Sejak Ratchet dan Clank membuat debut pertama di PS2, francais ini telah melahirkan banyak sekuel hebat! Pada era PS3, ramai juga menganggap membandingkan visual permainan dengan kehebatan filem animasi seperti Pixar Disney. Sekarang, sekuel terbarunya Ratchet & Clank Rift Apart akan dikeluarkan tidak lama lagi untuk memukul PlayStation 5! Kami dari GamerSantai berpeluang untuk mencuba dahulu permainan ini dan berjaya membelajar serba sedikit tentang dunia baru ini dan bagaimana permainan memanfaatkan ciri-ciri PS5. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah review saya untuk Ratchet & Clank: Rift Apart!
Jalan cerita & visual
Rift Apart mengikuti Ratchet dan Clank ketika mereka merentasi dunia yang berlainan dari pelbagai realiti untuk menghentikan rancangan jahat Doctor Nefarious, yang ingin menggunakan isi keruntuhan dimensi untuk memusnahkan semua kehidupan organik di alam semesta. Punca keruntuhan dimensi ini disebabkan oleh Dimensionator, sejenis artifak canggih yang diciptakan oleh kaum Lombax (kaum Ratchet), yang mampu membuka ruang ke dimensi lain.
Dalam proses, Ratchet terpisah dari Clank setelah tiba di dimensi alternatif yang diperintah oleh Emperor Nefarious, seorang lagi Nefarious yang lebih jahat. Mereka juga menemui seorang wanita Lombax bernama Rivet, yang juga menentang Emperor Nefarious. Bersama, Ratchet, Clank dan Rivet harus bekerjasama untuk menghalang rancangan jahat Doctor Nefarious dan Emperor Nefarious yang ingin menakluki semua dunia dalam realiti lain.
Dari sinopsis ini, saya yakin ramai yang boleh setuju bahawa tiada apa-apa idea atau naratif unik dari segi penulisan, jadi janganlah terlalu berharap supaya jalan cerita heavy drama seperti The Last of Us. Sebaliknya, jalan cerita ini lebih mudah untuk hadam dan fahami, dan lebih mirip kepada filem Disney yang kita boleh tonton bersama keluarga.
Alang-alang bercakap tentang topik movie, saya harus memuji visual permainan yang memang serupa seperti filem animasi bajet tinggi. Grafik dan model watak sangat terperinci, sehingga boleh nampak bulu-bulu halus di badan Ratchet. Setiap watak pun ekspresif dan sangat-sangat cantik untuk dilihat. Dari semua permainan lama Ratchet & Clank, saya yakin permainan ini boleh mengubah mana-mana gamer untuk menjadi peminat selepas mereka melihat betapa hebatnya rekaan watak.
Bukan sahaja di watak, visual persekitaran juga amat mengagumkan, dan sepadan dengan konsep makhluk asing. Setiap bandar kelihatan meriah dan penuh dengan makhluk asing unik. Kadang-kala, saya pun boleh tersilap kerana tersalah anggap NPC sebagai musuh atau watak penting!
Satu lagi perkara yang saya perhatikan ialah peralihan antara adegan sinematik dan gameplay teramat-amat lancar. Terdapat beberapa kali di mana saya tidak sedar bahawa cutscene telah tamat dan saya sebenarnya dapat mengawal watak. Sangat “seamless” dan “smooth“, dan ini pun berkat perkakasan PS5. Saya akan ceritakan tentang itu kemudian di bawah. Sekarang kita diskus tentang gameplay pula!
Gameplay asas & mekanik
Permainan ini berkongsi banyak persamaan dengan Ratchet & Clank (2016) dan entri lain dalam siri ini seperti “strafing“, aksi menembak, peningkatan automatik untuk senjata dan kesihatan, dan peningkatan senjata secara. Watak utama yang boleh dimainkan ialah Ratchet dan Rivet di mana pemain akan mengawal kedua-dua watak melalui pelbagai persekitaran yang terdiri dari beberapa tingkat, mengalahkan musuh dengan pelbagai senjata dan alat bervariasi, dan melepasi rintangan-rintangan unik untuk menyelesaikan objektif utama.
Sekuel ini juga memperkenalkan konsep “real-time instant travel” antara kawasan, planet dan dunia lain melalui sistem portal antara dimensi. Untuk menggunakan fitur ini, sebuah mekanik baru bernama Rift Tether diperkenalkan yang menarik Ratchet dan Rivet dari satu portal ke portal lain. Selain itu, permainan mempunyai pilihan “traversal” yang lebih banyak dengan penambahan “dashing” dan “wall run” untuk mobiliti yang luas. Bagi saya, gameplay kali ini lebih menitikberatkan adegan aksi berbanding platforming. Jika anda mengharapkan lebih banyak adegan platforming, Ratchet dan Clank: Rift Apart mungkin akan mengecewakan anda.
Saya sudah jelaskan di atas, tetapi pemain boleh bermain sebagai Ratchet atau Rivet, dua “Lombax” yang mempunyai kebolehan yang sama. Membuka sejenis abiliti untuk Ratchet secara langsung akan membuka abiliti yang sama untuk Rivet. Walaupun perkara ini mungkin boleh membikin kontroversi, tetapi saya rasa Insomniac Games mensia-siakan peluang untuk menjadikan kedua-dua watak itu unik dan lebih menonjol antara satu sama lain. Sudah tentu, mereka mempunyai personaliti yang berbeza, tetapi selain daripada itu, semuanya sama. Sekiranya Ratchet dan Rivet mempunyai abiliti tertentu untuk membezakan diri masing-masing, saya yakin gameplay-nya pasti lebih menarik.
Kembali kepada topik asal, bahagian pertempuran memang mantap. Dengan mata kasar, saya boleh melihat musuh robot kehilangan tangan ketika saya menembaknya, jadi tahap perinciannya sangat mengagumkan. Keupayaan “mengelak” dalam permainan pun terasa sangat lancar di mana watak akan berada dalam status “imun” untuk beberapa saat. Itu semua penambahan yang bagus. Hasilnya, walaupun saya bermain dalam kesukaran yang “kedua tertinggi“, permainan ini tidak pernah membuat saya stress, sebaliknya ia membuatkan saya rasa seronok.
Walaupun tidak banyak, satu lagi elemen gameplay yang dilakukan dengan sangat baik adalah bahagian teka-teki. Terdapat dua jenis adegan teka-teki utama dalam permainan. Pertama, kita harus menggodam sistem, dan satu lagi adalah di mana kita dapat bermain sebagai Clank untuk membunuh anomali bahaya di dimensi. Kedua-duanya menjadikan gamepaly lebih menarik kerana menunjukkan perbezaan yang ketara dari bahagian pertempuran, lantas memberikan “nafas baru” supaya pemain tidak merasakan ia terlalu repetitif.
Pada masa yang sama, saya juga memuji Insomniac Games kerana memberi pilihan kepada pemain untuk terus “skip” adegan teka-teki jika mereka hanya mahu fokus pada pertempuran dan penerokaan. Walau apa pun, saya sangat mengesyorkan kepada anda untuk mencuba teka-teki ini kerana walaupun memerlukan sedikit pemikiran IQ, ia terasa sangat memuaskan apabila kita berjaya menyelesaikannya.
Akhir sekali saya nak kata tentang gameplay ialah permainan menampilkan pelbagai pilihan “accessibility” termasuk mod “high contrast“, butang toggle untuk aski penerokaan lebih senang, sensitiviti kamera, bantuan penerbangan, dan lain-lain, untuk memastikan bahawa SEMUA pemain dapat menikmati permainan. Sekarang kita bercakap tentang senjata!
Senarai senjata & cara upgrade
Sebahagian besar dari daya tarikan permainan adalah senarai senjatanya yang banyak. Memang ada banyak senjata dalam permainan, bermula dari pistol laser tipikal hingga ke sarung tangan, beberapa senjata terasa agak sama daripada segi fungsi. Secara visual, setiap kesan khas adalah berbeza, tetapi beberapa senjata mempunyai fungsi yang sama, lantas membuatkannya terasa seperti “tidak perlu digunakan” dan bukan sebagai alat penting yang dapat membantu kita dalam situasi penting. Berikut adalah senarai senjata:
OmniWrench (Ratchet) | Tukul Rivet |
Burst Pistol | The Enforcer |
Topiary Sprinkler | Ricochet |
Shatterbomb | Mr. Fungi |
Negatron Collider | Lightning Rod |
The Warmonger | Drillhound |
Buzz Blade | Void Repulsor |
Cold Snap | Blackhole Storm |
Pixelizer | Glove of Doom |
Walaupun begitu, saya menikmati sistem “upgrade” untuk setiap senjata. Senjata dapat ditingkatkan hingga level 5, dan setelah mencapai tahap maksimum, skill tree-nya akan dibuka sepenuhnya. Pemain boleh menghabiskan Raritanium (boleh dapat dari bos dan kotak biru tertentu) untuk membuka kebolehan dan bonus baru bagi senjata tersebut. Raritanium sangat mudah diperoleh. Sebenarnya, peta akan memberitahu kita di mana anda boleh mencarinya. Bukan setakat Raritanium sahaja, banyak sumber “rahsia” sebenarnya sudah dilabel di peta permainan, lantas membuatkan aski penerokaan lebih senang dan memudahkan pemain mendapat trofi platinum!
Efek tambahan di DualSense
Saya harus mengakui, saya tidak bermain banyak permainan eksklusif PS5 selain daripada Marvel’s Spider-Man: Miles Morales dan Demon Souls, tetapi apa yang saya perhatikan untuk review ini adalah Ratchet & Clank: Rift Apart pun sama hebat dalam aspek penggunaan ciri alat kawalan DualSense. Insomniac Games menarik memanfaatkan SEMUA ciri pada PS5 DualSense, supaya pengalaman pengguna terasa sangat luar biasa.
Dalam adegan awal, saya dapat merasakan bagaimana bahagian tertentu di DualSense akan bergegar berdasarkan apa yang sedang berlaku di skrin. Jika sebuah kapal angkasa akan terbang melepasi saya di sebelah kiri, bahagian kiri DualSense akan bergegar sekali. Sekiranya ada sebuah lagi kapal angkasa terbang di sebelah kanan, perkara yang sama berlaku di sebelah kanan DualSense. Ini adalah satu contoh untuk pengalaman saya dalam permainan. Adegan “cutscene” yang sudah mempesonakan dibuat lebih mengasyikkan berkat maklum balas haptik yang tepat sehingga tangan saya pun tidak ingin lepaskan alat kawalan.
Kali ini saya ingin cerita tentang fitur “adaptive trigger” pula. Bagi kebanyakan senjata, bergantung pada bagaimana saya menekan butang R2, setiap senjata akan berfungsi dalam cara berbeza. Sebagai contoh, menekan separuh R2 akan menunjukkan sudut dan jarak di mana bom saya akan terkena, manakala menekan ia sepenuhnya akan menyebabkan saya melancarkan bom dengan cepat. Senjata lain juga akan mengubah corak penembakan atau mekaniknya berdasarkan bagaimana kita menekan adative trigger tersebut.
Masih ada satu lagi perkara saya ingin ceritakan! Ratchet & Clank: Rift Apart juga menggunakan pembesar suara dalam Dualsense. Jika mengelak atau terkena serangan musuh, DualSense akan memainkan isyarat audio yang sesuai tetapi berbeza dengan bunyi di TV. Sudah tentu, pengalaman saya akan terasa lebih imersif.
Prestasi di PS5
Seperti mana-mana permainan PS5, Rift Apart berjalan dengan lancar. Saya tidak sedar atau mengalami sebarang penurunan “frame rate“, walaupun gameplay sangat sibuk dan huru hara. “Load time” juga sangat pantas di mana peralihan antara adegan kekal lancar seperti kita menonton movie.
Isu “bug” dan masalah teknikal agak minimum. Permainan hanya “crash” sekali sepanjang saya bermain manakala saya pernah tersangkut sekali sahaja di dalam sejenis kontena. Nasib baiklah, tidak ada isu yang terlalu serius dalam permainan dan cara yang mudah untuk betulkan masalah ini adalah dengan “reload ke checkpoint“.
Pendapat
Seperti yang kata dalam dalam review ini, Ratchet & Clank: Rift Apart tidak memberi apa-apa idea baru dalam genre platformer aksi, tetapi masih merupakan permainan yang luar biasa. Ini adalah salah satu permainan tercantik yang ada di pasaran sekarang dan saya berani jamin bahawa anda tidak akan menemui permainan lain yang mampu memberi adegan sinematik dan gameplay selancar ini. Seterusnya, pasukan Insomniac Games melakukan kerja yang bagus untuk pengalaman pengguna jauh lebih imersif berkat fitur DualSense yang dilaksanakan. Ini adalah salah satu daripada beberapa permainan eksklusif yang saya yakin tidak begitu seronok kalau dimainkan di versi PS4.
Pendek cerita, gameplay-nya masih hebat dan menyeronokkan seperti mana-mana permainan Ratchet & Clank, walaupun saya jumpa beberapa masalah kecil. Walau apapun, ini adalah pengalaman definitif untuk Ratchet dan Clank di PS5, dan saya tidak sabar untuk melihat apa yang mereka akan memperkenalkan pada masa depan untuk siri ini. Jika berminat, anda boleh mula membuat pra-pesanan di SINI. Itu sahaja untuk review Ratchet & Clank: Rift Apart! Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
The Review
Ratchet and Clank: Rift Apart
Ratchet and Clank: Rift Apart tidak memberi apa-apa idea baru dalam genre platformer aksi, tetapi masih merupakan permainan yang luar biasa. Ini adalah salah satu permainan tercantik yang ada di pasaran sekarang dan saya berani jamin bahawa anda tidak akan menemui permainan lain yang mampu memberi adegan sinematik dan gameplay selancar ini.
PROS
- Visual menawan seperti dalam filem animasi moden
- Gameplay aksi yang mantap bersama adegan teka-teki yang baik
- Integrasi ciri Dualsense yang canggih
CONS
- Plot yang generik dan tipikal
- Gameplay Ratchet dan Rivet yang sama, tiada keunikan
Discussion about this post