Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 20, 2026
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Share on FacebookShare on Twitter

Bleach: Thousand-Year Blood War Episod 44 (bertajuk “The Perfect Crimson“) menjadi perbualan di kalangan komuniti anime selepas mendedahkan dua kuasa terbesar dalam francais ini; Kenpachi Zaraki akhirnya melepaskan Bankai, manakala Tōshirō Hitsugaya yang mendedahkan bentuk sebenar Daiguren Hyōrinmaru.

Boleh ditonton di Disney+ Hotstar dan Ani-One Asia, episod ini menyajikan aksi tanpa henti ketika barisan kapten-kapten terhebat Soul Society meneruskan pertarungan melawan Gerard Valkyrie (Sternritter “M”).

Selama lebih 20 tahun, Zaraki Kenpachi selaku Ketua 11th Division dikenali sebagai satu-satunya kapten Shinigami yang berjaya mencapai kedudukan tertinggi tanpa belajar nama pedangnya, apatah lagi menguasai Bankai. Namun, tanggapan itu akhirnya terlerai dalam episod ini.

Tergugat dengan keupayaan pemulihan Gerard yang seolah-olah tiada had, Kenpachi didatangi bayangan bekas leftenannya, Kusajishi Yachiru. Rupanya, Yachiru adalah manifestasi fizikal bagi roh Zanpakutō miliknya, Nozarashi. Dengan memindahkan tenaganya ke tangan Kenpachi, Yachiru membangkitkan kuasa Bankai milik Zaraki.

Transformasi ini mengubah Kenpachi menjadi seakan-akan ‘iblis’ berkulit merah, lengkap dengan tanduk di dahinya. Sambil menghunus bilah pedang Nozarashi yang bergerigi dan seakan patah, kekuatan fizikal mentahnya melonjak ke tahap luar biasa. Dalam keadaan buas, Kenpachi menyambut tumbukan Gerard dengan menggigit jarinya lalu memutuskan seluruh tangan Quincy gergasi itu menggunakan giginya, sebelum membelah perisai Gerard dan memotong badannya kepada dua.

Walau bagaimanapun, kuasa sebesar ini hadir dengan kesan sampingan berbahaya. Oleh kerana tubuh Kenpachi masih belum mampu menampung lonjakan tenaga spiritual yang terlampau dahsyat daripada Nozarashi, lengannya patah akibat tekanan tersebut, menyebabkan beliau cedera parah ketika Gerard mula bercantum dan pulih semula.

Selain Zaraki, Tōshirō Hitsugaya selaku Kapten 10th Division turut menampilkan kejutan.

Sejak arc Soul Society pada awal siri ini, kami beranggapan bahawa kelopak ais yang terapung di belakang Hitsugaya menandakan had masa penggunaan, di mana Bankai miliknya akan terlerai sebaik sahaja semua kelopak itu lebur. Episod 44 membetulkan salah faham tersebut. Hitsugaya mendedahkan bahawa kelopak yang cair itu bukanlah tanda kekalahan, sebaliknya merupakan kiraan masa sehingga Bankai miliknya mencapai tahap kematangan penuh.

Sebaik sahaja kelopak ais terakhir pecah, fizikal Hitsugaya berubah menjadi dewasa agar mampu menampung tekanan daripada bentuk lengkap Daiguren Hyōrinmaru. Dalam bentuk ini, kuasa pembekuannya meningkat kepada teknik Shikai Hyōketsu, yang mampu membekukan segala jirim di sekelilingnya secara serta-merta. Sebarang objek atau elemen yang diselubungi aisnya akan hilang fungsi dan keupayaan dalam beberapa saat, membolehkannya membelah pedang suci Gerard kepada dua tanpa mencetuskan sebarang serangan balas.

Sungguhpun begitu, keupayaan Gerard melalui “The Miracle” terbukti susah ditumpaskan. Quincy Cross yang terbentuk daripada darahnya membangkitkan semula Gerard ke dalam bentuk bersayap dan berperisai untuk meneruskan pertarungan.

Tags: animebleach
ShareTweetSend
Previous Post

“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine

Next Post

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC
Review

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC

August 20, 2026
“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine
Temuramah

“Malaysia Jadi Antara Inspirasi Utama” – Insomniac Games Buka Rahsia Tentang Dunia Marvel’s Wolverine

August 20, 2026
Horizon Hunters Gathering Gugurkan Ciri Live-Service Selepas Terima Maklum Balas Negatif
Berita

Horizon Hunters Gathering Gugurkan Ciri Live-Service Selepas Terima Maklum Balas Negatif

August 20, 2026
Next Post
Reviu MSI Claw 8 EX AI+ – Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC

Reviu MSI Claw 8 EX AI+ - Konsol Handheld Gergasi Berjiwa Mini-PC

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd