Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Sonic X Shadow Generations Akan Datang 25 Oktober – Info Setiap Edisi Khas!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 10, 2024 - Updated on June 17, 2024
in Artikel, Berita, Epic Store, Nintendo Switch, PC, Platformer, PS4, PS5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
0 0
0
Sonic X Shadow Generations Akan Datang 25 Oktober – Info Setiap Edisi Khas!
Share on FacebookShare on Twitter

SEGA mengumumkan bahawa game aksi platformer ‘Sonic X Shadow Generations‘ akan dilancarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series, PlayStation 4, Xbox One, Switch dan PC melalui Steam dan Epic Games Store pada 25 Oktober tahun ini.

Bersama itu, mereka telah membuka pre-order untuk game ini dan mendedahkan setiap edisi khas yang anda boleh dapatkan.

Tentang Game Ini

Kredit: SEGA

Dalam game baharu ini, musuh abadi Shadow, ‘Black Doom’, telah muncul semula dan mengancam untuk mengambil alih dunia sekali lagi. Kini, Shadow mesti menghadapi masa lalu, dan memori pahit, untuk membuka kuasa gelap demi menyelamatkan dunia.

Dalam game ini, hadapi semula level ikonik, yang disediakan dalam 3D dan 2D, daripada pengembaraan lalu Shadow – dengan fokus utama untuk selesaikan setiap level. Antara ciri baharu ialah Kuasa Doom milik Shadow yang boleh digunakan untuk melawan gerombolan musuh dan menyelesaikan cabaran platforming. Melayari air, terbang melepasi halangan, dan hentikan masa menggunakan Chaos Control!

Kredit: SEGA

Diilhamkan oleh gameplay open-zone Sonic Frontiers, game ini juga mempunyai hab yang serupa.

Bukan itu sahaja, Sonic X Shadow Generations juga mempunyai remaster lengkap untuk game popular Sonic Generations, yang menampilkan koleksi level 2D/3D terhebat Sonic, kini dengan visual yang dipertingkatkan dan kandungan bonus baharu.

Edisi Untuk Pre-Order

  • Edisi Standard Digital
    • Game asas (digital)
    • Bonus PlayStation eksklusif: Animasi Prologue Tambahan dengan adegan yang dibuang
    • Bonus pre-order: Skin Adventure Sonic
  • Edisi Fizikal Day One
    • Game asas (fizikal sahaja)
    • Bonus eksklusif PlayStation: Animasi Prologue Tambahan dengan adegan yang dibuang
    • Bonus pre-order: Sonic Adventure Skin, dan Gerald Robotnik’s Journal (28 muka surat)
    • Rantai Kunci Lenticular – Berubah imej dari Sonic ke Shadow di sudut berbeza
Kredit: SEGA
  • Edisi Digital Deluxe
    • Game asas (digital sahaja)
    • Bonus PlayStation eksklusif: Animasi Prologue Tambahan dengan adegan yang dibuang
    • Bonus pre-order: Skin Adventure Sonic
    • Main game tiga hari lebih awal
    • Skin dan level tambahan untuk Shadow (akan keluar Holiday 2024)
    • Skin Terios
    • Pek BGM Tambahan
    • Buku Seni Digital + Runut Bunyi
    • Skill Point (Sonic Generations)
Kredit: SEGA
  • Edisi Collector’s
    • Game asas (fizikal sahaja)
    • Semua bonus dalam Digital Deluxe
    • Figura Shadow
    • Rantai Kunci Berbentuk Kasut Shadow
    • Buku seni
Kredit: SEGA

Untuk pandangan lebih mendalam, SEGA juga memberi kami peluang untuk melihat figura Shadow dan Shoe Keychain daripada Collector’s Edition dengan lebih dekat. Berikut adalah beberapa gambar daripada kami:

Untuk pre-order, tekan SINI!

Tags: Pre-OrderSonic x Shadow Generations
ShareTweetSend
Previous Post

Pengalaman Kami Di ATLUS FES – Acara Idaman Setiap Peminat Game ATLUS!

Next Post

Balahara Muncul Dalam Gameplay Baharu ‘Monster Hunter Wilds’, Game Akan Sokong Crossplay

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!
Berita

The Lost Wild – Game Dinosaur Survival Yang Mengutamakan Stealh & Saspens!

June 4, 2026
Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!
Berita

Game Survival Horror Kejam ‘ILL’ Sasar Pelancaran Pada 2027!

June 4, 2026
Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!
Berita

Game Aksi Supernatural KEMURI Akan Keluar Tahun 2027, Gameplay Pertama Didedahkan!

June 4, 2026
Next Post
Balahara Muncul Dalam Gameplay Baharu ‘Monster Hunter Wilds’, Game Akan Sokong Crossplay

Balahara Muncul Dalam Gameplay Baharu 'Monster Hunter Wilds', Game Akan Sokong Crossplay

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd