Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Anime Overlord akan meneruskan musim ke-4, projek filem dalam pembikinan!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 10, 2021
in Animasi, Anime, Artikel, Berita, Filem, Manga
0 0
0
Anime Overlord akan meneruskan musim ke-4, projek filem dalam pembikinan!
Share on FacebookShare on Twitter

Diumumkan dua hari lepas, siri novel ringan Overlord oleh Kugane Maruyama akan mendapat adaptasi anime untuk musim keempat, dan juga projek filem besar! Pengumuman itu dibuat semasa siaran maraton untuk tiga musim pertama di laman NicoNico Douga, dan juga disebarkan melalui media sosial:

『オーバーロードⅣ』制作決定!

ティザービジュアルを公開しました。
スタッフキャストは引き続きのメンバーでお届けします。https://t.co/tWAiKFcvmx

続報は後日お知らせします。#overlord_anime pic.twitter.com/gKWYrsCFvv

— オーバーロード/アニメ公式 (@over_lord_anime) May 8, 2021

Pengarah Naoyuki Itou dan penulis Yukie Sugawara akan kembali, bersama pereka watak Satoshi Tasaki. Pengumuman itu disertai dengan ilustrasi visual untuk musim terbaru anime, yang secara rasmi berjudul Overlord IV. Pereka watak asli dan ilustrator untuk siri novel, so-bin telah memuat naik seni protagonis baru Ainz dan rakannya Albedo untuk memperingati peristiwa itu.

Overlord mengisahkan Satoru Suzuki, seorang pemain RPG Yggdrasil yang merupakan ketua kepada guild tertinggi Ainz Ooal Gown. Pada hari terakhir servis Yggdrasil, Suzuki mendapati dirinya hidup semula sebagai Momonga, wataknya dalam permainan manakala NPC lain diubah menjadi orang sebenar. Yang peliknya, mereka telah dibawa ke tempat ajaib yang tidak dikenali. Dia mengambil nama guild – Ainz Ooal Gown – sebagai nama sendiri, dan mendirikan kerajaan “The Nation of Darkness.”

https://twitter.com/soubin/status/1391010984249073664

Tiga musim pertama anime Overlord telah mengadaptasi sembilan jilid novel ringan pertama (dari Overlord Vol. 1: The Undead King hingga Vol. 9: The Caster of Destruction). Musim keempat akan bersambung mengikut Vol. 10: The Ruler of Conspiracy dan Vol. 11: The Dwarven Crafter. Jilid itu bermula setelah Ainz secara rasmi mengasaskan The Nation of Darkness dengan menguasai wilayah-wilayah dari negara berdekatan. Selepas itu, ia akan diteruskan dengan projek filem, yang bakal mengadaptasi kisah “Sacred Kingdom” dari Overlord Vol. 12 dan 13.

Untuk segala liputan kami tentang anime, sila tekan pautan ini.

Sumber – ANN

Tags: animefilemmangamovieNicoNico DougaOverlordOverlord IV
Previous Post

[Review] Pengalaman “layan corner” dalam litar lebih realistik di MotoGP 21

Next Post

PKP Lagi? Bosannya~ Jom mainkan 5 game ini sambil mengisi masa terluang anda!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
PKP Lagi? Bosannya~ Jom mainkan 5 game ini sambil mengisi masa terluang anda!

PKP Lagi? Bosannya~ Jom mainkan 5 game ini sambil mengisi masa terluang anda!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd