Rocket League oleh studio Psyonix boleh dimainkan secara percuma bermula musim panas ini, di mana peralihannya daripada game berbayar ke percuma akan disertakan bersama kemas kini besar yang merangkumi beberapa perubahan pada sistem Rocket League. Kami juga akan mendapat penambahan ‘cross-platform progression‘.
Selain itu, Rocket League akan mula tersedia melalui Epic Games Store setelah pengambilalihan studio Psyonix oleh Epic Games pada bulan Mei 2019, dan apabila dilancarkan di Epic Games Store, ia tidak lagi boleh dimuat turun melalui Steam.
📣📣📣 Announcement time: Rocket League is going free to play later this summer. Check out the details in our latest blog, and get ready for lots of news throughout the next few weeks!https://t.co/h1hqtWY9kp pic.twitter.com/HQsc7f7kVL
— Rocket League (@RocketLeague) July 21, 2020
Mereka yang sudah membeli Rocket League pasti tertanya-tanya apakah kelebihan yang mereka perolehi daripada kemas kini dan Psyonix mengatakan bahawa mereka yang membeli game ini sebelum pelancaran percuma akan dihormati dengan status ‘Legacy‘ yang merangkumi beberapa ganjaran.
Pemain ‘Legacy‘ akan mendapatkan kesemua DLC yang terdiri daripada lebih 200 item ditingkatkan kepada kualiti Legacy. Mereka juga akan mendapat tiga kosmetik baru: Golden Cosmos Boost, Dieci-Oro Wheels, dan Huntress Player Banner. Sekiranya anda membeli permainan sebelum pengumuman ini dibuat, anda juga akan mendapat Faded Cosmos Boost. Bersama dengan hadiah tersebut, pemain ‘Legacy‘ akan mendapat gelaran unik yang terikat pada akaun seperti “Est. 20XX” untuk menandakan tarikh pemain mula bermain Rocket League.
Setelah ‘cross-progression‘ ditambahkan, ia akan diaplikasikan kepada inventori, kemajuan Rocket Pass, dan statistik peringkat. Anda memerlukan akaun Epic Games untuk menggunakan fitur ‘cross-progression‘ setelah menyambung akaun. Bagi mereka yang bermain di Steam sekarang, anda tidak perlu risau. Walaupun Rocket League akan berpindah ke Epic Games, versi Steam akan tetap disokong sepenuhnya dengan kemas kini dan kandungan baru pada masa akan datang.
Tarikh tepat untuk peralihan Rocket League menjadi percuma masih belum diumumkan tetapi lebih banyak maklumat akan dikongsi di halaman Twitter rasmi mereka.
@gamersantaimy
Discussion about this post