Harapan peminat untuk melihat Sonic Generations diadaptasikan kepada game moden akhirnya menjadi kenyataan, kerana baru-baru ini, SEGA bakal mengeluarkan remaster bertajuk Sonic X Shadow Generations yang menawarkan tambahan content baharu memfokuskan pada Shadow the Hedgehog.
Di sini, kami dijemput ke ibu pejabat SEGA di Jepun untuk mencuba game itu secara langsung melalui sesi hands-on, termasuk sesi interviu bersama Game Director Katsuyuki Shigihara dan Game Producer Shun Nakamura!

Banyak info menarik yang dikongsikan termasuk inspirasi di sebalik proses pembangunan dan kandungan terkini untuk game tersebut. Ingin tahu lagi? Baca terus interviu kami di bawah!
Bagaimanakah proses mencipta kandungan baharu untuk Shadow? Apakah inspirasi di sebalik skil dan pertempuran baharu, dan adakah ini juga mengikuti maklum balas daripada komuniti?

Sonic Team: Chaos Control dan kuasa Chaos ialah skil yang dapat dikawal oleh Shadow sejak sekian lama. Walau bagaimanapun, kita tidak boleh bercakap banyak tentang kuasa Doom milik Shadow secara keseluruhan, salah satu contoh baharu ialah sayap yang tumbuh di belakangnya.
Anggap saja itu, jadi apa yang akan berlaku atau apa yang anda akan lihat sepenuhnya dalam game adalah reka bentuk yang lebih menyerupai haiwan.
Salah satu perkara menarik ialah kuasa itu, ia tidak selalu diilhamkan oleh apa yang dikatakan peminat. Sebaliknya, perkara yang kami fokuskan secara dalaman ialah pengalaman yang paling menyeronokkan untuk pemain.
Bercakap tentang pengalaman itu tentu akan ada beberapa spoiler, tetapi apa yang saya akan katakan ialah kami mengujinya secara terhad di kalangan jumlah orang terpilih sehingga menemui produk game yang paling menyeronokkan.
Khusus untuk game utama, adakah ada sebarang perubahan pada kandungan cerita utama?

Sonic Team: Apabila bercakap tentang Sonic Generations, ceritanya masih sama seperti ketika game ini mula-mula dikeluarkan pada tahun 2011. Tetapi khususnya cerita dalam kempen Shadow Generations berlaku sekali dalam garis waktu apabila Sonic Generations berlaku.
Bagaimanakah pasukan pembangunan memastikan bahawa gameplay Shadow terasa berbeza dan unik berbanding Sonic?

Sonic Team: Satu bahagian penting yang menjadikan Sonic begitu istimewa ialah pergerakannya yang berkelajuan tinggi. Terutamanya Shadow, apa yang membuatkan pengalaman Shadow berbeza adalah kuasanya yang serba boleh.
Jadi terdapat beberapa contoh seperti Chaos Spear, Chaos Control, dan akhirnya kuasa Doombaru. Dalam kes ini, dia lebih menjurus kepada bahagian aksi pertempuran.
Bolehkah pasukan menerangkan dengan lebih mendalam tentang kuasa Doom terbaru ?

Sonic Team: Kami tidak boleh bercakap banyak buat masa ini, tetapi perkara yang sekurang-kurangnya boleh kami sahkan sekarang ialah saat dalam trailer di mana Shadow boleh menumbuhkan sepasang sayap sebagai sebahagian daripada kuasa Doom baharunya.
Apabila mendapat akses kepada lebih banyak kuasa Doom, pelbagai aksi anda akan meningkat. Sebagai contoh, kawasan yang anda boleh akses dalam game.
Dan pastinya, pada mulanya anda mungkin menghadapi musuh yang lebih sukar untuk berlawan, tetapi apabila membuka lebih banyak kuasa Doom itu, anda akan dapat melancarkan serangan yang lebih flashy dan bergaya sambil meningkatkan levelnya lebih jauh.
Sonic Generations dikeluarkan buat kali pertama sejak 2011, di mana Shadow muncul sebagai salah satu bos untuk dihadapi. Tetapi kali ini dia akhirnya mendapat perhatian sebagai protagonis dalam kempen khas sendiri. Apakah yang mendorong pasukan untuk mencipta kempen baharu untuknya?

Sonic Team: Di satu pihak mengenai penampilan Shadow dalam Sonic Generations, kandungan cerita Shadow Generations memberitahu apa yang berlaku sebelum dan selepas penampilannya dalam Generation Story.
Selain itu, salah satu perkara terpenting di sebalik pengalaman game ini ialah mencipta gaya permainan yang benar-benar baharu dan berbeza daripada apa-apa yang dilakukan oleh Sonic. Jadi kami fikir, apakah pengalaman yang paling menarik dan unik berbanding gameplay tradisional Sonic.
S: Bolehkah peminat berharap Shadow akan muncul dalam lebih banyak game Sonic baharu pada masa hadapan?

Sonic Team: Malangnya kami tidak boleh bercakap banyak buat masa ini. Katakan sahaja jika cinta fandom terhadap Shadow akan terus memenuhi jangkaan kita, sudah tentu ada beberapa kemungkinan yang boleh direalisasikan.
Sebagai nota tambahan, saya rasa sebahagian daripada anda mungkin sudah tahu perkara ini, tetapi dalam Collector’s Edition game ini, terdapat figura Shadow yang sangat cool dan barangan Shadow lain yang disertakan di dalamnya.
Kami rasa ramai peminat yang menyukai Shadow the Hedgehog, dia adalah “absolute”, kerana dalam penampilannya setakat ini, dia telah diterima dengan baik oleh kelompok peminat. Oleh itu, jika peminat terus menunjukkan rasa cinta yang besar kepada Shadow, sila terus tunjukkannya lagi.
Dengan kemunculan Chao dalam artwork terkini, adakah ini bermakna game ini juga akan menambah Chao Garden?

Sonic Team: Shadow Generation tidak membenarkan pemain mengumpul Chaos. Tetapi khususnya dalam Sonic Generations, ini adalah ciri baharu yang kami tambahkan pada game.
Jadi dalam setiap level, terdapat peluang untuk anda mengumpul Chaos. Ia tidak sama dengan Chao Garden, tetapi sekurang-kurangnya ia adalah peluang yang bagus untuk berinteraksi dengan Chaos.
Selain itu, ada juga White Space, jadi apakah info mengenai bahagian gameplay terbaru ini?

Sonic Team: Kami tidak boleh bercakap terlalu banyak tentang White Space pada masa ini, jadi harapkan butiran lanjut di pengumuman lain pada masa hadapan.
Tetapi sekurang-kurangnya kita boleh mengatakan bahawa semasa di White Space sambil menggunakan kuasa Doom, anda akan dapat mengakses kepada lebih banyak kawasan lain. Selain itu, terdapat pelbagai cara untuk berinteraksi dan berseronok dalam kawasan open zone baharu.
Dengan masalah teknikal seperti texture pop-in yang dialami peminat dalam siri Sonic Frontiers, adakah Sonic Generations selamat daripada masalah ini?

Sonic Team: Satu perkara yang kami fokuskan ialah mengoptimumkan bahagian teknikal game dengan lebih jauh lagi. Kami telah memikirkan tentang isu pop-up supaya ia tidak terlalu menonjol apabila anda bermain game itu nanti.
Daripada perspektif pasukan pembangunan, apakah jenis kandungan baharu yang anda jangka lihat untuk Sonic X Shadow Generations?

Sonic Team: Kami telah membincangkan perkara ini sebelum ini, di mana terdapat ciri untuk menyelamatkan Chao. Anda akan dapat mengakses beberapa kawasan yang sebelum ini tidak dapat pada generasi sebelum.
Satu lagi perkara yang kami ingin ketengahkan ialah Drop Dash. Drop Dash itu adalah pilihan manuver baharu yang membuka lagi ruang bermain untuk Sonic semasa merentasi setiap level.
Bagaimana pasukan menguruskan gubahan muzik baharu, terutamanya dalam bahagian kempen terbaru Shadow?
Sonic Team: Kami bukan orang yang sesuai untuk soalan muzik. Satu perkara yang boleh saya bincangkan ialah dalam Generations, ia adalah game di mana anda meneroka banyak kawasan daripada game lama Sonic. Kami memikirkan perkara yang boleh dilakukan dalam skop pemilihan level yang telah muncul dalam game-game dahulu.
Apakah perasaan pasukan pembangunan tentang berpeluang untuk kembali bekerja pada pembangunan Sonic Generations?

Sonic Team: Perubahan daripada grafik HD kepada 4K adalah sesuatu yang sangat mengujakan kami. Kami bekerja dengan perkakasan generasi sebelum dan kini kami membawanya kepada perkakasan generasi moden, tetapi ini bermakna kami harus menyemak semula banyak perkara, UI, visual 3D untuk disentuh.
Sangat menarik untuk kami menghasilkan beberapa kandungan baharu seperti ciri Chao Rescue.
Sonic mempunyai ramai kawan, tetapi mengapa Shadow dipilih untuk menjadi temannya dalam keluaran terbaru ini?

Sonic Team: Salah satu perkara yang sangat penting ialah hakikat bahawa Shadow akan muncul dalam filem Sonic, seperti yang anda lihat dalam pengakhiran Sonic 2. Kami rasa ia akan menjadi peluang yang sangat baik jika penampilan Shadow dalam filem ketiga dan game Shadow yang seterusnya dikeluarkan tepat pada masa yang sama.
Melihat populariti Shadow yang sangat tinggi di kalangan masyarakat, apakah reaksi pasukan terhadap perkara ini dan apakah faktor yang menjadikannya begitu popular?

Sonic Team: Satu perkara yang boleh kami katakan ialah populariti itu yang menjadikan Shadow sebagai watak utama dalam Shadow Generations. Apabila dia mula-mula membuat debut, kami fikir dia hanya akan muncul dalam Sonic Adventure 2, tetapi kami merasakan akan ada lebih banyak peluang untuk menyerlahkan wataknya selepas satu game itu, kerana dia sangat popular.
Sesetengah daripada anda mungkin ingat bahawa Shadow mempunyai game solo sendiri pada masa lalu. Selepas itu, kami akhirnya membawa watak itu kepada banyak judul lain, termasuk ke dalam dunia filem.
Kami ingin lebih ramai orang tahu perkara yang membuatkan Shadow begitu hebat, dan kami ingin Shadow mempunyai lebih banyak peluang untuk menonjol pada masa hadapan.
Sebagai soalan penutup, mungkin ada mesej yang ingin anda kongsikan daripada pasukan pembangunan untuk peminat di Asia Tenggara yang menantikan game ini?

Sonic Team: Apabila Sonic Generations dikeluarkan dalam versi original pada tahun 2011, game ini telah diterima dengan baik oleh komuniti speedrunner. Melalui Shadow Generations, kami berharap untuk menerima tahap populariti yang sama daripada komuniti. Saya tidak sabar untuk semua orang mencubanya tidak lama lagi.
Ia adalah sesuatu yang tidak dapat dilupakan untuk peluang melihat peminat dari Asia Tenggara secara langsung, dan ia bagus jika semua orang dapat menikmati game ini. Anda juga boleh menantikan maklumat lanjut tentang game ini pada masa hadapan. Terima kasih.
Maka, tamatlah interviu kami dengan Sonic Team tentang Sonic X Shadow Generations. Ribuan terima kasih kerana sudi menjawab soalan-soalan kami.
Bagi mereka yang tidak sabar, game ini sudah pun membuka pre-order (yang anda boleh baca di SINI), dan akan dikeluarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 25 Oktober 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post