Masih ingat kami mengongsikan kolaborasi permainan yang dihasilkan oleh studio tempatan Malaysia iaitu PASSION REPUBLIC untuk permainan The Last of Us Part II pada Jun lalu? Nampaknya bukan itu sahaja Game AAA terbaru yang mereka kolaborasi untuk pembangunan permainan tersebut, ya, permainan yang akan datang ke PlayStation 4, 17 Julai 2020 ini iaitu Ghost of Tsushima juga rupanya Passion Republic turut ada dalam pembikinan permainan tersebut!
Selain dari The Last of Us Part II dan Ghost of Tsushima, Passion Republic juga merupakan pembangun permainan Gigabash yang akan datang. Mereka juga pernah mengerjakan beberapa kolaborasi pembangunan permainan lain seperti Mortal Kombat 11, Astral Chain, The Order 1886, Days Gone dan banyak lagi!
Memberi penuh tenaga dalam perjalanan Jin Sakai dengan menggunakan kebolehan diantara Samurai atau Ghost, anda boleh baca semula artikel review *no-spoiler* kami dan perkongsian melalui temu ramah dengan Nate Fox atau dengan Brian Fleming & Chris Zimmerman.
Ghost of Tsushima adalah permainan action-adventure stealth game yang dimainkan dari perspektif orang ketiga. Ia menampilkan dunia terbuka yang besar tanpa titik arah dan dapat diterokai tanpa panduan. Pemain dapat melakukan perjalanan dengan cepat ke pelbagai bahagian dunia permainan dengan menunggang kuda. Item yang berfungsi sebagai cangkuk bergulat akan tersedia untuk mengakses kawasan yang sukar dijangkau. Permainan ini mempunyai pencarian sampingan dan watak yang tidak dapat dimainkan untuk berinteraksi.
Berikut adalah senarai nama pasukan Passion Republic yang serta dalam pembangunan Ghost of Tsushima ini:
GHOST OF TSUSHIMA TEAM – PASSION REPUBLIC |
|
Jeremaiah Ong Chong Beng | Ng Aik Sern |
Alan Freizsal bin Nazreen | Ng Wei Lun |
Cathy Kyo Voon Jet | Phuah Wil Xan |
Kok Yip Sun | Rohana Razak |
Leong Chee Sang | Tai Lu Yian |
Lim Boon Keong | Teow Chent Cheat |
Alvin Yeoh Beng Hoe | Yong Kah Hui |
Hasyimi Madzlan | Yong Wei |
Mau Wei Yong | Matrix Wong Ket Yoong |
Mel Law Sheng Li | Griff Leong Joon Xian |
Melvin Irawan Pramudi |
Hebat lah anak-anak Malaysia ini! Kami mengucapkan tahniah sekali lagi kepada Passion Republic atas pembangunan permainan Ghost of Tsushima ini. Jadi jangan lupa beli Ghost of Tsushima yang kini membuka pre-order nya dan terdapat pelbagai edisi untuk dipilih dan harga bermula RM249.00! Jangan lupa Ghost of Tsushima secara rasmi akan hadir 17 Julai 2020 ini!

@gamersantaimy
Discussion about this post