Pada tahun 2018, Marvel’s Spider-Man memberi kita bandar yang luas, adegan “web-slinging” yang sangat lancar dan jalan cerita menarik yang memaparkan Peter Parker menentang Doc Ock. Pengumuman lanjut tentang sekuel yang dibintangi oleh Miles Morales menimbulkan kegembiraan untuk orang ramai pada bulan Jun, tetapi ramai aga kecewa apabila pemaju Insomniac menjelaskan bahawa ia sekuel yang lebih pendek daripada yang asli.
Sesiapa yang bermain Spider-Man (2018) harus tahu bahawa banyak elemen kekal dalam sama. kecuali pertempuran dan persekitaran. Walaupun Spider-Man: Miles Morales pasti lebih padat daripada pendahulunya, ia tetap menyeronokkan dalam visinya sendiri. Saya telah mencuba permainan ini dalam ulasan awal, yang anda semua boleh baca di sini. Untuk ulasan penuh ini, saya akan ceritakan lebih tentang apa yang membuat Marvel’s Spider-Man: Miles Morales menjadi sebuah permainan video yang mudah digemari dan sesuai sebagai salah satu judul pelancaran PS5.
Kisah adiwira menarik & berkait isu sebenar
Peter Parker pergi ke luar negara selama beberapa minggu, lalu meninggalkan Miles yang muda untuk melindungi New York sebagai pengganti Spider-Man. Penuh dengan keraguan, yang ditambahkan lagi oleh respon netizen pada misi pertama, Miles mendapati terperangkap dalam pertarungan antara syarikat Roxxon yang sebenarnya jahat dan sekumpulan pengganas bernama The Underground. Di sini, dia perlu melawan kedua-duanya untuk membongkarnan kebenaran di sebalik konflik terebut. Antara watak penting yang berkait dalam jalan cerita ini adalah Rio, ibu Miles, yang mencalonkan diri untuk jawatan politik di Harlem, dan rakan sekolah/”love interest”, Phin (mempunyai abang bernama Rick yang merupakan seorang saintis Roxxon).
*Info bonus: Tidak banyak penjahat jika dibandingkan dengan Spider-Man (2018). Hanya ada Prowler, Rhino dan Tinkerer, di mana kita akan mereka beberapa kali.*
Ini bukan kisah MCU tentang penjahat daripada planet lain atau psikopat gila (walaupun pengasas Roxxon, Simon Krieger, sebenarnya ialah penjahat gila). Selepas mengambil inspirasi daripada komik asal dan filem animasi Spider-Man Into the Spiderverse, ia sebenarnya adalah kisah peribadi yang menceritakan pertarungan dalaman Miles sebagai Spider-Man terbaru: di mana dia harus membuktikan kemampuannya kepada diri sendiri, dan juga seluruh dunia.
Penulis benar-benar memahami bagaimana watak Spider-Man berfikir, tidak kira siapa yang berada di sebalik topeng. Kita tahu Spider-Man sentiasa memikul pelbagai tanggungjawab seperti isu domestik, romantik dan heroism. Tetapi bagi Miles, yang merupakan seorang remaja berkulit hitam, ia menambah dimensi yang jauh berbeza daripada perjuangan Peter Parker.
Walaupun ini adalah bandar yang sama dengan permainan asal, Insomniac mengubahnya untuk mencerminkan Miles Morales dan keputusan yang dibuat, orang yang dia temui, muzik yang dia dengar, dan seni graffiti yang mengelilinginya. Fokus naratif adalah pada Harlem dan bagaimana komuniti mereka yang pelbagai dieksploitasi dan dianiaya oleh jutawan-jutawan yang tinggal di pencakar langit.
*Info bonus: mereka memberi penghormatan kepada Chadwick Boseman dalam credit.*
Dunia open-world unik yang mencerminkan gaya hidup Miles
Cerita ini memaksa Miles meneroka limbungan kotor hingga ke makmal sains berteknologi tinggi, demi memerangi samseng dengan senapang canggih dan skuad pelik dengan cota laser. Anda boleh bermain dengan pelbagai serangan udara dan kombo berasaskan webbing, dengan beberapa abiliti baru lain yang dibuka semasa anda maju dalam permainan.
Dua kebolehan yang eksklusif hanya untuk Miles adalah Venom yang yang melepaskan renjatan bioeletrik, dan Camouflage yang membuatnya halimunan selamat beberapa saat. Saya tidak akan menceritakan tentang sistem pertempuran sepenuhnya di sini tetapi anda boleh rujuk ulasan awal Spider-Man: Miles Morales kami untuk info lanjut. Sebaik sahaja anda memahami mekanik-mekanik yang berkait, pertempuran terasa umpama tarian, semasa Miles berpusing, meluncur dan melompat ke dinding untuk mengelirukan musuh.
*Info bonus: musuh melakukan damage yang banyak pada akhir permainan (difficulty Amazing), dan beberapa pukulan dah cukup untuk mengakhiri karier superhero milik Miles.*
Aksi web-slinging melalui bandar boleh dikatakan adalah mekanik permainan yang paling menyeronokkan. Anda boleh menembak sawang merata untuk merentasi bandar, melakukan akrobatik di udara dan menikmati suasana New York yang bersalji. Fast Travel masih boleh didapati, tetapi menghayun melalui bandar lebih menarik dan cantik sehingga saya tidak pernah rasa bosan. Inilah kegembiraan seseorang peminat yang ingin menjadi Spider-Man!
