Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

[Review] Nintendo Switch OLED – Paparan visual yang lebih terang dan menarik!

Maira by Maira
November 8, 2021
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, Review, Review Produk
0 0
0
[Review] Nintendo Switch OLED – Paparan visual yang lebih terang dan menarik!
Share on FacebookShare on Twitter

Bulan lalu, Nintendo telah mengeluarkan konsol terbaru mereka iaitu Switch OLED yang merupakan konsol Switch yang menggunakan skrin OLED. Walaupun dalaman konsol tersebut masih sama dengan konsol yang lama, ia masih sebuah konsol yang bagus untuk anda miliki terutamanya mereka yang tidak mempunyai konsol tersebut. Sesi review kali ini, kami akan memberikan pendapat kami tentang Switch OLED ini!

Tentang Switch OLED

Sebelum kami review konsol Switch OLED ini, mari kita lihat serba sedikit maklumat mengenainya. Ia telah dilancarkan pada 8 Oktober yang lalu dengan tanda harga RM1699. Konsol ini juga mempunyai beberapa ciri terbaru yang tidak tersedia pada konsol Switch yang asal. Berikut adalah spesifikasi untuk konsol ini:

[wpdatatable id=40]

Reka bentuk Switch OLED

Kami mempunyai Switch OLED versi putih dan sejujurnya, warnanya sangat hebat. Walaupun ia mungkin cepat kotor tetapi ianya sangat mudah untuk dibersihkan. Perkakasan dalamannya tidak mempunyai sebarang perubahan yang ketara, jadi saya tidak mengambil berat sangat mengenainya. Skrin pada konsol ini lebih besar daripada konsol asal, jadi memang agak seronok jika anda seorang yang lebih lebih suka menggunakan mod handheld.

Selain itu, konsol ini juga mempunyai butang power dan volume yang lebih besar. Ia juga mempunyai vent yang sedikit berbeza daripada model asal dan mempunyai stand yang lebih lebar. Jadi anda boleh sesuaikan ikut keselesaan masing-masing ketika bermain.

Untuk dock OLED, ia mempunyai lid yang boleh dibuka semuanya. Anda akan dapat melihat slot kable LAN yang boleh digunakan jika bermain permainan dalam talian dengan internet yang stabil. Ia juga mempunyai dua slot USB berbanding konsol asal yang mempunyai satu slot USB.

Skrin OLED

Kalau nak bercerita tentang skrin OLED, ianya memang memberikan visual yang hebat ketika bermain. Permainan akan nampak lebih cerah dan anda boleh nampak perbezaan pada visualnya. Contohnya Legend of Mana, di mana dunianya menjadi sangat cantik dan warnanya yang terang membuatkan permainan itu lebih menarik. Jadi, ia sangat berbaloi untuk pengalaman bermain untuk mod handheld. Anda boleh lihat gambar dibawah untuk lihat perbezaannya.

Walaupun begitu, Nintendo ada mengeluarkan kenyataan bahawa konsol ini mungkin mempunyai masalah screen burn-in dan mungkin berbeza-beza untuk setiap pengguna. Anda boleh lawati laman web rasmi Nintendo untuk tetapan konsol untuk membantu mengurangkan masalah ini. Konsol ini memang terbaik jika dimainkan pada mod handheld tetapi mod dock masih cap pada 1080P.

Kesimpulan

Selain daripada skrin, Switch OLED juga telah menaikkan jumlah storan dalaman kepada 64GB dan selebihnya masih sama dengan konsol asal. Jadi, adakah berbaloi untuk anda membeli Switch OLED? Senang cerita, kalau anda hanya ingin bermain beberapa permainan Switch, lebih baik anda membeli Switch Lite kerana ianya pilihan yang lebih murah. Jika anda ingin bermain mod dock, konsol yang asal juga lebih berbaloi dan lebih murah daripada Switch OLED. Jika anda ingin membeli konsol Switch untuk kali pertama dan lebih tertarik untuk bermain secara handheld, Switch OLED merupakan pilihan terbaik untuk anda! Untuk liputan lain mengenai konsol ini, sila klik pautan ini.

Tags: nintendoreviewSwitch OLED
Previous Post

Anime Devil May Cry, akan datang di Netflix pada 2022

Next Post

MDEC & SocialPeta terbit laporan khas berkenaan iklan dalam permainan untuk rantau Asia Tenggara

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!
Teknologi

Claw 8 EX AI+ & Titan 18 HX Dragon Edition Memimpin Barisan Produk Terbaru MSI Di COMPUTEX 2026!

June 3, 2026
Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!
Anugerah

Apple Umum Pemenang Apple Design Awards 2026 – Senarai Penuh Game & Aplikasi!

June 3, 2026
Next Post
MDEC & SocialPeta terbit laporan khas berkenaan iklan dalam permainan untuk rantau Asia Tenggara

MDEC & SocialPeta terbit laporan khas berkenaan iklan dalam permainan untuk rantau Asia Tenggara

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd