Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 19, 2026
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia
0 0
0
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Share on FacebookShare on Twitter

Pada penghujung tahun 2020, seluruh dunia dikejutkan apabila anime popular Attack on Titan mengumumkan pertukaran studio secara tiba-tiba bagi musim keempat dan terakhirnya. Selepas menjayakan tiga musim penuh aksi, WIT Studio memilih untuk mengundurkan diri dan menyerahkan tugas tersebut kepada studio MAPPA.

Kini, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Presiden WIT Studio, George Wada, tampil mendedahkan punca sebenar di sebalik keputusan melepaskan francais terbesar mereka itu.

Bercakap dalam satu temu bual bersama portal hiburan Mantan Web dari Jepun, Wada menjelaskan bahawa beban kerja yang terlampau berat serta jadual produksi yang ketat telah mendesak pasukan sehingga ke tahap maksimum.

“Pada masa itu, beban untuk menghasilkan Attack on Titan amatlah besar,” kongsi Wada. “Apabila kami mempertimbangkan masa depan dan kerjaya para pencipta kami, termasuk pengarah Tetsuro Araki, timbul juga keinginan untuk menghasilkan karya original. Sesebuah studio animasi bukan sekadar kumpulan yang menghasilkan karya semata-mata; ia berkait rapat dengan kehidupan para warganya.”

Wada turut menegaskan bahawa tindakan menyerahkan tugas itu merupakan langkah tepat demi memastikan siri tersebut dapat disiapkan hingga ke penamat.

“WIT Studio menghasilkan sehingga Season 3, dan MAPPA mengambil alih selepas itu. Saya percaya gabungan inilah yang membolehkan anime TV Attack on Titan dapat disempurnakan. Saya rasa ini sahajalah satu-satunya cara karya ini dapat diselesaikan,” tambahnya lagi.

Semasa Attack on Titan mula ditayangkan pada tahun 2013, siri ini menjadi satu fenomena budaya pop antarabangsa. Namun, kualiti animasinya yang luar biasa hadir dengan pengorbanan yang cukup besar. WIT Studio mencurahkan masa dan bajet yang sangat tinggi untuk setiap episod, sehingga para animator mereka hampir tiada ruang untuk mengerjakan projek lain atau berehat seketika.

Daripada membiarkan bakat kreatif mereka mengalami keletihan melampau, pihak studio memilih untuk melepaskan siri gergasi itu demi meneroka IP original milik mereka sendiri. Sejak beralih daripada Titans, WIT telah menghasilkan beberapa siri tersendiri yang mendapat pujian meluas, termasuk Great Pretender, Vivy: Fluorite Eye’s Song, dan Moonrise.

Studio tersebut kemudian melakar kejayaan sekali lagi menerusi produksi bersama siri mega Spy x Family bergandingan dengan CloverWorks.

Tags: Attack on TitanMAPPAWit Studio
ShareTweetSend
Previous Post

Bekas Pengarah Tekken 8 Kohei Ikeda Bersatu Semula Dengan Katsuhiro Harada Di VS Studio Milik SNK

Next Post

PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker Bakal Tiba Pada 12 November Pada Harga RM1,099

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 
iOS

Tujuh Game Indie Popular Bakak Keluar Di iPhone & iPad Minggu Ini Termasuk Vampire Crawlers & No Man’s Sky 

October 12, 2026
Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun
Review

Reviu Total War: SHOGUN 2 – Complete Edition – Masa Terbaik Untuk Belajar Tawan Jepun

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
Next Post
PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker Bakal Tiba Pada 12 November Pada Harga RM1,099

PlayStation Pulse Elevate Wireless Speaker Bakal Tiba Pada 12 November Pada Harga RM1,099

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki
Manga

One Piece – Zoro Akhirnya Kuasai Conqueror’s Haki

October 12, 2026
NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto
Anime

NARUTO × NINKŪ – Sebuah Anime Crossover 4 Episod Dengan Karya Yang Ilhamkan Naruto

October 12, 2026
Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’
Manga

Masashi Kishimoto Kembali Dengan Manga Baru ‘Naruto: Shadow Rising’

October 12, 2026
Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global
Mobile

Selepas 10 Tahun Di Pasaran China, Game Naruto Mobile Akhirnya Akan Keluar Secara Global

October 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd