Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 15, 2026
in Action, Anime, Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch 2, PC, PS5, RPG, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Share on FacebookShare on Twitter

Pentas D23 Disney hari ini mencuri tumpuan dengan pendedahan terbaharu Kingdom Hearts 4. Menerusi trailer baharu yang padat dengan aksi di dunia Coco buatan Pixar, Square Enix bukan sahaja mengesahkan tempoh pelancaran game ini pada lewat 2027, malah turut mengumumkan projek anime original Kingdom Hearts untuk Disney+.

Trailer di atas menunjukkan Sora di Land of the Dead. Untuk menyesuaikan diri di sana, Sora pun turut memakai estetika Day of the Dead bersama solekan sugar skull pada mukanya. Aksi gameplay bermula sewaktu Miguel mendendangkan lagu “Un Poco Loco” di Plaza de la Cruz, sebelum Sora melompat masuk ke tengah orang ramai untuk menewaskan sekumpulan Shadow Heartless.

Selain dunia Coco, trailer turut membawakan perkembangan plot dari sudut lain. Donald dan Goofy nampaknya berjumpa dengan Hades di Underworld, manakala King Mickey gigih mencari petunjuk di sebuah perpustakaan purba. Di kota Quadratum yang serba realistik pula, Sora ternampak bayangan holografik Donald dan Goofy sebelum pengsan. Gameplay diakhiri dengan serangan Heartless gergasi yang akan menyerang Strelitzia, tetapi dibantu oleh Sigurd (kedua-duanya daripada Kingdom Hearts Union χ).

Square Enix mengesahkan bahawa Kingdom Hearts 4 akan dilancarkan pada lewat 2027 bagi PlayStation 5, Xbox Series X/S, Nintendo Switch 2, serta PC melalui Steam dan Epic Games Store.

Bagi siri anime di Disney+, projek ini dibangunkan hasil kerjasama erat antara pencipta francais Tetsuya Nomura dan Square Enix. Siri animasi ini akan memperkenalkan jalan cerita original yang bertujuan meluaskan lagi semesta dan naratif Kingdom Hearts.

Ready for a new adventure? 💛 An original Kingdom Hearts anime series inspired by the beloved video game franchise is coming soon to @DisneyChannel and @DisneyPlus pic.twitter.com/ZJMl3LS4yr

— Disney (@Disney) August 15, 2026

Bagi peminat yang ingin mengikuti info lanjut, Disney akan mengadakan sesi panel khas ‘DEEP DIVE into KINGDOM HEARTS’ esok, yang boleh ditonton secara livestream pada Ahad, 16 Ogos, jam 7:30 pagi. Panel ini akan disertai oleh pengarah bersama Square Enix Tai Yasue, Nana Gadd daripada Disney & Pixar Games, pelakon suara Renée Johnson, serta duo suara ikonik Sora dan Riku, iaitu Haley Joel Osment dan David Gallagher.

Tags: animeKingdom Hearts 4
ShareTweetSend
Previous Post

Reviu MARVEL Tōkon: Fighting Souls – Projek Impian Antara Superhero & Visual Anime Arc System Works

Next Post

Tokyo Game Show 2026 – Laman 30th Anniversary, Tiket Pingat Emas, Twitch Creator Lounge & Barisan Duta Baru

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
Tokyo Game Show 2026 – Laman 30th Anniversary, Tiket Pingat Emas, Twitch Creator Lounge & Barisan Duta Baru

Tokyo Game Show 2026 - Laman 30th Anniversary, Tiket Pingat Emas, Twitch Creator Lounge & Barisan Duta Baru

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd