Jika bulan Januari yang lalu kami ada kongsikan beberapa permainan yang anda boleh mainkan waktu Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kali ini berita sedih terutama yang beragama Islam untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri harus dilupakan sekali lagi disebabkan PKP. Pasti kebosanan perlu duduk di rumah dan patuhi SOP kan? Dari anda membiarkan PC Gaming atau Konsol yang dibeli tahun lepas waktu PKP tu, apa kata on semula peranti tu dan mainkan game yang kami nak senaraikan hari ini ni!
Baiklah, kali ini kami memberikan fokus pada beberapa permainan baru yang hadir untuk PC dan konsol. Siap ada yang boleh didapati percuma! Apa lagi? Jom lihat senarai kami;
RE Village
Pelbagai pendedahan gameplay dan perkongsian pengalaman RE (Resident Evil) Village sejak dilancarkan 7 Mei lalu. RE Village meneruskan siri survival horror dari Capcom dan merupakan sekuel naratif dari RE 7: Bioharzard. Permainan ini mengikuti Ethan Winters, yang, setelah pertemuan dengan Chris Redfield, mendapati dirinya di sebuah kampung yang dipenuhi makhluk mutan dalam usaha mencari anak perempuannya yang diculik. Walaupun Village mengekalkan elemen seram, permainan ini menggunakan gaya permainan yang lebih berorientasikan aksi berbanding dengan pendahulunya.
RE Village juga merangkumi mod berbilang pemain dalam talian. Permainan ini diumumkan pada acara mengungkapkan PlayStation 5 pada bulan Jun 2020 dan dilancarkan pada 7 Mei 2021, untuk PC, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series X / S dan Stadia.
Horizon Zero Dawn
Horizon Zero Dawn: Complete Edition kini boleh dimuat turn secara PERCUMA di PlayStation Store bermula 20 April lalu. Inisiatif Play at Home dari PlayStation ini adalah untuk menggalakkan gamers duduk dirumah dan selamat dari COVID-19.
Horizon Zero Dawn adalah permainan permainan peranan 2017 yang dikembangkan oleh Guerrilla Games dan diterbitkan oleh Sony Interactive Entertainment. Plot ini mengikuti Aloy, seorang pemburu muda di dunia yang dikuasai oleh mesin, yang berusaha untuk mengungkap masa lalunya. Pemain menggunakan senjata jarak jauh, tombak, dan siluman untuk memerangi makhluk mekanikal dan kekuatan musuh lain. Pokok kemahiran menyediakan pemain dengan kebolehan dan bonus baru. Pemain dapat menjelajah dunia terbuka untuk mencari lokasi dan melakukan pencarian sampingan.
> Dapatkannya di sini secara Percuma
It Takes Two
Pkp~ Kami sangat-sangat mencadangkan anda untuk bermain It Takes Two! Lagi-lagi anda boleh mendapatkan diskaun 10% di PlayStation Store! Lebih menarik lagi, anda dapat bermain bersama kawan anda secara percuma, maksudnya, kawan anda tidak perlu membeli permainan ini dengan anda memiliki Friend Pass! Kalau tidak mahu bermain dalam talian, tidak perlu khuatir, anda boleh bermain dengan pasangan anda di sofa anda sahaja!
It Takes Two adalah platformer aksi-pengembaraan yang dikembangkan oleh Hazelight Studios dan diterbitkan oleh Electronic Arts di bawah label EA Originals. Permainan ini dilancarkan untuk Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X dan Series S pada bulan Mac 2021.
Hood: Outlaws & Legends
Baru sahaja dilancarkan, ini adalah sebuah permainan yang anda tidak patut lepaskan dan bermain bersama kawan-kawan anda! Dua pasukan dari 4 pemain bersaing untuk melakukan pencurian yang sempurna, di persekitaran abad pertengahan yang dironda oleh pengawal AI yang mematikan. Dengan kemahiran unik dan kebolehan mistik setiap watak, bergerak secara sembunyi untuk mencuri harta karun yang tidak dapat dilihat atau dikuasai melalui pertempuran yang keras dan kejam.
> Baca tips Hood: Outlaws & Legends di sini
MLB The show
Asyik genre ARPG sahaja dengan multiplayer… Apa kata kita beralih pada genre sukan! Alami aksi perlawanan momen-ke-momen yang lebih cepat, lebih dalam dan lebih sengit di lapangan, dengan pelbagai mod permainan untuk semua pemain baru anda.
“Adakah MLB The Show 21 merupakan permainan video besbol terbaik di pasaran buat masa ini? Jawapannya ya. Tambahan pula, untuk pemilik Xbox, MLB The Show 21 adalah permulaan yang bagus untuk francais di mana ia mempunyai begitu banyak mod permainan dan kandungan sehingga anda pun tidak tahu mana satu untuk pilih.” adalah dari review oleh editor Razin Syafiq. Anda boleh baca ulasan penuh di sini.
Jadi bagaimana dengan senarai game anda boleh main ketika PKP di atas? Dah ada dalam genggaman pilihan anda ke? Apa-apa pun jua, kami harap anda akan patuhi SOP untuk keselamatan anda dan Selamat Hari Raya dari kami di Gamer Santai!
@gamersantaimy
Discussion about this post