Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Review — Kembali ke Hyrule & Serlahkan Kreativiti Anda!

Maira by Maira
May 24, 2023
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Nintendo Switch, Review, RPG
0 0
0
The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom Review — Kembali ke Hyrule & Serlahkan Kreativiti Anda!

Kredit imej: Nintendo

Share on FacebookShare on Twitter

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom (ToTK) telah pun dilancarkan beberapa minggu yang lalu dan kami pasti anda juga telah lihat pelbagai rekaan menarik yang dikongsikan oleh pemain lain. Kami juga sedang menikmati perjalanan di Hyrule yang terbentang luas. Jadi tanpa membuang masa, teruskan membaca review kami ini!

Sinopsis cerita

Selepas perkara yang berlaku dalam Breath of the Wild, ada satu bahan hitam bernama the Gloom telah mengakibatkan kemusnahan di serata Hyrule. Link dan Zelda perlu menyiasat runtuhan-runtuhan di bawah Hyrule Castle yang berkait dengan The Gloom dan menjumpai banyak mumia yang telah dipegang oleh tangan terapung.

Mayat tersebut sudah tentu, Ganondorf dan kehadiran Link dan Zelda telah membangunkannya. Dia dengan mudah mencederakan Link dan menyebabkan istana mula terapung. Link telah diselamatkan oleh tangan terapung yang telah melekat pada tangan kanannya setelah serangan Ganon. Dia bangun di dataran tinggi yang terapung di langit dan diperkenalkan kepada Rauru, roh yang merupakan pemilik asal tangan itu. Sebaik sahaja tutorial diselesaikan, kita terus kembali ke tanah besar Hyrule dan mengetahui bahawa Zelda telah hilang malah beberapa fenomena aneh telah berlaku di sekitar Kingdom. Kini tiba masanya untuk Link siasat perkara yang sedang terjadi.

Sumber: Nintendo

Penceritaan

Plot ToTK bagi kami seperti cerita tipikal Zelda, di mana Link mengembara, membantu orang-orang di Hyrule dan mencari Zelda. Perbezaan utamanya ialah Zelda bukanlah diculik. Dia dijumpai di serata dunia oleh pelbagai watak dan terdapat juga flashback watak yang telah hidup beribu tahun yang lalu. Ia mewujudkan misteri yang kukuh tentangnya.

Kebanyakkan cerita diberitahu dalam misi utama dan “Memories”, cutscene pendek yang boleh dibuka dengan menjumpainya di seluruh dunia. Ia isu yang sama dengan BoTW, di mana kebanyakkan plot perlu dijumpai berbanding diberitahu seperti progress plot utama. Kami tidak begitu kisah mengenainya, memandangkan game ini direka sebagai game open-world dan memberikan anda sebab untuk meneroka dunia game. Tetapi kami pasti ada yang tidak menggemarkannya.

Sumber: Nintendo

Penerokaan

Ini merupakan highlight game termasuklan skill terbaharu yang diberikan dalam game. Malah ia juga memberikan kebebasan kepada pemain. Anda boleh pergi ke mana sahaja, lakukan quest yang anda mahukan dan banyak lagi. Seperti BoTW, setelah anda selesaikan tutorial, boleh sahaja anda terus cabar final boos game. Tetapi sudah tentu ianya begitu sukar.

Hyrule menggunakan peta yang sama seperti BoTW tetapi ada banyak perubahan. Terdapat lebih banyak musuh baharu, bandar baharu dan tetapi unik yang dibuka termasuklan beberapa kawasan lama yang telah diubah. Memandangkan beberapa tahun telah berlalu sejak Breath of the Wild dan ramai mula membina semula bandar mereka. Menarik juga melihat kesemua watak daripada BoTW kini lebih dewasa, terutamanya ally utama: Sidon, Yunobo, Riju dan Tulin.

Sumber: Nintendo

Terdapat juga dua tambahan besar kepada dunia terbuka Tears of the Kingdom iaitu The Sky dan Underground. Kawasan Underground mempunyai saiz seperti peta Hyrule, bermakna terdapat banyak kandungan baharu dalam game dan anda boleh jelajah kawasan itu dengan mudah. Anda boleh jatuh daripada Sky Island melalui Hyrule dan terus ke Underground tanpa masalah.

Sumber: Nintendo

Sky Island merupakan tempat utama untuk mendapatkan bahagian berbeza untuk membina alatan. Terdapat mesin gachapon yang tersedia di sekitar pulau untuk mendapatkan lebih banyak bahagian.

Underworld seperti tempat yang menjadi kesukaan pemain hardcore kerana ianya sangat gelap dan musuh boleh mengambil nyawa anda sehinggalah anda sampai ke shrine untuk bersihkan diri anda. Tujuan utama sudah tentu untuk meneroka dan menandakan kawasan. Anda tidak mendapat peta tetapi perlu menghasilkannya apabila sampai dan mengaktifkan checkpoint baru. Tiada dungeon dalam Underworld tetapi terdapat rare item dan raksasa mencabar untuk pemain yang ingin menerokanya.

Sumber: Nintendo

Dungeon & Misi

Ada empat kawasan utama yang disyorkan untuk anda terokai sebelum mencabar final boss. Empat quest ini berlaku di Hyrule tetapi kadang-kadang ia melibatkan dungeon. Tears of the Kingdom bagi kami mempunyai dungeon yang lebih baik berbanding BoTW Divine Beast dungeon. Ia mempunyai kepelbagaian, sesuai dengan kawasannya dan boss juga lebih mudah untuk diingati.

Sumber: Nintendo

Game ini juga memaparkan shrine, kawasan yang mempunyai puzzle dengan ganjaran light orb setelah selesai. Ia boleh digunakan untuk mendapatkan lebih banyak nyawa atau stamina.

Selain daripada misi utama, terdapat juga side quest yang tersedia. Beberapa daripadanya agak mudah seperti mengutip epal tetapi ada juga quest panjang yang akan memberikan anda skill atau item hebat seperti mencari Master Sword, menjinakkan kuda liar, dan side quest Great Fairy untuk upgrade perisai anda.

Sumber: Nintendo

Skill baharu

Game ini memberikan pemain beberapa skill baharu semasa tutorial yang boleh digunakan sepanjang bermain. Skill tersebut ialah Ultra hand, Fusion, Ascend dan Recall.

Skill inilah yang memberikan lebih banyak kebebasan kepada pemain. Banyak betul benda yang boleh dihasilkan. Kami juga telah menggunakan Ultra hand untuk menggabungkan roket pada kart dan menembaknya ke arah musuh. Bagi kami ia sememangnya menyeronokkan kerana pelbagai cara yang anda boleh gunakan untuk mengalahkan musuh. Walaupun kadang-kadang gagal, ia masih menghiburkan kami.

Sumber: Nintendo

Untuk skill lain, Ascend membantu kita untuk menembusi terrain di atas kita. Ia sangat membantu semasa melakukan platform malah membolehkan kita pulang ke Hyrule daripada underground pada bila-bila masa. Recall pula membolehkan kita untuk putar kembali masa. Kami kadang-kadang gunakannya untuk puzzle mandatori dalam kawasan.

Sumber: Nintendo

Fusion dalam ToTK merupakan mekanik yang telah diperbaharui. Anda boleh mengambil mana-mana senjata dan gabungkan dengan pelbagai objek lain termasuklah taring tajam, batu dan blade. Kesemuanya akan meningkatkan damage output. Setiap drop daripada musuh seperti ini akan memberikan anda akses untuk senjata yang lebih kuat melalui fusion. Ia juga memberi kebebasan untuk pemain melakukan eksperimen dalam game setiap kali anda mendapat item tajam daripada musuh. Memang seronok apabila cuba menggabungkan pelbagai benda dan melihat hasilnya.

Sumber: Nintendo

Combat

Bercerita tentang combat, ia sangat sama dengan BoTW, dengan jenis senjata melee: one-handed sword, two-handed sword dan spear. Untuk serangan jarak jauh pula, kita ada boomerang dan panah. Ketahanan senjata juga lebih baik jika nak dibandingkan dengan BoTW, jadi kita boleh gunakannya dengan lebih lama.

Tears of the Kingdom membolehkan kita memegang beberapa senjata sekaligus dan anda akan mengambilnya dengan cepat supaya ada tidak akan kehabisan pedang. Dengan begitu banyak pedang, tidak peliklah mengapa pembangun membuat keputusan untuk menghancurkan senjata, supaya pemain mencuba senjata baharu.

Sumber: Nintendo

Oh ya, tahap kesukaran dalam game juga nampaknya ditingkatkan sedikit. Walaupun anda mempunyai banyak nyawa, banyak musuh boleh menghabiskannya. Jadi eloknya kalau anda upgrade perisai, hasilkan makanan dan elixir yang akan meningkatkan stat anda. Ini akan membuatkan perjalanan anda lebih mudah. Bercerita tentang makanan, ia hampir sama seperti BoTW, di mana anda masukkan sahaja bahan masakan yang ada dan lihat hasilnya. Daging dan sayur-sayuran boleh didapatkan dengan memburu haiwan liar, yang juga boleh digunakan untuk memulihkan health anda manakala bahagian raksasa pula boleh digunakan untuk membuat elixir yang akan memberikan anda buff seperti attack, defense, stealth dan lain-lain.

