Tidak kurang dari negara lain, Malaysia telah telah melahirkan pelbagai bakat eSukan sejak industri ini diperkenalkan beberapa tahun lepas. Antaranya ialah Yap Chee “Kenchi” Loong yang merupakan seorang jurulatih profesional Dota 2 yang kini melatih Team SMG. Beliau juga merupakan Pengarah Urusan semasa IO Esports dan bekas Pengarah Urusan di Mineski Malaysia & MET Malaysia. Sebelum menjadi jurulatih, Kenchi juga merupakan pemain profesional dan pernah bermain di Nirvana.MY, serta bersaing dengan pemain popular Malaysia lain seperti Mushi dan Xtinct. Pada tahun 2016, dia dijemput oleh Fnatic untuk menjadi jurulatih rasmi, dan di bawah bimbingannya, pasukan ini berjaya menduduki posisi 4 teratas di TI6. Tanpa melengahkan masa lagi, inilah temu ramah eksklusif kami bersama Kenchi tentang industri eSukan Malaysia!
Untuk mereka yang tidak tahu, bolehkah anda memperkenalkan diri?
Kenchi: Saya Kenchi dari IO Esports, dan juga pemilik Team SMG. Saya juga terlibat dalam industri eSukan selama lebih dari 10 tahun.
Apakah pandangan anda terhadap perkembangan eSukan Malaysia? Bagaimana anda membandingkan industri sekarang dengan industri ketika anda masih aktif?
Kenchi: Sebelum itu, saya rasa kami tidak memanggilnya sebagai eSukan, ia seperti hobi. Saya boleh mengatakan bahawa ibu bapa tidak menyukainya, kerana anda bermain permainan walaupun kami memberikan sepenuh masa untuk bermain permainan demi mendapatkan wang. Sebelum ini, saya dan Xtinct masih makan sambal nasi lemak dengan telur mata.
Sekurang-kurangnya, sekarang saya rasa ia lebih dikenali, terutamanya selepas ibu bapa juga mula memberi sokongan. Sebelum ini, ibu bapa yang menyokong tidak memberi wang atau tidak mampu menampung kewangan untuk melakukan eSukan. Makan pun adalah isu, tetapi sekarang kerana pengiktirafan, wang hadiah dan gaji untuk pemain, semuanya jauh lebih baik. Sekurang-kurangnya, anda tidak akan menderita kerana tidak mempunyai perbelanjaan untuk hidup asas.
Jadi anda rasa ia telah berkembang sedikit dalam beberapa tahun kebelakangan ini?
Kenchi: Ya saya boleh katakan ia adalah perbezaan yang besar daripada yang tidak menerima. Jika anda ingin data, saya boleh katakan bahwa sebelum ini hanya 10% ibu bapa akan menyokong anda, 90% tidak. Sekarang saya dapat mengatakan bahawa walaupun belum 100%, tetapi sekurang-kurangnya saya melihat lebih dari 50 hingga 70%, termasuk sokongan dari kerajaan, kelab, ekosistem. Sekarang jauh lebih baik.
Jenis permainan eSukan apa yang popular dan “trending” di Malaysia?
Kenchi: Berdasarkan acara apa yang kami lakukan dan jumlah penonton, yang dapat saya katakan adalah PUBG Mobile, Mobile Legends, dan mungkin Dota 2 atau Valorant. Pada dasarnya, saya rasa jika anda mahu yang paling popular, adakah dua permainan mudah alih ini di Malaysia. Sebab jika anda bercakap mengenai Eropah atau negara lain, ia berbeza.
Untuk konteks, permainan apa yang paling popular di luar negara bagi pendapat anda?
Kenchi: Dari segi seluruh dunia, saya rasa ia masih League of Legends, Counter-Strike dan Dota 2 kerana di Eropah dan Amerika Syarikat, permainan mudah alih eSukan tidak begitu popular, hanya di Asia Tenggara sahaja, menurut nombor. Di Asia Tenggara, saya rasa bahawa pasaran PC telah jatuh. Dari segi dunia, Eropah adalah League of Legends, Counter-Strike dan Dota 2 . Di Amerika Syarikat, saya hanya melihat League of Legends. Di China, saya rasa semuanya besar. Di Asia Tenggara, hanyalah pasaran mudah alih sahaja.
Adakah ia lebih mudah untuk dapatkan pekerjaan sepenuh masa di industri eSukan sekarang?
Kenchi: Saya akan menjawab ya kerana lebih banyak acara berbanding sebelum ini. Tidak banyak acara, tidak banyak profesional. Saya rasa industri eSukan sangat pantas, dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan yang berbeza dalam bidang sukan digital. Secara spesifik, ada penyiaran, produser, operator GFX, pereka, pemerhati bunyi. Pemerhati bunyi mungkin dengar seperti mudah tetapi sebenarnya tidak, jadi saya rasa ada banyak peluang sekarang. Sama seperti stesen TV, dan juga seperti sukan digital yang memerlukan banyak pemasaran digital.
Salah satu peranan yang paling sukar bagi saya adalah pemain profesional kerana pemain profesional sekarang masih jauh lagi. Pemain profesional memerlukan mental, kemahiran. Bukan kemahiran sahaja yang diperlukan. Cara pemikiran adalah penting untuk pemain profesional.
Jika orang tidak mempunyai pengalaman yang cukup, mereka mungkin kurang berjaya tetapi bagaimana untuk mencari pengalaman jika tiada cara latihan?
Kenchi: Bagi saya, anda boleh cari banyak kaedah untuk berlatih. Sebagai contoh, sebagai shoutcaster, anda boleh berlatih dari streaming dahulu. Melalui cara anda bermain, cara anda bercakap, cara anda menghiburkan orang. Mungkin sebagai pemain, anda perlu kalah lebih banyak, kemudian anda perlu memikirkan mengapa anda kerap kalah. Kerana kekalahan akan menjadikan anda juara satu hari nanti, kecuali jika anda menyerah. Itu yang saya nampak.
Untuk penyiaran, produser, seluruh syarikat saya bermula dari pereka grafik. Perlahan-lahan kita belajar, kita terlibat dalam kajian teknologi baru, kita membawa set maya, segala-galanya. Pada dasarnya, belajar sendiri adalah penting, dan kami sangat berani untuk mencuba segala-galanya dan pelanggan kami juga menyokong idea serta mencuba teknologi baru, cara baru untuk melakukan eSukan. Begitulah cara kami.
Oleh kerana anda menyebut tentang teknologi maya, pandemik menyebabkan keadaan menjadi sangat sukar untuk mengadakan acara fizikal. Bagaimana anda menyesuaikan diri semasa mendirikan acara atau bermain di persekitaran seperti ini?
Kenchi: Secara peribadi, saya rasa ia tidak begitu menyeronokkan kerana saya lebih suka penonton di luar talian. Tetapi menjadikannya dalam talian tidak begitu sukar kerana teknologi yang kita terokai semakin banyak, jadi apa yang boleh kita lakukan adalah mencuba yang terbaik untuk menghiburkan penonton dalam talian dengan mencipta sebanyak kandungan.
Kita mungkin akan membawa selebriti yang lebih terkenal untuk menghadiri satu atau dua acara. Kemudian kami berfikir, grafik yang lebih baik, set maya yang lebih baik. Itulah yang kami cuba buat untuk lebih menghiburkan penonton dalam talian. Tetapi saya masih lebih suka di luar talian dengan set maya kerana kita dapat menggabungkan semuanya. Penonton di luar talian, perasaannya sangat berbeza.
Apakah perkara terbesar yang anda belajar selepas bekerja dengan set maya?
Kenchi: Saya dapat membuat sesuatu dengan skrin hijau yang kelihatan sangat realistik. Bagaimana untuk kata ya? Jika anda tahu filem Ready Player One, ia seperti membuat sesuatu kelihatan lebih realistik dengan teknologi yang lebih baik. Jika perkakasan terlalu maju sehingga kita tidak dapat melakukannya, kita tentu mengambil masa untuk melukis. Jika kemahiran diperlukan, itulah yang kami menambahbaik. Setakat ini saya belajar, apa-apa boleh terjadi dalam eSukan. Ia lebih baik daripada sukan sebenar kerana jika kita melakukan sukan sebenar secara dalam talian, ia hanya akan kelihatan pelik manakala majoriti eSukan sebenarnya bergantung pada 80-90% penonton dalam talian berbanding di luar talian.
Salah satu perkara yang paling penting untuk eSukan / penyiaran dalam talian adalah sambungan internet. Apakah cara penyelesaian jika ada masalah?
Kenchi: Biasanya kita mempunyai internet sokongan. Kita mempunyai 2 studio yang sangat dekat. Satu adalah TIME, satu adalah Unifi, yang merupakan dua jenama dan sokongan yang berbeza. Disebabkan Malaysia Cyber Game atau sebelum itu, saya berkenalan dengan TM dan TIME kerana kita bekerja rapat atas penajaan, jadi jika ada apa-apa masalah kritikal, mereka akan datang membantu. Biasanya kalau Unifi ada masalah, kami akan beralih ke TIME. Itulah cara kita menyelesaikan masalah internet.
Team SMG terlibat dalam beberapa permainan seperti Valorant dan PUBG Mobile. Ia lebih kurang sama kerana kedua-duanya adalah permainan FPS. Adakah ada perbezaan ketika anda membandingkan industri eSukan untuk PC dan mudah alih (mobile)?
Kenchi: Kedua-duanya mempunyai keunikan mereka sendiri, tetapi kami tahu bahawa pasaran Asia Tenggara dianggap sebagai kawasan yang berfokus pada mobile. Kami melihat permainan mudah alih berprestasi jauh lebih baik daripada permainan PC. Oleh itu, kami melabur di kedua-duanya.
Masa permainan untuk mobile lebih pendek daripada permainan PC. Itu antara perbezaannya. Tetapi dari segi penonton, eSukan mobile lebih besar daripada eSukan PC untuk FPS. Pada bulan Mei lalu untuk Free Fire World Series 2021, Singapura sebenarnya mencapai maksimum 5.4 juta penonton semasa. Anda mungkin tahu tetapi kebanyakan penonton ini berasal dari Brazil. Secara keseluruhan, jumlah penonton mudah alih lebih besar, dan sebenarnya lebih besar daripada League of Legends 2019 World Championship iaitu 3.9 juta.
Dari pandangan saya, permainan mudah alih seperti Mobile Legends Bang Bang, malah FPS mudah alih berjaya menguasai pasaran Asia Tenggara. Itu yang saya lihat. Di Asia Tenggara untuk Team SMG, saya fikir PC penting bagi kita kerana ia untuk seluruh dunia. Itu adalah salah satu sebab mengapa kami terus melabur untuk FPS. Bagi mudah alih, salah satu sebabnya kerana FPS mudah alih di SEA sangat besar. Itulah sebabnya.
Jika ada yang ingin bermula dalam eSukan di rantau Asia Tenggara, adakah mereka harus memberi tumpuan kepada mudah alih terlebih dahulu?
Kenchi: Buat masa ini, ya, sudah tentu.
Jenis sokongan apa yang anda ingin lihat untuk industri eSukan tempatan ?
Kenchi: Saya akan katakan sokongan dari kerajaan. Mungkin, pengiktirafan terutamanya cukai untuk pemain. Disebab eSukan belum termasuk dalam kategori sukan, jadi nilai wang hadiah yang dimenangi masih menjadi masalah bagi para pemain kerana ia masih belum diaplikasikan dalam Akta. Oleh itu, pengiktirafan dari kerajaan, untuk cukai mungkin adalah penting, bagi saya.
Kedua adalah sokongan kerajaan untuk bantu memberi vaksin kepada pemain eSukan yang perlu pergi ke kejohanan antarabangsa. Sebagai contoh, saya rasa semua pemain di Olimpik, tidak kira yang pergi atau tidak, sudah melakukan vaksinasi. Bagi eSukan, bukan hanya untuk DOTA 2 tetapi untuk semua permainan lain, mereka semua tidak diberi vaksin kemudian ditinggalkan. Dari pihak pemaju permainan, saya rasa penting untuk mereka memastikan ekosistem eSukan dibina dengan betul di setiap kawasan tempatan.
Kemudian, sokongan dari pihak persatuan lain. Jika mereka mendapat pemegang saham eSukan yang tepat, ia boleh membuat tapak digital yang kuat di negara ini. Mereka juga boleh mencuba mencari pelabur atau rakan niaga baru untuk melihat kawasan eSukan sebagai sebahagian daripada strategi baru. Disebabkan sukan fizikal, aktiviti dan kempen promosi sedang terbatas kerana pandemil, jadi eSukan mungkin menjadi alternatif bagi pelabur.
Saya pernah bercakap dengan beberapa pasukan sebelum ini. Kadang-kala, mereka melakukan perpindahan pemain dari luar negara, tetapi kerajaan tidak menyokong pemain asing daripada segi Visa. Katakan kita mengambil pemain dari Filipina, dan kemudian pemain itu tidak dapat datang ke Malaysia. Adakah anda menghadapi masalah seperti ini dan bagaimanakah kerajaan harus menyokong isu ini?
Kenchi: Buat masa ini ya, saya menghadapi masalah ini. Pada dasarnya, saya menjadikan pemain asing sebagai kakitangan di syarikat. Saya perlu membuatkan Visa bekerja untuk mereka. Itulah yang saya lakukan sekarang tetapi ia adalah kategori yang berbeza. Semoga suatu hari nanti, saya boleh memohon Visa sebagai sukan atau atlet untuk pemain saya dari negara luar.
Beberapa tahun sebelum ini, kerajaan Malaysia mempunyai beberapa inisiatif untuk industri eSukan Malaysia. Setelah pengumuman itu, kini tiada lagi berita lanjut. Apa pendapat anda tentang situasi ini, dan bagaimanakah kerajaan boleh menambahbaik inisiatif ini?
Kenchi: Saya rasa rancangan mereka untuk dana eSukan bukan hanya untuk menjadikan ekosistem lebih baik, malah untuk mengadakan acara eSukan di Asia Tenggara. Mereka perlu membuat kejohanan, untuk mempersiapkannya, dan mencari pemain yang tepat untuk acara SEA Games.
Saya rasa tiada masalah, tetapi mereka harus memastikan ia berada di arah yang betul supaya semua lancar, barulah okay. Ini juga banyak kerja untuk persatuan-persatuan di Malaysia. Dengan bantuan kerajaan dan pemegang saham eSukan betul yang mempunyai pengalaman, ia boleh menjadikan eSukan kita lebih baik, supaya ia tidak menjadi program yang salah.
Untuk kesan praktikal, adakah ia lebih bagus untuk kerajaan membantu mengusahakan keperluan internet di seluruh Malaysia berbanding mengadakan kejohanan eSukan?
Kenchi: Bagi saya betul, kedua-duanya penting. Rancangan infrastruktur, kerajaan akan melakukannya, akan merancangnya, dan akan menjadikan infrastruktur lebih baik. Pembangunan infrastruktur tidak akan berharga seperti RM10 juta atau RM20 juta sahaja. Ia adalah sangat mahal untuk seluruh negara. Jadi bagi saya, kedua-duanya juga sangat penting.
Untuk rancangan infrastruktur, saya rasa SKMM mempunyai rancangan yang bakal dilakukan untuk seluruh negara, seperti memastikan semua mempunyai internet ataupun UNIFI pada harga yang berpatutan. Hal ini saya rasa kerajaan sudah melakukannya, cuma tidak cukup laju seperti yang anda lihat.
Dari apa yang saya lihat, kedua-duanya sama penting kerana jika internet tiada platform untuk pertandingan kejohanan atau pelantar untuk pemain bersaing sesama sendiri, maka Malaysia tidak akan mempunyai standard kemahiran yang tinggi. Itu membuatkan saya berpendapat bahawa kedua-duanya penting.
Di Asia Tenggara, kebanyakan rakyat Malaysia suka permainan kompetitif eSukan, tetapi jika saya ingin menjadi streamer untuk permainan jenis aksi-naratif, adakah ia masih disarankan atau adakah saya masih harus bermula sebagai streamer bagi permainan kompetitif?
Kenchi: Nasihat saya adalah anda harus bermula dengan permainan yang terkenal terlebih dahulu, sehingga anda mendapat pengikut. Selepas itu apa sahaja yang anda lakukan, walaupun sedang tidur, jumlah penonton masih besar. Anda faham maksud saya?
Bagi saya, saya rasa tidak bagus untuk menentang trend. Ia bagus untuk suka apa-apa jenis permainan yang anda main semasa siaran langsung. Zombie, Candy Crush, apa-apa sahaja, selagi anda menghiburkan orang. Mereka mengikuti anda bukan kerana apa yang anda mainkan, tetapi disebabkan anda. Walaupun anda makan Maggi Curry sambil menangis kerana pedas, mereka masih akan menyukai anda.
Oleh itu, saya fikir ia bukan tentang bermain permainan yang terkenal. Ia mengenai anda yang perlu membuat sesuatu untuk diri sendiri dan pengikut terlebih dahulu, dan kemudian perlahan-lahan beralih kepada perkara lain. Saya rasa ia tidak bagus jika anda terus bermain permainan terkenal, kerana ia membosankan. Setiap hari saya melihat anda bermain PUBG Mobile, saya pun akan bosan. Mengapa saya perlu mengikuti anda?
Dari seorang pemain profesional eSukan, bagaimana anda menubuhkan sebuah organisasi
Kenchi: Asalnya, saya bermula sebagai pemain. Dari seorang pemain, saya memikirkan apa yang boleh saya lakukan seterusnya. Saya mahu menjadi usahawan. Perniagaan pertama yang ingin saya lakukan sebenarnya adalah kafe siber. Jadi apabila saya sudah bersedia, saya pergi ke Filipina untuk membuat kafe siber. Pada 11 tahun yang lalu, saya merasakan bahawa kafe siber di Filipina adalah pasaran yang lebih perlahan dan mempunyai peluang lebih besar. Itulah sebabnya saya memilih Filipina. Dari situ saya menjadi usahawan dan perlahan-lahan membangunkan perniagaan. Ini adalah skala yang sangat berbeza dari seorang pemain kepada menguruskan perniagaan sendiri. Dari situ, saya belajar dan menjadi lebih baik. Pada masa yang sama, saya melibatkan acara dan pasukan. Di kafe siber, setiap bulan kita mengadakan kejohanan tetapi ia kecil. Kami membuatnya hanya untuk pemasaran kami tetapi pada suatu hari, ia menjadi besar bagi syarikat.
Mengapa kita melibatkan pasukan? Kali terakhir saya menjadi jurulatih Fnatic adalah kerana permintaan dari pemain Malaysia yang meminta bantuan saya. Salah seorang adalah adik-beradik saya. Jadi saya cuba membantu, dan menggunakan apa yang saya pelajari dari perniagaan sebagai jurulatih Fnatic. Setelah membantu,rakan kongsi saya berkata, “Anda sudah skil, mengapa kita tidak membuat pasukan sendiri bla bla bla.” Perasaan adalah sama. Sama seperti menguruskan pasukan, anda menguruskan empat pemain termasuk diri sendiri jadi ada 5, untuk mempunyai gambaran yang sama dan mencuba yang terbaik. Buat masa sekarang dalam perniagaan, termasuk pemain, saya harus menguruskan 200 orang. Sudah tentu saya tidak dapat menguruskan seorang diri. Saya perlu mempunyai beberapa orang penting yang memikul sebahagian daripada tanggungjawab saya. Ia adalah tahap yang berbeza.
Sesetengah orang, “ah kalah lagi”, perasaannya memang tidak seronok. Sebilangan besar orang akan mengalah separuh jalan kerana pemain yang bekerja di industri eSukan tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi kesilapan atau kalah atau apa sahaja yang mereka rasakan. Bagi mereka, “semua ini membuang masa. Saya akan masuk industri lain.” Jadi itulah sebabnya saya melihat banyak yang tidak melakukannya dengan baik kerana sebenarnya mereka tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi masalah dan kesalahan.
Saya berpendapat bahawa keberanian untuk menghadapi masalah adalah perkara yang paling sukar. Sekiranya anda tidak mempunyai keberanian untuk menghadapi masalah tersebut walaupun sentiasa kalah, anda akan menghadapi kesilapan atau masalah yang sama lagi. Jadi perkara pertama, anda memerlukan keberanian untuk menghadapinya, kemudian mengatasinya, lalu memperbaikinya supaya lain kali, anda tidak akan menghadapi masalah yang sama lagi.
Bolehkah anda menjelaskan lebih lanjut mengenai apa yang berlaku pada perniagaan kafe siber anda, dan apa pendapat mengenai perniagaan kafe siber di masa depan?
Kenchi: Saya mempunyai perniagaan kafe siber terbesar di Filipina. Saya rasa ada 100+ kafe siber. Kemudian kami meluas ke Malaysia sekitar 20, Indonesia – 5, dan Thailand – 3. Saya tidak membuat keputusan untuk rantau-rantau lain tetapi saya membuat keputusan yang jelas untuk menutup semua kafe siber. Sebabnya bukan hanya kerana pandemik.
Ini kerana Asia Tenggara sedang ke arah eSukan mudah alih, jadi penggunaan kafe siber pasti akan turun. Bagi saya, saya sudah melepaskan perniagaan kafe siber. Di Filipina, mereka menutup beberapa cawangan tetapi tidak semua. Saya kini tidak tahu apa-apa lagi tentang Mineski kerana saya telah meninggalkannya selama 2 tahun. Saya tidak tahu apa yang terjadi di rantau lain tetapi di Malaysia, Mineski, kafe siber sudah tutup. Apa yang saya lihat ialah pasaran mungkin tidak ada lagi kerana permainan mudah alih, bukan sahaja kerana wabak.
Oleh kerana permainan mudah alih menakluki pasaran Asia Tenggara, adakah ia akan menjadi sumber permainan nombor 1 dalam masa terdekat?
Kenchi: Mungkin ia akan berubah, tetapi untuk 3 tahun akan datang, saya boleh kata bahawa untuk wilayah Asia Tenggara, pasaran mudah alih akan menjadi juara.
Banyak maklumat penting dan berguna telah kami dapat dari Kenchi. Semoga industri eSukan Malaysia terus maju dan bersaing dengan negara-negara lain di seluruh dunia. Itu sahaja untuk temu ramah eksklusif kami bersama Kenchi! Jika anda berminat untuk membaca segala temu ramah kami bersama tokoh-tokoh lain di mana kami membincangkan pelbagai topik menarik, sila tekan pautan ini. Sehingga kita berjumpa lagi, selamat ber-gaming!
@gamersantaimy
Discussion about this post