Bandar ini dibahagikan kepada sektor-sektor yang dipenuhi dengan misi sampingan, koleksi, dan tugas-tugas yang dirancang untuk menguji kemahiran pemain. Banyak keseronokan datang daripada menjelajahi taman-taman dan jalan-jalan daripada atas, sambil menyaksikan keindahan bandar. Untuk PS4, New York begitu indah dan dipenuhi dengan perincian. Apatah lagi kalau bermain di PS5 yang menyokong grafik tinggi 4K dan ray-tracing.
Kisah yang pendek tetapi padat dengan aktiviti unik
Anda dapat menyelesaikan jalan cerita utama dalam beberapa jam, tetapi dengan memenuhi permintaan warga New York dan menghentikan jenayah yang sedang berlangsung, ia akan meningkatkan kemampuan dan gajet baru, membuka pakaian unik, dan menambahkan naratif. Saya telah menghabiskan hampir tiga hari berturut-turut bermain, tanpa merasa sedikit bosan kerana terlalu banyak perkara untuk dilakukan, dijumpai, dilihat dan didengar.
Walaupun jalan cerita utama berlangsung sekitar 8 jam+ atau lebih dengan total 16 misi, ada banyak kandungan untuk dinikmati setelah kredit tamat. Bermula dengan menjelajah bandar, cabaran pertarungan, dan cabaran stealth hingga misi sampingan dan mencegah jenayah menggunakan ‘Friendly Neighborhood Spider-Man App‘, ada cukup isi kandungan untuk memastikan pemain tidak bosan dan kekurangan aktiviti.
Saya juga bersyukur misi sampingan bukan sekadar “bergerak daripada titik A ke titik B”, di mana pemain akan diberi token yang dapat digunakan untuk membeli pakaian atau tingkatkan gajet. Terdapat variasi yang cukup untuk membuat setiap misi tetap menarik. Sebagai contoh, satu misi menyuruh Miles menyelamatkan seekor kucing. Setelah menyelesaikan cabaran terakhir tersebut, kita akan membuka pakaian baru. Pakaian ini ditemani oleh Spider-Cat dan mempunyai animasi khas ketika melakukan finisher di mana Spider-Cat akan melakukan pukulan terakhir.
Sejumlah koleksi juga tersebar di seluruh bandar dan merangkumi objek seperti memento daripada zaman kanak-kanak Miles dan cabaran kecil yang membantu menerangkan latar belakang permainan dan watak-watak. Sebilangan besar koleksi meminta kita untuk pergi ke destinasi tertentu untuk mencarinya, tetapi kerana aspek menjelajah bandar sangat menyeronokkan bagi saya, perjalanan ke sana adalah sebahagian daripada daya tarikan permainan.
*Info bonus: semua peningkatan skill, gajet, dan pakaian tertentu hanya tersedia untuk New Game+.“
Pendapat terakhir
Seperti Uncharted: The Lost Legacy, yang juga dianggap sebagai sekuel pendek atau pelengkap cerita, Spider-Man: Miles Morales memperolehi sesuatu kelebihan walaupun kecil. Jalan cerita tidaklah begitu inovatif secara besar-besaran, tetapi ia penuh dengan semangat, benar-benar menarik, dan aksinya begitu memikat dan intuitif seperti Spider-Man (2018). Mesej tersiratnya adalah percaya kepada diri sendiri dan percaya bahawa tindakan anda dapat mengubah keadaan sekeliling. Dengan segala dilema yang berlangsung pada 2020, saya rasa ramai akan terima sepenuh hati tema positif ini.
Mengapa saya kata ramai akan terima sepenuh hati? Ini sebab ia lebih mudah untuk berkait dengan kita yang hidup di dunia sebenar, kerana Miles belajar untuk mengawal kehidupan barunya. Sebagai remaja yang harus menyelamatkan New York sebagai Spider-Man bukanlah tanggungjawab yang mudah, walaupun kita mempunyai mentor yang baik seperti Peter Parker. Tetapi Miles juga harus mengatasi cabaran lain seperti menyesuaikan diri dengan kehidupan baru di Harlem bersama ibunya. Hasilnya adalah kisah yang menarik dan mudah difahami oleh kita warga sejak awal, dan disampaikan dengan persembahan yang luar biasa daripada adegan pertama hingga yang terakhir.
Gameplay
Dengan begitu banyak filem dan permainan video adiwira yang ditangguh kerana wabak COVID-19, Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dengan cemerlang menjadi antara projek superhero yang terbaik pada tahun ini. Ini adalah satu lagi permainan video eksklusif PlayStation yang pasti membuatkan ramai teringin untuk cuba. Itu sahaja daripada saya untuk ulasan ini, semoga kita berjumpa lagi dalam ulasan akan datang. Selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
The Review
Marvel's Spider-Man: Miles Morales
Hasilnya adalah kisah yang menarik dan mudah difahami oleh kita warga sejak awal, dan disampaikan dengan persembahan yang luar biasa daripada adegan pertama hingga yang terakhir.
PROS
- Spider-Cat!
- Load-time yang pantas walaupun di PS4.
- Jalan cerita & naratif menarik.
CONS
- Jalan cerita agak pendek.
Discussion about this post