Sumber: Nintendo

Grafik & prestasi

Game ini boleh dimainkan pada 30 fps dan 720p melalui handheld mode dan 900p melalui docked mode. Sejujurnya, kami tidak begitu kisah dengan game 30 fps asalkan ia boleh dimainkan dengan lancar. Bagi kami ToTK antara game yang mempunyai perincian hebat dan sangat lancar untuk game Switch. Seperti yang kami sebutkan, boleh sahaja lompat terus daripada Sky Island melalui Hyrule ke Underworld tanpa frame drop ataupun pop-in serius. Kadang-kadang ada sahaja frame drop kecil yang terjadi semasa load musuh dan aksi pada skrin pada waktu yang sama.

Sumber: Nintendo

Kesimpulan

Kalau ada benda yang betul-betul seronok dalam The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom, ianya kebebasan yang diberikan. Selepas keluar daripada kawasan tutorial, anda bebas melakukan apa sahaja termasuklah cara anda bermain. Hampir kesemua benda dalam game boleh digunakan untuk membuat senjata, kenderaan dan macam-macam. Banyak juga inovasi kreatif yang dikongsikan oleh pemain lain.

Sumber: Nintendo

Ditambah pula dengan dua peta yang menawan, penceritaan yang kukuh serta sistem combat kreatif, ToTK memberikan pengalaman yang hebat daripada mula hingga ke akhir. Banyak benda yang anda boleh lakukan. Kami juga telah habiskan masa hampir 40 jam di Hyrule dan sangat ketagih dengannya. Tidak peliklah mengapa ramai yang menyukai game ini.

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom kini tersedia di Nintendo Switch. Untuk membaca review lain kami, boleh klik pautan ini.

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy

The Review

The Legend of Zelda: Tears of the Kingdom

9 Score

PROS

  • Dunia Hyrule yang besar dan menawan untuk diterokai
  • Skill baharu seperti Ultrahand dan Fusion menyerlahkan kreativiti pemain
  • Kawasan dungeon dan bos lebih rumit dan menyeronokkan untuk diterokai.

CONS

  • Kadang-kadang frame drop berlaku

Review Breakdown

  • Penilaian akhir 0
Tags: the legend of zeldaThe Legend of Zelda: Tears of the Kingdom
ShareTweetSend
Previous Post

Pre-order Final Fantasy XVI untuk peluang temu produser Naoki Yoshida di Sunway Pyramid, Malaysia!

Next Post

Kenali setiap pedang Asta sepanjang pengembaraan dalam Black Clover!

Maira

Maira

Terperangkap dalam game gacha (grind sampai habis bateri fon). Game rhythm dan JRPG memang berpisah tiada. Kadang-kadang melukis sambil layan stream VTuber.

Related Posts

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!
Preview

Previu Shadow Labyrinth – Perubahan Yang Gelap Pada Sebuah Ikon Retro!

May 12, 2025
Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?
Review

Reviu ROG Flow Z13 (2025) – Siapa Kata Tablet Tidak Boleh Gaming?

May 12, 2025
Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!
Anime

Siapakah Ibu Anime Terbaik? Ini Pilihan Peminat Jepun Sempena Hari Ibu!

May 12, 2025
Next Post
Kenali setiap pedang Asta sepanjang pengembaraan dalam Black Clover!

Kenali setiap pedang Asta sepanjang pengembaraan dalam Black Clover!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif
Anime

DAN DA DAN: Evil Eye Akan Tayang di Pawagam Malaysia – Tarikh, Sinopsis & Bonus Eksklusif

May 9, 2025
Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!
Berita

Goblin Slayer Ⅱ & BrownDust2 Bergabung Dalam Kolaborasi Fantasi Anime!

May 8, 2025
‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!
Anime

‘Nintama Rantaro: Invincible Master of the Dokutake Ninja’ Tayang di Malaysia 22 Mei Ini!

May 8, 2025
Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura
Acara

Kumpulan Rock Jepun Popular, My First Story, Bakal Tampil Buat Pertama Kali di Singapura

May 6, 2025
Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?
Anime

Attack on Titan: Apakah Asal Usul Sebenar Kaum Titan?

May 6, 2025
Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?
Filem

Thunderbolts* – Apa Yang Terjadi Di Adegan Post-Credit?

May 5, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd