Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Visions Of Mana Akan Datang Ogos 2024, Kini Dibuka Untuk Pre-Order!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
June 13, 2024
in Artikel, Berita, JRPG, PC, PS4, PS5, Xbox Series X|S
0 0
0
Visions Of Mana Akan Datang Ogos 2024, Kini Dibuka Untuk Pre-Order!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Square Enix memperkenalkan trailer baharu untuk game utama seterusnya dalam francais Mana, ‘Visions of Mana‘, dan mengumumkan bahawa game itu akan dikeluarkan pada 29 Ogos 2024, untuk PS5, PS4, Xbox Series X|S dan PC, serta kini tersedia untuk pre-order.

Untuk gambaran umum tentang game, anda boleh melihat trailer terbaru di bawah:

Visions of Mana ialah kisah baharu dan entri utama siri Mana dan mengisahkan perjalanan Val, seorang “soul guard” baru dilantik yang ditugaskan untuk menemani rakan dari kecil, Hinna, seorang “alm” terpilih, ke Tree of Mana. Trailer baharu memperkenalkan watak baharu Palamena dan Julei, yang Val dan Hinna akan temui dalam perjalanan mereka melalui dunia yang luas.

Dalam Visions of Mana, pemain dapat membina pasukan yang terdiri daripada tiga orang semasa dalam pertempuran, dengan bertukar antara lima playable character, Val, Careena, Morley, Palamena dan Julei, dengan rakan sokongan Ramcoh, Aesh dan Hinna membantu di sisi.

Trailer ini juga memberikan pandangan lebih dekat pada beberapa ciri gameplay terkini, termasuk Elemental Vessel, artifak mistik yang mengandungi kuasa elemental di dalamnya. Pemain boleh menggunakan Elemental Vessel untuk menukar kelas dan mendapatkan abiliti baharu semasa pertempuran.

Kerana setiap watak mempunyai kelas khusus sendiri untuk setiap Elemental Vessel, pemain boleh customize pasukan untuk gaya pertarungan yang fleksibel dan strategik. Visions of Mana juga membawa kembali Menu Ring, di mana pemain “pause” pertempuran dan merancang langkah seterusnya.

Elemental trigger juga boleh ditemui di seluruh dunia dan digunakan untuk membuka tempat baharu untuk meneroka dan mencari item tersembunyi pada peta.

Pemain juga boleh berlayar di laut atau terbang di atas awan bersama Vuscav dan Flammie. Dengan memanggil rakan yang boleh dipercayai ini, pemain dapat menjelajah peta dunia dengan mudah.

Pre-Order

Square Enix juga berkongsi butiran untuk Edisi Standard digital dan Edisi Digital Deluxe bagi Visions of Mana, yang tersedia untuk pre-order sekarang di PS5, PS4, Xbox Series X| S dan PC.

Pemain yang pre-order sama ada Edisi Standard digital atau Edisi Deluxe Digital akan menerima item in-game senjata “Brave Blade” untuk Val sebagai bonus. Selain itu, pemain yang membeli sama ada Edisi Standard digital atau Edisi Deluxe Digital sebelum 30 September 2024, juga akan menerima outfit “Guardian Garment” untuk Val, serta “Starter Pack”, sebagai bonus pembelian awal.

Untuk pre-order, sila tekan SINI!

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: Pre-OrderVisions of Mana
ShareTweetSend
Previous Post

“Shadow Memang Dirancang Jadi Titik Fokus” – Interviu Bersama Pengarah & Produser Sonic X Shadow Generations

Next Post

Epic Games Terbocor Final Fantasy 9 Remake, The Last of Us Part 2 Versi PC & Banyak Lagi

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop
Berita

Civilization VII Update 1.2.2 Membawa Peta Epik, Opsyen Baharu, dan Sokongan Steam Workshop

June 24, 2025
Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026
Berita

Persona 4 Remake Hanya Akan Datang Selepas April 2026

June 24, 2025
Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”
Berita

Monster Hunter Wilds Dikecam Hebat Selepas Ulasan Steam Jatuh Ke “Overwhelmingly Negative”

June 24, 2025
Next Post
Epic Games Terbocor Final Fantasy 9 Remake, The Last of Us Part 2 Versi PC & Banyak Lagi

Epic Games Terbocor Final Fantasy 9 Remake, The Last of Us Part 2 Versi PC & Banyak Lagi

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd