Siri POCO F sentiasa dibina berteraskan prestasi tanpa kompromi, dan POCO F9 Ultra meneruskan tradisi tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Bagi “mobile gamer” yang sering berdepan dilema antara memilih telefon gaming berkuasa tinggi atau telefon harian serba lengkap, POCO F9 Ultra membawakan gabungan terbaik kedua-duanya.

Diposisikan sebagai flagship killer terunggul untuk tahun 2026, telefon ini bukan sekadar mengejar angka benchmark. Ia menggabungkan cip pemprosesan berkuasa tinggi, sistem audio 2.1-channel Sound by Bose pertama dalam industri, bateri gergasi 8,050mAh, paparan 185Hz AMOLED, serta kamera 200MP bersama 5x periscope telephoto.
Prestasi menjadi nadi utamanya, namun aspek hiburan, ketahanan bateri, dan fotografi sekarang memainkan peranan yang jauh lebih besar dalam memberikan pengalaman penggunaan menyeluruh.

Kuasa Mentah dengan Seni Bina Dwi-Cip & Ujian Benchmark

POCO F9 Ultra dikuasakan oleh Snapdragon® 8 Elite Gen 5 Mobile Platform yang dihasilkan menerusi proses 3nm TSMC generasi ke-3. Pemproses ini hadir dengan seni bina All-Big-Core yang memuatkan 2 Prime Core pada kelajuan sehingga 4.6GHz dan 6 Performance Core sehingga 3.62GHz.
Dipadankan dengan LPDDR5X RAM 9600Mbps dan storan pantas UFS 4.1, prestasi hariannya memang sangat lancar dan pantas.
Dalam ujian benchmark, POCO F9 Ultra mencatatkan skor Geekbench 7 sebanyak 1,339 (single-core), 7,762 (multi-core), serta 16,787 untuk OpenCL GPU.
Ujian 3DMark Wild Life pula memaparkan keputusan “Maxed Out” kerana keupayaan peranti yang melebihi had ujian tersebut, manakala ujian grafik 3DMark Solar Bay mencatatkan skor 12,502 dengan purata 47.54 FPS. Angka-angka ini membuktikan potensi kuasa mentah yang dimilikinya.
Bagi mengoptimumkan prestasi grafik sewaktu sesi gaming sebenar, POCO memadankan pemproses utama ini dengan cip khas VisionBoost D8 dan WildBoost Engine. Gandingan ini mengendalikan pelbagai ciri pintar seperti Super Resolution, Smart Frame Rate, Game HDR, dan Dual-core Visuals.
Pengalaman Gaming Sebenar

Bagi menguji ketahanan prestasi, ujian dilakukan dengan mengaktifkan Ultimate Mode serta menghidupkan Wild Boost dan Enhance Visual (termasuk Super Resolution dan Smart Frame Rate) di dalam Game Turbo:
- Genshin Impact & Honkai: Star Rail: Dengan bantuan ciri Smart Frame Rate, kedua-dua game ini berupaya dimainkan pada tetapan grafik High sehingga 120FPS. Sepanjang satu jam main berterusan bagi setiap game, prestasinya stabil tanpa sebarang isu frame drop atau ketidakstabilan visual. Penggunaan bateri hanya mencatatkan sekitar 13% untuk Genshin Impact dan 15% untuk Honkai: Star Rail.
- PUBG Mobile: Ciri Smart Frame Rate dengan pilihan frame-rate priority membolehkan game berjalan lancar sehingga 185FPS, memberikan kelancaran maksimum terutamanya sewaktu pergerakan pantas dan pusingan kamera mengejut. Penggunaan bateri hanya sekitar 7% selepas 30 minit bermain. Apabila beralih kepada graphics priority, kadar bingkai dilaraskan kepada sekitar 100FPS dengan fokus kepada visual yang lebih tajam.
- Where Winds Meet: Memandangkan game ini belum menyokong ciri Super Resolution atau Smart Frame Rate, ujian dijalankan menggunakan tetapan natif sepenuhnya. Pada Ultra quality dengan mod 60FPS, bateri berkurangan 5% selepas sekitar 14 minit. Apabila ditukar ke mod Quality pada 45FPS untuk tempoh 14 minit seterusnya, bateri menurun sebanyak 5% lagi. Prestasinya stabil sepanjang masa dalam kedua-dua mod.
(Perlu dinyatakan bahawa kadar bingkai tinggi 120FPS dan 185FPS ini dicapai menerusi bantuan teknologi interpolasi pintar VisionBoost D8 dan Game Turbo Smart Frame Rate, bukan di-render sepenuhnya secara natif oleh GPU).
Untuk tindak balas kawalan, paparan menyokong 480Hz multi-finger touch sampling rate serta 4,800Hz Instant Touch Sampling rate yang diaktifkan secara automatik di dalam Game Turbo bagi memastikan setiap sentuhan dibaca serta-merta.
Suhu Selesa dengan 3D IceLoop LiquidCool Technology

Bagi mengekalkan prestasi berterusan tanpa “thermal throttling”, sistem LiquidCool Technology pada POCO F9 Ultra menggunakan ruang penyejuk Liquid Heat Pipe (LHP) berkeluasan 6,300mm² dengan rekaan kitaran wap-cecair sehala.
Rekaan bonjolan 3D khas di atas SoC membantu mengurangkan suhu cip sehingga 3°C, disokong oleh lapisan pelesapan haba grafit seluas 17,820mm². Sepanjang ujian gaming yang panjang, peranti hanya berasa suam sedikit dan langsung tidak mengganggu cengkaman tangan semasa pegang dalam orientasi landskap.
Sistem Audio 2.1-Channel Sound by Bose

Kualiti audio sering kali menjadi aspek yang dikurangkan pada kebanyakan telefon pintar, namun POCO F9 Ultra menetapkan piawaian baharu hasil kerjasama eksklusif bersama Bose.
Telefon ini memuatkan seni bina akustik 2.1-channel sebenar, menggabungkan dua pembesar suara symmetrical stereo 1115D gred master bersama satu 1620 dedicated subwoofer bersaiz ultra-besar yang terbina di dalam kerangka peranti.

Sistem ini menawarkan dua profil bunyi utama: mod Dynamic yang memberi penekanan kepada respon bass yang mendalam, serta mod Balanced yang memfokuskan kepada kejelasan vokal dan keseimbangan audio keseluruhan. Bunyi letupan dan kesan khas terasa lebih hidup, manakala vokal dan muzik latar kedengaran jernih.
Dalam game seperti PUBG Mobile, Game Audio Mode khas memudahkan arah derapan kaki dan bunyi tembakan dikesan dengan jitu. Apabila anda mendengar muzik di Spotify atau menonton filem di Netflix, vokal kedengaran bersih dan jelas sementara kesan bunyinya terasa lebih hidup.
(Notis: Ciri khas Game Audio Mode untuk penjejakan bunyi langkah kaki dalam judul FPS serta sokongan 200Hz Gyro Sampling Rate dijadualkan tiba menerusi kemas kini OTA bermula September 2026 untuk game terpilih).
Fotografi Flagship, 200MP Main Camera & 5x Periscope Telephoto
Bukan sekadar pelengkap, POCO F9 Ultra membawakan sistem kuad-kamera serba lengkap yang direka khusus untuk fotografi berkualiti tinggi dan penghasilan kandungan kreatif.

Ciri utamanya ialah kamera utama 200MP ultra-jelas dengan apertur f/1.68 dan sokongan Penstabilan Imej Optik (OIS) yang mampu merakam butiran serta julat dinamik yang seimbang pada waktu siang.
Kelebihan resolusi ultra-tinggi ini membolehkan anda memotong atau membingkai semula gambar tanpa menjejaskan kejelasan visual, di samping memberikan kesan depth-of-field semula jadi pada gambar jarak dekat.
Untuk merakam subjek dari jarak jauh, kamera telefoto periskop 50MP 5x (jarak fokus setara 120mm, apertur f/3.0, OIS) juga tersedia . Sistem ini menyokong lossless zoom 10x serta AI Ultra Zoom sehingga 20x, membolehkan kita menangkap butiran seni bina, konsert pentas, mahupun potret jarak dekat dengan tajam dan stabil.
Kamera belakang dihebatkan lagi oleh kamera ultra-lebar 50MP untuk pemandangan landskap yang luas atau foto berkumpulan tanpa gangguan pada sudut tepi. Di bahagian hadapan, kamera swafoto 32MP menghasilkan potret wajah yang semula jadi serta panggilan video yang terang dan jelas.

Peminat videografi juga boleh memanfaatkan mod Live Cinematography 4K 60fps yang mempunyai pelbagai fungsi automatik (seperti Freestyle steady zoom-in dan portrait fast zoom-out satu sentuhan) untuk menghasilkan kesan video sinematik dengan mudah terus daripada telefon.
Hayat Bateri Sehingga 2 Hari dengan 100W HyperCharge

Segala kehebatan ini dijana oleh bateri Silicon-Carbon berkapasiti besar 8,050mAh dengan ketumpatan tenaga mencecah 809Wh/L. Dalam penggunaan harian biasa, ia mampu bertahan sehingga dua hari penuh dengan sekali pengecasan.
Penggunaan baterinya juga sangat jimat sewaktu menonton video; hanya menggunakan sekitar 5% bateri untuk satu jam tontonan YouTube 4K (2160p), dan 4% untuk satu jam siaran langsung 2160p.

Apabila bateri kehabisan, teknologi 100W HyperCharge berwayar mampu mengecas telefon dari 9% ke 100% dalam masa sekitar 90 minit, atau dari 52% ke 88% dalam masa 30 minit sahaja. Paling menggembirakan bagi pengguna di Malaysia, kepala pengecas rasmi 100W disertakan di dalam kotak.
Telefon ini turut menyokong 50W wireless HyperCharge, serta fungsi reverse charging 27W secara berwayar dan 22.5W secara tanpa wayar untuk mengecas aksesori lain seperti jam pintar atau earbud bila-bila masa diperlukan.
Paparan 6.9-Inci 185Hz 1.5K M11 AMOLED
Di bahagian hadapan, POCO F9 Ultra tampil menawan dengan kemunculan pertama panel paparan M11 AMOLED.
Berukuran 6.9 inci dengan resolusi tajam 1.5K POCO HyperRGB (2608 x 1200), skrin ini menyokong kadar segar semula 185Hz, kedalaman warna 12-bit (68 bilion warna), gamut warna luas DCI-P3, serta sokongan Dolby Vision dan HDR10+.

Kecerahannya juga berada dalam kelas tersendiri, dengan kadar kecerahan 2,200 nits HBM, 4,500 nits pada 25% kawasan skrin, dan kecerahan puncak sehingga 10,000 nits (1% APL) bagi memastikan visual kekal jelas walaupun di bawah terik matahari.
Skrin ini turut diiktiraf dengan pensijilan TÜV Rheinland Quadruple Eye Care; merangkumi pengurangan cahaya biru perkakasan, keselesaan ritma sirkadian, serta mod 1-nit yang mesra mata sewaktu digunakan di dalam bilik gelap.

Dari segi ketahanan fizikal, skrin hadapan dilindungi kaca kukuh Corning Gorilla Glass 7i, manakala kerangka peranti dengan ketebalan 8.74mm dan berat 235g ini menerima penarafan kalis air dan debu IP68.
Ciri keselamatan dipertingkatkan menerusi ultrasonic in-display fingerprint sensor yang pantas dan tepat. Melengkapkan pakej harian ialah sistem operasi pintar Xiaomi HyperOS 3 bersama teknologi sambungan moden merangkumi NFC, sokongan eSIM, Wi-Fi 7, dan Bluetooth 6.0.
Harga & Promosi Early Bird di Malaysia

Siri POCO F9 akan mula dijual secara rasmi di Malaysia menerusi Promosi Early Bird dari 1 September hingga 16 September 2026. Pembeli terawal berpeluang menikmati tawaran harga istimewa, pakej jaminan lanjutan, serta pelbagai hadiah percuma yang bernilai tinggi.
POCO F9 Ultra (Pilihan Warna: Dark Cherry, Black)
| Varian Storan | Harga Asal | Harga Promosi Early Bird | Hadiah Percuma & Kelebihan Pelancaran |
|---|---|---|---|
| 12GB + 256GB | RM 3,599 | RM 3,299 |
PERCUMA POCO Pad C1 (4GB+64GB) • Waranti Rasmi 2 Tahun (tambahan dari 1 tahun) • Penggantian Skrin Percuma dalam tempoh 6 Bulan • Akses 3 Bulan Google AI Pro • Akses 3 Bulan YouTube Premium |
| 16GB + 512GB | RM 3,999 | RM 3,699 | Pakej hadiah percuma dan kelebihan waranti yang sama seperti di atas. |
| 16GB + 1TB | RM 4,799 | RM 4,399 | Pakej hadiah percuma dan kelebihan waranti yang sama seperti di atas. |
POCO F9 Pro (Pilihan Warna: Aurora Green, White, Black)
Bagi anda yang mencari alternatif flagship pada saiz yang lebih kompak, POCO F9 Pro hadir dengan cip Snapdragon® 8 Elite Gen 5 V-series, paparan 6.59 inci 185Hz, bateri 6,330mAh, serta rekaan panel belakang luminous glow yang unik pada varian Aurora Green.
| Varian Storan | Harga Asal | Harga Promosi Early Bird | Hadiah Percuma & Kelebihan Pelancaran |
|---|---|---|---|
| 12GB + 256GB | RM 3,299 | RM 2,799 |
PERCUMA Xiaomi Smart Band 10 Pro • Waranti Rasmi 2 Tahun • Penggantian Skrin Percuma dalam tempoh 6 Bulan • Akses 3 Bulan Google AI Pro • Akses 3 Bulan YouTube Premium |
| 12GB + 512GB | RM 3,499 | RM 3,099 | Pakej hadiah percuma dan kelebihan waranti yang sama seperti di atas. |
Bermula 1 September 2026, siri POCO F9 boleh didapati di seluruh platform dalam talian rasmi di Malaysia termasuk mi.com, Shopee, Lazada, dan TikTok Shop.
Ikuti perkembangan terkini, tawaran komuniti, dan aktiviti pelancaran di media sosial rasmi POCO Malaysia:
- Facebook: POCO Malaysia Official
- Instagram: @poco_malaysia
- TikTok: @poco_malaysia
#POCOF9Ultra #POCOF9Series #XiaomiMalaysia





























Discussion about this post