sila klik pautan ini.
Sumber: NME
@gamersantaimy
Discussion about this post