Setelah kali terakhir kami mengongsikan mengenai permainan ini pada November tahun lalu, serta menemu ramah bersama Mel Law dan Aiken Tow dari Passion Republic Games, akhirnya teaser terbaru permainan brawler GigaBash didedahkan beserta beberapa tangkapan skrin yang turut dikongsikan! Permainan ini adalah hasil studio tempatan Malaysia iaitu Passion Republic dan mereka juga ada kolaborasi dalam beberapa permainan AAA yang lain seperti The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima!
Lepaskan Kaiju anda!
GigaBash adalah arena Brawler yang menampilkan raksasa-raksasa kaiju (dan pahlawan) yang bertarung di kota-kota dan tempat-tempat eksotik di seluruh dunia!
Selama berabad-abad, teknologi dan budaya manusia menguasai permukaan, namun rahsia Bumi yang lebih dalam tersembunyi dari mata kita. Sehingga suatu hari, penemuan bentuk tenaga baru mengemukakan ketakutan kuno yang tidak diketahui oleh manusia. Oleh itu bermulanya kebangkitan raksasa di seluruh dunia. Pertempuran mereka melawan kita dan jenis mereka sendiri, berkecamuk di seluruh dunia, hanya menyebabkan kehancuran setelah mereka hadir.
Lepaskan Kekacauan dan terus mengamuk sehingga 4 pemain, menentang rakan atau keluarga, tetapi hanya seorang yang boleh menjadi King. Bermainlah sebagai raksasa atau pahlawan raksasa dan ketahui rahsia asal usul mereka. Menampilkan kota-kota besar dan tanah eksotik di seluruh dunia, tidak ada tempat yang selamat dari malapetaka yang pasti akan havoc!
Antara ciri-cirinya:
- MENJADI S-CLASS!
- Kemarahan dan kehancuran membakar tenaga anda, mengganas menentang musuh anda sehingga anda berkembang menjadi potensi sebenar anda.
- MUSNAHKAN SEMUA, GUNAKAN APA SAJA!
- Gunakan persekitaran untuk kelebihan anda, saling melemparkan raksasa ke bangunan atau saling melempar bangunan kepada raksasa lain, itu adalah pilihan anda!
- COUCH PLAY
- Bermain bersama sehingga tiga rakan anda dalam satu skrin — borak kosong, ambush dan membuat kemunculan semula kejutan pada masa yang terbaik untuk menentang rakan anda!
Bukan itu sahaja, dibawah terdapat screenshot terbaru!
Jadi jangan lupa untuk ikuti perkembangan GigaBash di laman web rasminya serta Facebook Passion Republic! Dah keluar nanti jangan lupa beli tau! Baru sokong anak Malaysia!
@gamersantaimy
Discussion about this post