Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Pre-order Final Fantasy XVI untuk peluang temu produser Naoki Yoshida di Sunway Pyramid, Malaysia!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 24, 2023
in ARPG, Artikel, Berita, Industri, Tempatan
0 0
0
Pre-order Final Fantasy XVI untuk peluang temu produser Naoki Yoshida di Sunway Pyramid, Malaysia!
Share on FacebookShare on Twitter

Final Fantasy XVI bakal keluar dalam tempoh sebulan lagi, dan semangat untuk game itu benar-benar dapat terserlah dalam promosi aktifnya sejak bulan Februari lalu. Sebagai kejutan tambahan, hari ini Sony Interactive Entertainment Singapore (SIES) mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan kempen meet-and-greet eksklusif untuk pemain yang pre-order Final Fantasy XVI di mana pemenang bertuah dapat bertemu produser Naoki Yoshida secara langsung di Sunway Pyramid, Malaysia!

Pre-order any FINAL FANTASY XVI disc version through authorized retailers, submit your entry and stand a chance to join us for a Meet-and-Greet with Yoshida Naoki (FINAL FANTASY XVI Producer) in Malaysia!

Join here 👉 https://t.co/g7Kn2rqeRr

Terms applies. pic.twitter.com/cEzHVDMurX

— PlayStation Asia (@PlayStationAsia) May 24, 2023

Kempen ini hanya khusus untuk mereka yang membuat pra-pesanan untuk game versi fizikal sahaja dan bukan digital (sah untuk pemain di Malaysia, Singapura, Thailand, Filipina dan Indonesia). Disebabkan ramai peserta yang berminat, proses saringan akan dijalankan bagi menentukan siapakah peminat bertuah yang akan terpilih. Acara itu akan diadakan pada hari Sabtu, 1 Julai di Sunway Pyramid Shopping Mall.

Cara-cara untuk sertai:

  • Pre-order Final Fantasy XVI (sebarang edisi) versi fizikal melalui kedai rasmi PlayStation atau pengedar sah di Malaysia.
  • Isikan borang INI dengan maklumat yang diperlukan, bukti pembelian dan jawab beberapa soalan.
  • Penyertaan dengan jawapan terbaik akan dipilih sebagai pemenang (penyertaan akan dibuka dari 25 Mei hingga 18 Jun 2023)

Final Fantasy XVI akan dikeluarkan di PlayStation 5 pada 22 Jun dengan hak eksklusif selama enam bulan. Selepas itu, kemungkinan besar ia akan dibawa ke PC.

Baru-baru ini, kami telah menulis preview pendek selepas mencuba versi demo. Pengalamannya pun lancar dan menepati jangkaan saya sebagai game AAA terbaru di dalam francais Final Fantasy. Buat masa ini, memang tidak kecewa! Bukan itu sahaja, kami juga berpeluang menemu ramah produser Naoki Yoshida yang anda boleh baca di SINI.

Jika berminat, anda boleh membaca segala berita kami tentang Final Fantasy di SINI.

Tags: Final Fantasy XVIMalaysiaNaoki Yoshida
ShareTweetSend
Previous Post

Etrian Odyssey III HD Membawa Anda Terokai Lautan yang Terbentang Luas!

Next Post

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Review — Kembali ke Hyrule & Serlahkan Kreativiti Anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!
Jom Singgah!

animate KL Bakal Anjur Sonic the Hedgehog 35th Anniversary Fair & Gratte Cafe Bermula 6 Jun!

June 5, 2026
Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi
Review

Reviu Farming Simulator 26 (Nintendo Switch) – Pertanian Santai “On-The-Go,” Tapi Grafik Pula Kurang Menjadi

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!
Jom Singgah!

Pokémon Center Singapore Bakal Dibuka Semula 1 Julai 2026 – Wajah Baru, Merchandise Baru!

June 5, 2026
Next Post
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Review — Kembali ke Hyrule & Serlahkan Kreativiti Anda!

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Review -- Kembali ke Hyrule & Serlahkan Kreativiti Anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd