vivo Y76 5G melakukan sesuatu yang unik dengan membawa spesifikasi yang tinggi ke pasaran “budget” tanpa terlalu mengorbankan banyak aspek. Dipasarkan sebagai gaming phone sempena kolaborasinya bersama Mobile Legends: Bang Bang, adakah ia betul-betul bagus seperti yang disangkakan? Diberi peluang oleh vivo sendiri untuk mencuba, inilah review kami bagi vivo X Mobile Legend Y76 5G!

Unit Y76 5G yang diberi oleh vivo untuk tujuan review mempunyai spesifikasi ringkas berikut:
- Display: 6.58″ Full HD+ (2408×1080 pixels) LCD 60Hz
- CPU: MediaTek Dimensity 700 5G
- RAM 8GB + 4GB Extended RAM
- Storage 128GB.
- Camera: Front Camera 16MP. Rear Camera 50MP + 2MP + 2MP.
- Battery: 4100mAh, Fast charging 44W
- OS: Android 11
Reka bentuk

Apa yang kami dapat ialah warna hitam kelabu yang elegan dan minimalis bersama bahagian metallic berkilat sepadan di sepanjang sisi peranti dan sekeliling kamera. Diberi nama Midnight Space, warna ini tidak terlalu striking dan merupakan sesuatu yang berbeza berbanding pasaran smartphone yang kini penuh dengan warna “gradient”.
Dengan ukuran 163.84 x 75 x 9.79 mm dan berat sebanyak 175g, boleh dikatakan ia antara smartphone paling nipis dan selesa pernah saya pegang dalam tangan. Bagi mereka yang suka reka bentuk lebih berketerampilan, ia juga boleh didapati dalam varian Cosmic Aurora.
Seterusnya, Y76 menggunakan panel belakang plastik yang sebenarnya boleh meninggalkan cap jari. Sejujurnya, saya agak suka kemasan plastik dan rasa ia lebih mudah untuk digenggam serta tidak mudah tergelincir.
Selain itu, terdapat fingerprint scanner di bahagian sisi kanan (juga berfungsi sebagai power button) yang pantas dan boleh dipercayai setiap kali saya cuba unlock phone. Secara keseluruhannya, ia selesa untuk digunakan, walaupun reka bentuknya tidak begitu “gaming”.

Seterusnya, butang volume juga diletakkan di sis kanan di mana semuanya berada dalam jangkauan ibu jari. Di bahagian bawah ialah port USB Type-C, 3.5mm audio jack, dan speaker manakala bahagian atas terletaknya ruang untuk kad SIM. Ini bermaksud sisi kiri sepenuhnya kosong.
Paparan

Kini, untuk paparan, Y76 5G menampilkan panel resolusi Full HD+ 6.58 inci dengan refresh rate setinggi 60Hz. Ya, mungkin ada yang kecewa ia tidak 90Hz sedangkan ada banyak perbezaan dalam pengalaman pengguna tapi itulah yang terbaik kita boleh dapat pada nilai harga semurah ini.
Sekali pandang, paparannya memang terang di mana kandungan mudah untuk dilihat walaupun di bawah cahaya matahari langsung. Seperti biasa, vivo menggunakan kamera selfie “waterdrop”, yang merupakan reka bentuk tetap untuk trend terkini. Touch response pun boleh tahan dan berfungsi dengan lancar semasa sesi gaming.
Kembali kepada topik gaming, saya ada sebut bahawa paparan hanya menawarkan refresh rate setinggi 60Hz berbanding 90Hz yang merupakan “standard pada masa kini”. Walaupun tidak selancar yang kita mahu, saya masih boleh “scroll” melalui aplikasi dengan selesa dan sebenarnya lebih bagus dari apa yang saya jangkakan. Walau bagaimanapun, skrin ini menggunakan teknologi LCD, yang tidak mempunyai kontras kaya seperti panel AMOLED.
Jangan salah anggap, ia cukup bagus untuk kegunaan seharian dan tetap boleh dilihat walaupun cahaya matahari memancar serta boleh elakkan “blue light” daripada mengganggu mata atau pengalaman visual dengan ‘Eye Protection Mode’.
Kamera

Vivo X70 Pro tidak diiklankan sebagai smartphone yang berfokus kepada kamera tetapi jangan pandang rendah kepada kualiti gambar yang anda bakal tangkap nanti. Menampilkan triple lens setup, ia mempunyai:
- Kamera utama:
- 50 MP, f/1.8, 26mm (wide)
- 2 MP, f/2.4, (bokeh)
- 2 MP, f/2.4 (macro)
- Selfie:
- Single 8 MP, f/2.0, (wide)
- Video:
- 1080p@60fps/30fps
Berita baik ialah kamera utama sangat bagus dalam keadaan lighting yang sesuai — Ini berita bagus, memandangkan Y76 adalah telefon budget. Warna semua kekal terang dan vibrant tanpa mengalami oversaturation, di mana kebanyakan butiran jelas dan boleh diterima.
Malangnya, gambar menjadi sedikit noisy dalam keadaan cahaya malap, tetapi jika menggunakan mode 50MP, ia melakukan kerja yang bagus untuk mengekalkan butiran-butiran penting. Bagi Night mode, ia berjaya memberi jumlah cahaya yang banyak dalam situasi yang lebih gelap, tetapi bukan di tahap yang saya rasa seseorang kaki gambar akan kata “wow”.
Berikut adalah contoh gambar saya ambil:
Tele 50 MP Standard
Untuk selfie, ia mempunyai kamera 16 MP yang bantu menyerlahkan lagi muka si pengguna, mengurangkan noise pada waktu malam, dan menawarkan kontras lebih berwarna. Jika anda kaki selfie, fitur AI Face Beauty dan Smart Softlight akan membuat potret kita lagi mengancam. Bahagian video pula terdiri daripada mode biasa (1080/720p 60fps), slo-mo (720p 120fps) dan time-lapse (1080p 30fps).

Secara keseluruhan, ia adalah kamera yang tidak cuba melakukan terlalu banyak tetapi masih akan memberi kualiti yang lebih kurang setaraf. Ini bagi saya adalah perkara yang bagus.
Jika anda hanya menangkap gambar statik dan tidak terlalu mendesak kamera, memang tidak perlu risau lah tentang kecantikan gambar anda di media sosial. Andai kata awak memang mencari kamera yang boleh zoom kaw-kaw atau boleh tangkap gambar lawa walaupun tiada cahaya, ini bukanlah pilihan pertama anda.
Prestasi

