Rekod rasmi kerajaan Indonesia menunjukkan ratusan kanak-kanak di negara itu telah dinamakan sempena watak anime popular; daripada ninja Naruto dan lanun One Piece, sehinggalah watak-watak dalam Doraemon.
Menurut statistik yang dibentangkan oleh Teguh Setyabudi selaku Ketua Pengarah Dukcapil, anime Naruto menjadi pilihan paling popular. Seramai 657 warganegara diberi nama daripada dunia Naruto, di mana 190 orang mendahului senarai menggunakan nama Uzumaki. Ini diikuti 158 orang bernama Sasuke, 157 bernama Naruto, serta 152 bernama Uchiha. Malah, 60 kanak-kanak lagi dinamakan Boruto, iaitu anak kepada Naruto.

Siri kartun klasik turut menjadi pilihan. Rekod pendaftaran awam mencatatkan 181 individu bernama Nobita, 16 bernama Doraemon, dan 65 lagi bernama Shinchan.
Suasana pembentangan itu bertambah ceria apabila Teguh tidak dapat menahan tawa semasa mendedahkan bahawa lapan warganegara telah dinamakan Suneo.

Beliau turut mengesahkan bahawa data tersebut memang tulen: “Ini berdasarkan data kependudukan sebenar. Saya boleh disaman kalau mereka-reka cerita ini!”
One Piece juga tidak melepaskan peluang, apabila seramai 79 orang didaftarkan secara rasmi dengan nama D. Luffy dan 37 orang lagi bernama Usopp.

![[BIC2026] Visi Jangka Panjang Toei Games Menuju Ke Projek Berskala Besar; Game Kamen Rider/Super Sentai Tidak Terkecuali](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Hiroaki-Nagashima-TOEI_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Bukan Isekai Biasa! Bagaimana Creator Chronicles Mengaburkan Dunia Realiti & Maya](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Creator-Chronicles_BIC_FI-350x250.jpg)
![[BIC2026] Usaha Sedekad Mengangkat Game Indie, Itulah Misi Isabella Seo Jungsook](https://cdn.gamersantai.com/2026/08/Isabella-Seo-Jungsook_BIC_FI-350x250.jpg)





Discussion about this post