Bagi mereka yang sudah lama bermain game sejak awal 2000-an, korang pasti kenal francais platformer Super Monkey Ball keluaran SEGA yang menawarkan gameplay kasual ala arked, tetapi cukup bikin tagih dan menyeronokkan. Apa yang menariknya ialah SEGA masih lagi meneruskan game tersebut dan entri terbaru dalam siri ialah Super Monkey Ball Banana Rumble!
Di sini, kami berpeluang mencuba Super Monkey Ball Banana Rumble sebelum ia dikeluarkan, tetapi adakah game ini menawarkan perbezaan yang besar supaya masih boleh memuaskan hati para gamer moden? Baca previu ini untuk info lanjut!
Gameplay umum

Super Monkey Ball Banana Rumble mempunyai gaya arked klasik dengan jalan cerita yang ringan dan gameplay berasaskan skor. Tugas anda hanyalah untuk menggerakkan watak dan mengumpul sebanyak mungkin pisang. Ini mungkin nampak mudah, tetapi kadangkala ia boleh menjadi sukar dan pada masa yang sama, bikin ketagihan supaya pemain ulang semula level jika kalah.
Keseronokan Super Monkey Ball Banana Rumble ialah pada fungsi “dash” di mana pemain, jika mahir menggunakan ciri ini, boleh menyelesaikan stage yang sebelum ini mengambil masa 40 saat, hanya dalam 4 saat. Jangan risau, game ini tidak memerlukan anda menjadi “expert” kerana tahap kesukaran boleh diubah, andai kata anda mempunyai “skill issue.”

Mode Multiplayer

Pemain boleh menikmati 5 mode sekaligus secara multiplayer. Apa yang lebih menarik ialah sebanyak 16 pemain boleh dimasukkan dalam satu perlawanan. Ini menjadikan setiap perlawanan amat huru-hara tetapi menarik pada masa yang sama. Walaupun permainan ini sepatutnya santai, ia boleh menjadi kompetitif pada masa-masa tertentu.
Sebagai contoh, memilih watak boleh menjadi perkara penting, memandangkan masing-masing mempunyai stats tertentu yang mempunyai kelebihan dalam beberapa mode, tetapi juga boleh kelemahan dalam mode lain. Berkenaan mode, ada beberapa yang memerlukan kerjasama antara pemain, dan ada juga yang bersifat free-for-all.

Bagi mode single-player, game ini boleh dikatakan agak mudah kerana anda hanya perlu menjalankan misi. Walau bagaimanapun, dalam multiplayer ia menjadi sukar kerana kita perlu melihat pergerakan pemain lain, yang kalau kita berdua terlaga – ia boleh mengubah posisi anda. Senang cerita, game ini sangat chaos, tetapi dalam cara yang menyeronokkan.
Mekanik baharu

Beberapa hal menarik tentang dash, anda boleh mengecasnya kemudian tunjuk ke arah mana-mana yang anda mahu untuk lari ke hadapan. Walau bagaimanapun, jika anda melepaskannya tanpa menyentuh tanah, anda akan kehilangan charge tersebut. Dalam mode multiplayer, pemain lain boleh melihat arah yang mereka tunjuk, jadi lebih taktikal untuk melepaskan charge pada saat terakhir selepas menunjuk ke arah yang ingin dituju.
Untuk membatalkan charge apabila ingin dash, anda mesti sekurang-kurangnya mengalihkan joystick arah ke neutral dan lepaskan stick. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat charge sehingga charge bar kehabisan. Bagi kami, mekanisme seperti ini agak unik dan memberikan elemen “kompetitif” dengan pemain lain.

Pendapat setakat ini

Secara keseluruhan, saya rasa game ini direka dengan sempurna untuk Nintendo Switch, kerana game ini kasual dan mesra untuk bermain bersama rakan-rakan atau keluarga. Mengikut hala tuju ini, Super Monkey Ball Banana Rumble boleh menjadi sama menyeronokkan seperti siri Mario Kart.
Bagi mereka yang berminat, Super Monkey Ball Banana Rumble akan dikeluarkan secara rasmi pada 25 Jun untuk Nintendo Switch. Anda boleh melayari laman web rasmi di SINI untuk maklumat lanjut, memandangkan game ini pun sudah dibuka untuk pre-order.
@gamersantaimy
Discussion about this post