Vivo Y76 5G dikuasakan oleh chipset MediaTek Dimensity 700 SoC. Walaupun bukan chipset paling latest dalam pasaran, ia merupakan pemproses kuat yang mempunyai dua core ARM Cortex-A76 dengan nilai sehingga 2.2 GHz, ditambahkan dengan enam core ARM Cortex-A55 sehingga 2 GHz. Cip ini menggunakan proses fabrikasi 7 nm milik TSMC dan dilengkapi dengan GPU ARM Mali-G57 MP2 bersepadu dan modem 5G.
Unit vivo Y76 5G yang kami terima untuk review mempunyai 12GB RAM (terdiri daripada 8 + 4GB Extended RAM) dan storage 128 GB. Konfigurasi ini kelihatan ideal, tetapi masih ada varian sama dengan spesifikasi lebih tinggi.
Y76 mampu menangani semua tugas harian kita dengan mudah, di mana saya buka sampai berbelas-belas aplikasi secara serentak dan ia boleh dikendalikan tanpa isu lag. Malangnya, peranti akan mula menghadapi masalah apabila melancarkan aplikasi yang menelan kuasa tinggi.
Sesi gaming tetapan medium dan high tetap akan berjalan dengan baik untuk chipset ini, tetapi jangan mengharapkan grafik berkualiti tinggi dan frame rate yang lancar untuk game seperti Genshin Impact. Yang pasti, pengalaman multitasking anda pasti terasa selesa dengan 8 GB RAM. Jika tidak terlalu kerap melakukan tugasan berprestasi tinggi, Y76 5G adalah peranti bagus yang dapat menguruskan kebanyakan tugas harian anda.
Berikut adalah beberapa screenshot untuk game yang saya cuba termasuk MLBB bagi kaki kejar Rank yang ingin tahu prestasinya:
Mobile Legends: Bang Bang
PUBG: New State
Genshin Impact
Berikut adalah keputusan benchmark di aplikasi 3DMark:
Satu lagi ciri yang saya suka adalah Multi-Turbo yang meningkatkan prestasi. Ia secara bijak mengoptimumkan penggunaan internet, pelesapan haba, Al dan prestasi gaming, supaya pengalaman kita tidak terganggu. Pada masa yang sama, aplikasi intensif akan disejukkan melalui sistem Five-Dimensional Liquid Cooling, yang menyejukkan suhu sebanyak 10 darjah” supaya peranti tidak terlalu panas dan sentiasa stabil.

Bersama Ultra Game Mode 2.0, pengguna boleh beralih serta-merta antara mode ‘Battery Saver’, ‘Balanced’ dan “Performance’ dengan side bar yang dioptimumkan. Sebuah dashboard dinamik pula memaparkan parameter prestasi termasuk CPU, GPU, tempoh kita bermain dan baki bateri. Dengan semua data jelas digambarkan, anda boleh menikmati pengalaman gaming yang lebih mengasyikkan.
Bateri

Y76 5G mempunyai kapasiti bateri sebanyak 4100mAh yang terlalu besar. Selain itu, ia disertakan dengan kabel Type-C dan adapter 44W Flash Charge, yang mampu mengecas bateri anggaran 70% dalam masa 30 minit. Mengikut pengalaman sendiri dengan hanya bermain game dan menonton Youtube, Y76 dapat bertahan selama 5 hingga 6 jam sebelum memerlukan cas.
Harap maklum, ujian ini dibuat pada tetapan “medium” pada setiap game dan paparan pula adalah LCD, bukan AMOLED. Jadi bateri akan lebih banyak makan jika bermain pada tetapan yang lebih intensif.
Jangan risau, perkara ini dijangka. Saya tetap rasa ia adalah salah satu smartphone terbaik dan rasa prestasinya cukup mengagumkan walaupun saiz bateri yang kecil dan beberapa limitation lain.
Pendapat

Secara keseluruhan untuk review ini, vivo x Mobile Legend Y76 5G boleh dianggap sebagai pembelian yang berbaloi dengan skrin boleh tahan besar dan prestasi gaming memuaskan.
Seperti saya kata, vivo terpaksa membuat beberapa pengorbanan untuk mencapai titik harga RM 1,599, dan hasilnya adalah peranti dengan banyak elemen bagus tetapi tanpa ciri utama yang terlalu menonjol. Jika anda utamakan gaming dan ingin bateri yang boleh tahan hampir sehari bersama kamera canggih, maka ini layak masuk wishlist anda.
Tamatlah review saya untuk vivo x Mobile Legend Y76 5G! Andai kata berminat, anda boleh membuat pra-pesanan sekarang bermula sekarang pada nilai harga RM 1,299 sempena promosi di pengedar sah atau kedai dalam talian rasmi vivo termasuk Lazada.
Sesiapa yang pra-pesan juga boleh memenangi hadiah dalam talian bernilai RM587 dan hadiah hebat lain! Selepas tempoh pra-pesan tamat, vivo Y76 5G akan dijual balik pada nilai harga asal RM 1,599.
Untuk segala liputan kami tentang vivo, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post