Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

Razin Syafiq by Razin Syafiq
September 4, 2026
in Action, Adventure, Artikel, Berita, Epic Store, Multiplayer, Nintendo Switch 2, PC, Preview, PS5, Steam, Xbox Series X|S
0 0
0
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Share on FacebookShare on Twitter

KRAFTON dan pembangun Piccolo Studio ingin memperkenalkan perspektif baharu ke dalam genre co-op menerusi game akan datang, Age Twisters.

Direka sepenuhnya sebagai sebuah pengembaraan untuk dua pemain, jalan ceritanya mengisahkan seorang datuk dan cucu perempuannya yang saling bergantung antara satu sama lain demi membongkarkan misteri kehilangan ibunya.

Mekanik utama game ini berkait rapat dengan tajuknya; di mana kedua-dua watak boleh bertukar ke fasa usia kehidupan yang berbeza, lalu membuka pelbagai kuasa unik yang perlu digabungkan oleh pemain untuk menyelesaikan teka-teki, mengharungi bahaya, serta melepasi pelbagai halangan.

Kiri ke kanan: Alexis Corominas (Pengasas Bersama/Pengarah), Ivy Teo (Wakil Digital Braves), Jordi Ministral (Pengasas Bersama/Pengarah), Oriol Pujadó (Pengasas Bersama, General Manager) | Kredit: Digital Braves

Semasa di gamescom 2026, kami sempat mencuba versi demo awal selama kira-kira 30 minit sebelum meluangkan masa berbual bersama pengasas bersama dan pengarah, Alexis Corominas dan Jordi Ministral.

Apa yang jelas adalah Age Twisters bukanlah jenis game co-op di mana dua pemain berkongsi skrin yang sama. Kerjasama dan komunikasi berterusan merupakan motif sebenar kepada keseluruhan pengalaman ini.

Kuasa Fasa Kanak-Kanak, Remaja, dan Cara Menyelesaikan Puzzle

Sesi demo kebanyakan tertumpu kepada abiliti pada fasa Kanak-Kanak. Semasa kecil, si cucu perempuan menggunakan yo-yo yang membolehkannya bertukar posisi dengan objek atau titik-titik tertentu di persekitaran. Kuasa zaman kanak-kanak si datuk pula agak unik.

Dia mempunyai lidah katak yang boleh berpaut pada sasaran untuk melakukan pertukaran posisi serupa.

Walaupun konsep bertukar tempat ini nampak ringkas, level design untuk game ini memanfaatkannya dengan agak bijak:

  • Apabila berdepan dinding yang tidak boleh dipanjat secara biasa, kami bertukar posisi dengan objek di seberang sana untuk melepasi halangan tersebut.
  • Apabila menemui jurang yang terlalu luas untuk dilompat, seorang pemain perlu mencari jalan ke seberang terlebih dahulu sebelum bertukar tempat agar pasangannya turut dapat menyeberang.

Kemudian, kami sempat melihat sekilas fasa Remaja. Dalam fasa ini, si cucu bermain set dram manakala si datuk pula memainkan gitar elektrik. Muzik daripada instrumen menghasilkan gelombang bunyi yang memperlahankan bahaya di sekitar serta serangan projektil yang datang.

Walaupun masa saya mencuba fasa ini agak singkat, ia menunjukkan perbezaan ketara pada setiap abiliti untuk fasa usia yang berbeza.

Alexis menjelaskan bahawa bab-bab awal distrukturkan untuk membiasakan pemain dengan fungsi setiap peringkat usia. Seiring perkembangan permainan, teka teki akan memerlukan pemain menggabungkan pelbagai bentuk usia secara serentak.

Kemajuan dalam gameplay bukanlah soal mengaktifkan kebolehan; tetapi membaca persekitaran, merangka strategi, dan sentiasa sehaluan dengan pasangan.

Kedua-dua Pemain Perlu Sentiasa Bergerak Bersama

Salah satu aspek terbaik dalam Age Twisters ialah kita jarang sekali dibiarkan berdiri menunggu pasangan. Kedua-dua pemain sentiasa bergerak, menyelesaikan objektif secara serentak, atau aktif membantu antara satu sama lain.

Sebagai contoh, sesetengah suis dan pemegang di bahagian atas hanya boleh dicapai oleh salah satu watak, memerlukan mereka sampai ke kedudukan tersebut dahulu sebelum membantu menarik pasangan ke seberang.

Kawalan game banyak menggunakan right analog stick untuk memastikan interaksi sentiasa terasa bervariasi. Tugasan yang diberikan merangkumi objektif santai dan mencuit hati (seperti menggiring ayam masuk ke dalam reban) sehinggalah kepada situasi penuh tekanan.

Selalunya, kesilapan pasti akan berlaku, dan itulah sebahagian daripada keseronokannya. Pada satu masa, kami tersalah sasaran ke arah pasangan dan bukannya objek di persekitaran, lalu menariknya semula ke tempat kami berdiri.

Dalam bahagian lain pula, rakan-rakan lain menghabiskan masa sepuluh minit berturut-turut hanya untuk membaling serpihan sesama sendiri sambil mengusik satu sama lain.

Alexis menyatakan bahawa memastikan pemain sentiasa berhubung merupakan matlamat utama reka bentuk mereka:

“Pertama sekali, kami sangat yakin bahawa sistem kamera membolehkan pemain sentiasa peka terhadap apa yang dilakukan oleh mereka berdua sebagai satu pasangan. Itu sangat penting bagi kami kerana kami mahu pemain merasakan mereka sedang membina hubungan dan bekerjasama.”

Kamera dinamik ini memastikan kedua-dua pemain sentiasa berada di dalam paparan skrin, mengekalkan perasaan bahawa kita sedang menyelesaikan masalah bersama-sama dan bukannya bermain dua game “single-player” secara berasingan.

Apabila Usia Watak Boleh Menyebabkan Kematian

Selain memberi kuasa-kuasa istimewa, usia dalam Age Twisters juga mengubah cara watak berinteraksi dengan persekitaran. Dalam bentuk usia tua, pergerakan fizikal watak menjadi terhad dan mereka tidak lagi boleh melompat dari tebing tinggi atau memanjat permukaan tertentu.

Sesetengah kawasan menampilkan zon yang boleh menua atau memudakan watak secara beransur-ansur. Semasa sesi bermain, kami cuba lalu zon penuaan dalam bentuk dewasa, namun akhirnya watak saya menua terlalu pantas sehingga mati.

Penyelesaiannya adalah dengan bertukar menjadi bentuk yang lebih muda sebelum melangkah masuk, membolehkan zon tersebut menularkan penuaan sehingga mencapai tahap dewasa yang sihat sebaik sahaja tiba di seberang.

Walaupun ada aspek maut, pihak studio tidak berniat untuk menghasilkan game yang susah sehingga menghukum pemain. Apabila ditanya sama ada tahap kesukaran akan meningkat secara mendadak, Alexis menjelaskan:

“Tidak. Game ini tidak akan menjadi semakin susah secara berperingkat. Apa yang anda alami dalam demo ini pada dasarnya adalah tahap paling susah dalam game. Sebaliknya, kami sentiasa mengubah aktiviti yang anda lakukan serta memperbaharui cabaran kreatif. Ini tentang mencari cara baharu untuk membuatkan anda ketawa atau gagal, bukannya meningkatkan kesukaran secara berterusan. Dengan tahap kemahiran yang anda tunjukkan hari ini, anda mungkin boleh menghabiskan seluruh game tanpa sebarang masalah.”

Inspirasi Umur Pekerja Studio, Pengaruh Pixar, dan Asal-Usul Watak

Premis Age Twisters terhasil daripada dinamik peribadi di dalam Piccolo Studio. Jordi menerangkan bahawa konsep ini lahir daripada perbezaan usia sebenar dalam kalangan warga kerja mereka:

“Sejujurnya, inspirasi utama kami untuk keseluruhan projek ini datang daripada diri kami sendiri dan pengalaman kami dengan jurang generasi. Kami mempunyai pekerja di syarikat yang berumur sekitar 20 tahun. Berbual dengan mereka memang menyeronokkan, tetapi ada kalanya kami berasa sangat tua apabila bercakap dengan mereka.”

“Kami sebut tentang filem tahun 80-an atau 90-an, dan mereka langsung tidak tahu apa yang kami bualkan. Kadang-kadang kami dengar mereka berjenaka di pantri tetapi kami tidak faham kerana rujukan mereka sangat berbeza. Dari situlah idea ini sebenarnya bermula. Kami terfikir, ‘Jom kita buat sebuah game tentang perkara ini.'”

Dari segi visual, seni permainan melalui pelbagai lelaran, lalu menghasilkan gabungan gaya animasi Timur dan Barat yang dipengaruhi kuat oleh filem animasi Pixar dan Perancis, di samping idea daripada buku, filem, dan komik.

Gaya rambut watak yang unik juga mempunyai pengaruh budaya pop; Alexis mengesahkan bahawa pengarah seni memikirkan tentang Sonic the Hedgehog semasa mencipta reka bentuk.

Dari sudut penceritaan, watak-watak ini tidak dirujuk dengan nama tradisi di dalam skrip; mereka hanya dikenali sebagai “Grandpa” dan “Butterfly”. Jordi menyatakan bahawa “Butterfly” sebenarnya merupakan nama panggilan mesra yang asal-usulnya akan diceritak sepanjang jalan cerita, jadi identiti sebenar mereka adalah *suatu misteri.

Pertukaran Dialog Dinamik dan Personaliti Watak

Pasukan pembangun berusaha keras untuk memastikan watak-watak berasa seperti manusia sebenar yang mempunyai keunikan tersendiri. Dialognya menampilkan dialek khusus serta gaya percakapan yang disesuaikan dengan personaliti masing-masing.

Salah satu kejayaan teknikal utama yang dicapai oleh pasukan ialah sistem pertukaran dialog dinamik. Pemain boleh menukar watak di tengah-tengah perbualan untuk mendengar perspektif berbeza, namun percakapan tidak akan terputus secara janggal di pertengahan ayat.

Ini memastikan butiran penting cerita tidak terlepas sambil memberi kebebasan kepada pemain untuk memilih suara siapa yang ingin didengari.

Apabila ditanya tentang perkara kegemaran peribadi mereka dalam game ini:

  • Seorang pembangun menekankan sistem dialog dinamik ini dan hasil kerja pasukan penulis yang berjaya menghidupkan watak-watak tersebut agar terasa meyakinkan.
  • Seorang lagi pembangun mengaku dia gemar roleplay sebagai watak wanita tua sekerap mungkin semata-mata untuk mendengar lontaran dialognya yang unik: “Saya sangat sukakan dialog wanita tua itu. Dia watak kegemaran saya. Saya roleplay dalam game ini, dan bila-bila masa berpeluang, saya akan bertukar kepada wanita tua itu semata-mata untuk mendengar semua dialognya. Semuanya hebat.”

Berapa Lama Diperlukan untuk Menamatkan Age Twisters?

Memandangkan Age Twisters masih dalam fasa pembangunan aktif, pihak pembangun belum dapat memberikan jumlah jam yang tepat untuk keseluruhan tempoh masa bermain.

Ujian menunjukkan perbezaan nisbah 1-kepada-3 antara pemain yang terus memecut menyelesaikan objektif dengan mereka yang meluangkan masa meneroka setiap butiran serta kerap mati di sepanjang jalan.

We asked what they loved most!#agetwisters #coop #narrative #adventure #gamescom2026 pic.twitter.com/vhvYrQsFch

— Age Twisters (@agetwisters) August 30, 2026

Walau bagaimanapun, falsafah reka bentuk game ini bertujuan untuk disesuaikan dengan jadual pemain yang sibuk.

Matlamatnya adalah menghasilkan pengembaraan yang boleh diselesaikan dalam beberapa sesi petang yang santai atau sepanjang satu dua hujung minggu, untuk mengelakkan kandungan meleret yang sering menyusahkan pemain mengatur masa untuk sesi co-op.

Ia tidak terlalu pendek, tetapi tidak juga memakan masa terlalu lama sehingga membosankan.

Matlamat Merapatkan Hubungan Antara Pemain

Bagi Piccolo Studio, bahagian paling bermakna dalam proses pembangunan ini adalah melihat pemain membina hubungan melalui game mereka. Pasukan itu berkongsi kisah tentang seorang ibu dan anak lelakinya yang berusia sembilan tahun yang versi demo bersama-sama:

“Kami ada seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang bermain game ini bersama ibunya. Dia kemudiannya menulis ulasan mengatakan dia sangat seronok bermain dengan ibunya. Dia amat suka game ini dan mahu bermain lebih lama. Ibunya turut memberitahu kami bahawa game ini memberinya peluang meluangkan banyak masa dengan anaknya, mengeratkan hubungan, dan menikmati masa bersama. Perkara yang menarik ialah ulasan itu ditulis dalam buku nota sekolah dalam bahasa Korea, sebelum diterjemahkan untuk kami. Apabila kami membacanya, kami berfikir, ‘Inilah sebab utama mengapa kami menghasilkan permainan video.'”

Detik-detik bermakna seperti itulah (bersama foto-foto yang dimuat naik oleh pemain di Instagram untuk berkongsi pengalaman mereka) yang disifatkan oleh pasukan pembangun sebagai kenangan indah yang ingin mereka bingkaikan di dinding pejabat.

Pendapat

Selepas 30 minit mencuba demo dan berbual dengan penciptanya, Age Twisters terasa seperti angin segar dalam genre co-op.

Ia tidak bergantung pada ujian refleks yang menghukum atau elemen platforming yang menjengkelkan; sebaliknya, ia membina senario pintar dan santai yang memerlukan dua pemain berbual, melakukan kesilapan, ketawa menghadapi kekecohan, dan menyelesaikan segalanya bersama-sama.

Game ini akan dilancarkan pada PC (Steam & Epic Games Store), PlayStation 5, Xbox Series X|S, dan Nintendo Switch 2 pada 2027.

Tags: Age Twisterspreviu
ShareTweetSend
Previous Post

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

Next Post

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Cygames Umum Label Indie ‘CygamesEdge’ Serta Game Sulung ‘Where the Seeds Fall’
Indie

Cygames Umum Label Indie ‘CygamesEdge’ Serta Game Sulung ‘Where the Seeds Fall’

September 4, 2026
Next Post
Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd