Setelah sekian lama, akhirnya Shadow the Hedgehog kembali! Merupakan remaster kepada game Sonic Generations, SEGA telah mengumumkan Sonic X Shadow Generations, yang menggabungkan kedua-dua era klasik dan moden Sonic ke dalam satu pakej.
Apa yang menarik tentang game ini adalah protagonis kita bukan sahaja Sonic, kerana Antihero kegemaran semua, Shadow turut muncul dengan segmen sendiri! Tidak tersedia dalam game original, Sonic Team berusaha sedaya upaya untuk memastikan dia mendapat perhatian yang sepatutnya, dengan menambah kempen naratif eksklusif untuknya.
Baru-baru ini, kami berpeluang untuk mencuba Sonic X Shadow Generations secara langsung dan berikut adalah info yang boleh kami kongsi sebelum game ini dilancarkan.
Sonic Generations
Dalam demo ini, kami hanya dapat mencuba 2 stage daripada setiap kempen. Sama seperti Sonic Generations, kedua-dua stage mempunyai pelbagai jalan yang boleh pemain lalui. Hal ini mungkin akan menggembirakan penggemar game klasik Sonic yang ingin meneroka setiap stage yang disediakan dan juga para speedrunner yang ingin mencari laluan terpantas.
Dalam seso kami, kedua-dua stage mengambil masa kira-kira 5 minit untuk diselesaikan, yang tipikal untuk mana-mana game Sonic. Reka letak level pun tidak terlalu berubah secara drastik, kerana majoriti level retro masih dalam gaya 2D, manakala sebahagian besar level moden berlangsung di peta 3D.
Apa yang baru adalah pemain kini boleh customize kawalan mereka berdasarkan skema kawalan game original (dirujuk sebagai “Legacy Controls”) atau Sonic Frontiers.
Shadow Generations
Itu sahaja yang kami ingin bincangkan tentang Sonic Generations memandangkan semuanya lebih kurang sama. Sekarang masanya untuk memperkenalkan bintang utama untuk game ini iaitu Shadow!
Kempen Shadow Generations berlaku serentak dengan Sonic Generations. Apabila Black Doom kembali dan mengancam untuk menakluk dunia, Shadow mesti mengharungi masa lalunya dan menghadapi musuh lama untuk mengalahkan raja makhluk asing itu dan menyelamatkan dunia.
Beberapa stage yang kami dapat cuba dalam kempen ini ialah merupakan campuran peta 2D dan 3D, yang menampilkan gabungan antara gaya klasik dan moden. Kami juga terpaksa berhadapan dengan bos pertama, Biolizard yang asalnya dikenalkan dalam Sonic Adventure 2 (tiada spoiler tentang pertarungan boss di sini).
Walaupun tidak lagi menggunakan pistol, Shadow masih boleh menewaskan musuh dengan cara lain, terutamanya menggunakan kuasa Chaos. Walaupun masa terhad, kami dapat mencuba Chaos Spear, yang dapat mengejutkan musuh dan menyerang sasaran jauh, serta Chaos Control, keupayaan untuk menghentikan masa yang sangat berguna dalam pertarungan bos.
Kerana kekangan masa, kami tidak dapat mencuba Doom Power lain, yang sepatutnya memberikan kebolehan baharu kepada Shadow, seperti keupayaan untuk meluncur di atas air, menambah sayap untuk terbang, dan banyak lagi.
Walaupun tidak mempengaruhi gameplay, tetapi saya rasa tahap eksplorasi Shadow Generations tidak sepantas Sonic Generations, dan sejujurnya, itu perkara yang bagus. Kadang-kala, Sonic berlari terlalu laju sehingga kami terlepas beberapa item atau perkara. Untuk Shadow, semuanya seimbang.
Pendapat Setakat Ini
Walaupun masa bermain agak singkat, Sonic X Shadow Generations membangkitkan rasa nostalgia dalam diri saya, terutamanya dengan kempen Shadow Generations baharu. Ia mempunyai campuran seimbang antara level klasik dan moden, di mana kuasa Chaos mampu mengubah keadaan sekeliling untuk mengakses kawasan tertentu. Pertarungan bos pun seronok!
Setakat mana yang saya cuba, Sonic X Shadow Generations boleh menjadi entri yang solid dalam francais!
Bagi mereka yang berminat, game ini akan dilancarkan untuk PlayStation 5, PlayStation 4, Xbox Series X|S, Xbox One dan PC melalui Steam dan Epic Games pada 25 Oktober 2024.
@gamersantaimy
Discussion about this post