Masih ingat dengan pelancaran rasmi di Malaysia untuk siri X50 vivo yang terbaru minggu lalu? Ya secara rasmi harganya telah diumumkan sebentar tadi oleh vivo Malaysia! Bukan setakat harga yang diumumkan, sebaliknya pra-pembelian siri vivo X50 juga telah bermula di laman gedung online Lazada! Tetapi sebelum itu, jom kita recap semula spesifikasi bagi kedua siri X50 ini.
Spesifikasi siri vivo X50
Kedua-dua siri X50 ini dikuasakan dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 765G, Refresh rate skrin sehingga 90Hz, sambungan 5G, chipset Snapdragon 765G, 8GB RAM dan storan dalaman 256GB. Untuk kuasa bateri X50 Pro 4,315mAh dan X50 biasa adalah 4,200mAh. Tetapi yang menjadi perhatian kedua siri ini adalah kameranya!
Kamera hadapan adalah 32MP dan terdapat 4 kamera belakang yang merupakan 48MP untuk utama, 8MP super Wide-Angle, 13MP Professional Potrait dan 8MP 5x Telescopic serta anda boleh zoom sehingga 60x. Lebih menarik pada siri ini, ianya mempunyai sistem Gimbal Radar bola animasi pada skrin mencerminkan pergerakan gimbal, membolehkan pengguna mengetahui apabila bingkai stabil.
Spesifikasi siri X50 | vivo X50 | vivo X50 Pro |
Pemproses | Processor: Snapdragon 730 | Snapdragon 765G |
RAM | 8GB | 8GB |
ROM | 128GB | 256GB |
Bateri | 4200mAh (TYP) | 4315mAh (TYP) |
Kamera | Depan 32MP / Belakang 48MP + 13MP + 8MP + 5MP | Depan 32MP / Belakang 48MP + 13MP + 8MP + 5MP |
Warna | Glaze Black, Frost Blue | Alpha Grey |
OS | Funtouch OS 10.5 (berbasis Android 10) | Funtouch OS 10.5 (berbasis Android 10) |
Dimensi | 159.54 × 75.39 × 7.55mm | 158.46 × 72.80 × 8.04mm |
Berat | 200g | 174.5g |
Charger | vivo FlashCharge 2.0 (33W) | vivo FlashCharge 2.0 (33W) |
Kadar Penyegaran | 90Hz | 90Hz |
Sentuhan Kadar Persampelan | 180Hz | 180Hz |
Resolusi | 2376 × 1080 (FHD+) AMOLED | 2376 × 1080 (FHD+) AMOLED |
Harga dan ketersediaan
Yang dinantikan, vivo X50 adalah RM2,399.00 manakala vivo X50 Pro pula berharga RM3,199.00! Selain itu, vivo turut sertakan bundle pembelian di Lazada dengan vivo TWS Neo Earphone Wireless Earbuds yang berharga RM359.00 dan boleh didapati pada harga RM99 dengan pembelian vivo X50 Pro. Selain itu, terdapat juga barangan percuma untuk anda yang pre-order bermula hari ini 21 Julai 2020:
- Logitech X50 speaker
- Air purifier
- 1-year screen crack protection
- 1-year extended warranty
Jadi jangan lupa untuk teruskan bersama kami kerana kami akan mengongsikan review penuh siri X50 Pro! Juga jangan lupa untuk singgah ke Facebook vivo Malaysia dan Lazada vivo untuk pre-order telefon pintar terbaru dengan kehebatan kamera ini!
@gamersantaimy
Discussion about this post