gamersantai.com
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
No Result
View All Result
gamersantai.com
No Result
View All Result
Home Artikel

[Review] It Takes Two, menggamit memori bermain co-op bersama pasangan anda!

Kerjasama dalam menyalamatkan semula hubungan keluarga anda!

Nyny.A by Nyny.A
April 8, 2021
in Artikel, Berita, Game, Game Review, Konsol, Origin, PC, Platform, PS4, PS5, Review, Steam, Xbox One, Xbox Series S, Xbox Series X
0 0
0
[Review] It Takes Two, menggamit memori bermain co-op bersama pasangan anda!
Share on FacebookShare on Twitter

It Takes Two adalah sebuah permainan pengembaraan platform teka-teki co-op yang sememangnya menggamit semula memori zaman bermain game co-op split screen. Siapa sangka EA dan Hazelight Studios akan memberi impak yang hebat dalam permainan It Takes Two yang baru dilancarkan pada 26 Mac 2021 lalu di PC dan konsol. Berperanan sebagai dua manusia yang disumpah sebagai anak patung, tanpa lengahkan masa, jom selami dunia It Takes Two dalam ulasan review It Takes Two kami kali ini yang penuh keseronokkan dan jalan cerita yang memberi pelbagai emosi.

It Takes Two direka khas untuk multiplayer co-op split-screen, yang bermaksud bahawa ia mesti dimainkan dengan pemain lain melalui permainan tempatan atau dalam talian. Permainan ini mempunyai sebilangan besar mekanik permainan dari pelbagai genre permainan video. Mekanik permainan ini berkaitan dengan cerita dan tema tahap. Sebagai contoh, dalam satu tahap, watak utama Cody memperoleh kemampuan untuk mengundurkan waktu, dan May dapat meniru dirinya sendiri. Pemain harus bekerjasama antara satu sama lain dan menggunakan kebolehan ini untuk maju. Permainan ini juga mempunyai sebilangan besar permainan mini.

Maka permulaan penceritaan di sini…

Menceritakan mengenai pasangan Cody dan May yang dalam ambang penceraian, sering bertelagah sampai menghiraukan anaknya Rose, sehinggalah Rose bercakap dengan patung yang dihasilkannya sendiri dan meminta supaya ibu bapanya berubah. Lalu keesokkan harinya Cody dan May bangun dengan berbadankan patung yang dihasilkan anaknya itu.

Tanpa ketahui sebab, dan kemungkinan besar itu adalah dunia fantastikal yang mendengar suara keluhan anaknya itu, mereka berdua disumpah memasuki ke dalam patung tersebut dan tidak tahu bagaimana untuk kembali ke bentuk asal. Secara tiba-tiba Dr. Hakim muncul – Dr. Hakim adalah sebuah buku pakar cinta lalu menyatakan niat sebenar anaknya adalah memohon pertolongannya, dan disebabkan itu, Cody dan May berada dalam keadaan ini untuk memperbaiki hubungan mereka.

Cody dan May terpaksa bekerjasama untuk mendapatkan Rose semula, tetapi mereka terus diganggu oleh Dr. Hakim mengenai terapi pasangan. Jadi perjalanan Cody dan May penuh pancaroba, tetapi apa yang dilihat anaknya dalam dunia nyata, kedua ibu dan bapanya tertidur di ruang tamu dan bilik hingga fikirkan mereka menghiraukannya.

Inilah perjalanan kami… 

Semasa permainan bermula, anda dan pasangan anda perlu memilih untuk bermain sama ada sebagai Cody atau May. Seperti saya sendiri, saya bermain dengan pasangan saya di rumah menggunakan PS4 dan masa yang sama, rakan sekerja saya turut mengongsikan pengalaman mereka yang memainkan permainan ini di PC.

Seperti yang dinyatakan di atas, permainan ini menampilkan co-op split screen, betul membuat saya rasa bermain Metal Slug zaman dulu pula. Menariknya, walaupun anda bermain multiplayer dalam talian, ianya masih split screen. Sangat bagus apa yang dilakukan Hazelights dengan split screen ini, ianya mengintimkan lagi perhubungan kita bersama pasangan yang bermain bersama.

Menjadi patung yang hanya berukuran 3 inci, saya dan pasangan dapat meneroka dunia di dalam rumah ibarat apa yang dapat di lihat oleh pandangan serangga. Jujur, grafik yang ditampilkan sangat cantik, sangat menarik, warnanya menonjol dan sangat spesifik walaupun bukan realistik. Walaupun nampak seperti kartun, penyediaan ini memberikan kajian watak yang mendalam dan mengejutkan. Tempat tinggal Cody dan May dipenuhi dengan barang-barang peribadi, yang menunjukkan banyak tentang peranan pemaju mainkan untuk hubungan pasangan ini. Dinamik itu membentuk permainan dengan cara yang luar biasa dan tidak dijangka.

Disebabkan Cody dan May tidak bersefahaman, kita yang bermain ini perlulah berkolaborasi untuk mencapai tahap-tahap tertentu. It Takes Two terbahagi kepada tahap yang disusun di berbagai sudut rumah, halaman, dan tanaman keluarga. Oleh kerana Cody dan May mempunyai keperibadian yang berbeza, mereka mendapat kekuatan yang berbeza. Setiap tahap biasanya berkisar pada mekanik baru yang bergantung pada bekerja dengan pasangan anda. Cody sering diberi mekanik yang lebih pasif dan pertahanan, sementara kemampuan May tertumpu pada agresif dan pertempuran.

Dengan mekanik yang tersedia dalam setiap tahap, kerjasama adalah yang terpenting untuk memerangi musuh dan menyelesaikan teka-teki untuk meneruskan perjalanan. Jujur, saya ini memang agak melepu sikit bab-bab teka-teki ni, nasib ada pasangan yang hebat sikit bab ini, senang sikit meneruskan perjalanan. Tetapi apa yang ada untuk kita gunakan seperti di awal permainan May menggunakan tukul untuk bergerak, menghayun dan memukul, Cody pula ada paku untuk menghentikan sesuatu atau membuat jalanan untuk May, juga ada tahap yang Cody memakai senapang madu dimana ianya boleh memberatkan sesuatu, dan ia juga menjadi peledak kepada senjata May yang boleh membakar dan meletup.

Melalui rangkaian persekitaran domestik yang indah, It Takes Two menawarkan cabaran dua pemain yang mengasyikkan dibina dari teka-teki asimetris yang pintar. Menggabungkan bahagian platforming, elemen perlumbaan dan banyak lagi. Permainan ini sering mempunyai satu watak untuk melakukan larian, melompat dan mendaki, selalunya May dan sementara Cody akan menyiapkan laluan untuk May lalui dan buka laluan lain kepadanya. Sama juga ketika melawan bos, kedua pemain harus peka untuk menewaskan bos, cari titik kelemahan dalam waktu yang sama kita harus mengelak dan kerjasama untuk menyerang bos mengikut kemampuan yang kita dapat pada tahap tersebut. Contoh seperti ketika saya melawan pemaisuri lebah yang sebenarnya lebah yang gemok tinggal di dalam robot lebah gergasi. Saya dan pasangan harus tempuhi setiap halangan, langkah demi langkah, pasangan saya menembak dengan madu dan saya harus letupkannya sehingga bos tersebut tewas.

Sayangnya, walaupun permainan ini adalah pengalaman yang menyeronokkan dan mulut tak berhenti membebel, cerita permainan ini terlalu menunjukkan May dan Cody tidak sefahaman. Mungkin ini akan memberi sedikit impak pada anak-anak kecil yang bermainnya, lagi-lagi melihat Rose yang sering sedih. Tetapi pengembaraan yang memulihkan perhubungan ini sangat bagus diberi contoh kepada pasangan yang dilanda masalah terutama dalam perkhawinan. Jadi motif utama, selamatkan hubungan terutama untuk mengelak bahaya psikologi pada anak.

Senang cerita, setiap tahap menawarkan sesuatu untuk kemahiran mereka sendiri dan menemuinya sama seronoknya dengan menggunakannya dalam tahap tersebut. Tahap-tahap ini diberikan suasana indah dengan banyak perincian dan kadang-kadang hanya melihat sekeliling anda terasa seronok kerana yang tersayang ada di sebelah kita meluangkan masa bersama.

Dunia yang sememangnya nampak liar! 

Ada tupai gengster, ada kumbang yang boleh kita tunggang, ada binokular yang membantu Cody dan May lihat anaknya dari jauh, ini menonjolkan bahawa setiap tahap dalam It Takes Two adalah unik. Anda dan pasangan tidak akan sampai ke garisan penamat, oleh kerana mekanik berubah antara tahap, begitu juga reka bentuk melintang. Satu tahap mungkin platformer biasa, sementara yang berikutnya adalah seperti crawler dungeon gaya Diablo, yang kemudian diikuti oleh pembuatan semula Honey, I Shrunk the Kids. Salah satu perkara terbaik mengenai It Takes Two adalah anda tidak tahu apa yang dapat diharapkan selepas ini.

Permainan ini dipaparkan dengan begitu banyak fantasi dan kreativiti, dan ia ditonjolkan dengan sangat sempurna dalam reka bentuk setiap tahap, ia sangat cantik. Sama ada platforming atau penyelesaian teka-teki, saya rasa permainan ini selalu berjaya membuat anda terlibat dalam reka bentuk linier setiap tahap yang terasa begitu terbuka dan kegembiraan untuk diterokai. Tidak ada ruang yang sia-sia, yang bermaksud bahawa ke mana sahaja anda pergi, anda selalu mendapati sesuatu untuk terganggu. Kadang-kadang menjadi objek untuk mencetuskan interaksi lucu antara Mei dan Cody, dan kadang-kadang ia juga boleh menjadi banyak permainan mini kreatif atau Dr. Hakim yang masih mencuba untuk halang anda.

Sememangnya, It Takes Two perlu mendapat kepujian, permainan ini jauh dari apa yang dikatakan pada platformer moden. Harta karun yang hilang digantikan dengan permainan mini dan dunia interaktif yang menyeronokkan yang mengaktifkan semula kegembiraan keluarga anda. Selalu ada sesuatu yang mengalihkan perhatian anda dari permainan utama, sama ada permainan tarik tali, atau “Whack-A-Cody” untuk meluangkan masa sebentar dari keletihan tahap ke tahap permainan utama.

Pengalaman selebihnya dari pasukan kami

Dari pengalaman saya yang bermain di konsol, menggunakan DualShock terasa sangat mudah. Antara penggerakkanya adalah Joystick kiri – menggerakkan watak,  Joystick kanan – gerakan kamera, Petak– dash, Pangkah – Lompat (X dua kali, double jump), O – pembatalan, Tiga Segi- untuk berinteraksi. Kemudian butang R1, berinteraksi untuk bergayut seperti tali berayun, atau rel gelongsor dan banyak lagi. Terakhir, L2 dan R2 adalah untuk Keupayaan, Tujuan dan Menembak. Secara keseluruhan kawalannya mudah difahami.

Kerjasama dan kerja berpasukan, semua diperlukan dalam permainan ini. Permainan ini kelihatan mudah, tetapi apabila anda bertemu dengan bos, ia sangat memerlukan masa dan anda mungkin akan mati banyak kali jika anda tidak bermain dengan betul. Grafik di PS4 sememangnya mantap dan saya rasa jika di PS5 harus lebih terperinci dan cantik pemandangannya.

Dari pengalaman rakan sekerja saya yang bermain di PC pula, mereka menyatakan mereka harus memuat turun dengan storan hampir 50GB. Dari segi grafik, jika spesifikasi anda hebat, ianya akan lebih menonjol. Seperti pencahayaan ketika di The Great Wasp Squirrel War nampak cantik. Ada diantara rakan sekerja kami yang spesifikasi biasa-biasa, FPS nampaknya jatuh dan permainan akan crash. 

Menggunakan Keyboard dan Tetikus untuk permainan platform co-op ini semestinya agak sukar berbanding konsol. Pada awalnya agak kekok, tetapi lama-kelamaan ianya makin mudah difahami. Jika anda bermain dalam talian mungkin tidak mempunyai sebarang masalah, tetapi jika ingin bermain bersama, pastikan anda sambungkan satu controller untuk pemain kedua.

“Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahagian reka bentuk dalam permainan yang saya fikir agak kurang dirancang sempurna berbanding bahagian lain. Terdapat bahagian permainan hampir 2D dari bawah ini dalam beberapa pertarungan bos, dan anda perlu mengelakkan serangan dengan melompat, tetapi anda tidak dapat mengetahui sejauh mana ketinggian anda kerana permainan gaya 2D tersebut.” -CH

Penggunaan FRIEND PASS

Jujur, pada mulanya saya agak mushkil kerana permainan ini boleh dimainkan secara dalam talian dan nasib baik inilah rupanya kegunaan Friend Pass. It Takes Two tidak akan memberi anda pasangan rawak, kerana mungkin itu agak menyukarkan dalam komunikasi dan tahap yang berbeza bagi kedua pemain.

Jadi inilah dia penggunaan Friend Pass. Friend’s Pass membolehkan anda bermain It Takes Two dengan rakan, pasangan walaupun mereka tidak memiliki permainan penuh! Pertama, minta mereka mencari It Takes Two dan memuat turun Friend’s Pass dari kedai digital khusus platform (PlayStation Store, Microsoft Store, Steam Store, atau Origin Store). Kemudian, jemput mereka bermain dengan anda dari menu utama. Sekiranya tidak ada di antara anda yang memiliki permainan penuh, anda masih boleh mencuba Tahap Pertama It Takes Two dalam local co-op dan dalam talian dengan Friend Pass.

Sekiranya anda tertanya-tanya mengenai split screen, jangan risau, ia akan berlaku semasa anda bermain dalam talian. Sekiranya salah satu daripada anda hentikan sebentar permainan, pasangan anda juga akan terhenti sebentar. Saya harus menyatakan bahawa bermain dalam talian tidak mempunyai masalah ping juga.

Ini adalah permainan koperasi yang lain oleh Josef Fares jadi anda perlu memainkannya dengan pasangan, kerana tidak ada ciri matchmaking yang pada awalnya saya rasa agak mengecewakan, tetapi kemudian saya segera menyedari bahawa permainan ini lebih tertumpu pada kandungan pemain tunggal dengan perkembangan cerita sebenar. Oleh itu, katakan jika anda bermain dengan orang rawak dan memutuskan untuk berhenti selepas satu atau dua jam, maka anda perlu mencari pasangan yang akan bergabung untuk maju melalui checkpoint yang sama semestinya sukar dan pasti tidak akan berjaya. Berita baik hanya satu orang yang perlu membeli permainan, sementara yang lain dapat bergabung melalui Friends Pass, jadi lebih mudah untuk mencari seseorang yang ingin bermain permainan ini. – Fadhil

Bercakap mengenai kolaborasi dalam talian, saya juga sangat mengesyorkan untuk memainkan permainan ini menggunakan Discord atau aplikasi sembang suara yang lain. Kerana semakin anda maju, tahap akan menjadi lebih sukar dan sangat memerlukan anda untuk bekerjasama dalam komunikasi yang betul.

Kesimpulannya

Secara amnya, saya sangat menyukai permainan ini. It Takes Two memberi penuh pengembaraan, penyelesaian teka-teki dan penceritaan yang cukup banyak, keseluruhannya yang menyeronokkan. Kawalan sama sekali tidak terlalu kekok untuk kegunaan di PC, konsol pula sempurna. Terdapat pelbagai gaya permainan untuk watak yang berbeza dan tidak perlu terlalu kecewa kerana jika anda banyak kali mati, watak anda tidak akan spawn terlalu jauh.

Kadang-kadang kita bertengkar sedikit dengan pasangan kerana kita tidak melakukan apa yang sepatutnya kita lakukan dengan betul. Tetapi secara keseluruhan, saya sangat merindui permainan jenis ini, saya gembira dengannya, kisahnya adalah kisah keluarga yang baik, permainannya sangat hebat, semua platform, semua bos sama sekali tidak membosankan.

Dari segi audio, permainan ini mempunyai audio dari gerakan kita yang seronok untuk didengari. Juga lagu latar, terutama pada tahap musim sejuk, terdengar sangat mengagumkan. Sebilangan besar aksi dalam permainan mempunyai kesan bunyi yang menyenangkan untuk didengari.

Ia Takes Two adalah pelancaran yang luar biasa, ia akan mengingatkan anda mengapa anda jatuh cinta dengan permainan split screen ini seperti zaman dahulu. Bahkan mungkin meyakinkan beberapa rakan dan keluarga permainan anda untuk menjadikannya hobi setelah menolong anda melalui perjalanan Cody dan May.

Jujur, ini sebuah permainan platform terbaik untuk tahun ini. Jadi pada anda yang berminat untuk membeli It Takes Two, anda boleh membelinya pada harga RM159.00 di PC melalui Steam atau Origin, juga di PlayStation Store dan Xbox Series. Terima kasih luangkan masa baca review It Takes Two ini!

Muat turun di sini
It Takes Two
Release Date: 2021-03-26
PlayStation 4, PlayStation 5, Steam, Xbox One, Xbox Series X|S
It Takes Two adalah permainan video aksi-pengembaraan  dikembangkan oleh Hazelight Studios dan diterbitkan oleh Electronic Arts di bawah label EA Originals. Permainan ini akan dirilis untuk Windows, PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One dan Xbox Series X dan Series S pada bulan Mac 2021.
Hye korang! Jangan lupa singgah tengok Review kitorang & Subscribe Channel Youtube kami ok!

The Review

It Takes Two

9 Score

Ia Takes Two adalah keluaran yang luar biasa, yang akan mengingatkan anda mengapa anda jatuh cinta dengan permainan di tempat pertama. Bahkan mungkin meyakinkan beberapa rakan dan keluarga untuk bersama bermain dengan anda melalui perjalanan Cody dan May.

PROS

  • Permainan co-op yang menggamit memori
  • Pelbagai mekanikal yang menarik
  • Momen set-set yang mendebarkan
  • Permainan mini kompetitif yang sangat baik

CONS

  • Kisah yang tidak konsisten
  • Terlalu menonjolkan kesan negatif penceraian rumah tangga

Review Breakdown

  • Feel co-op zaman konsol dulu-dulu kembali weh! Memang korang kena cuba It Takes Two! 0
Tags: eaHazelight StudiosIt Takes Two
Previous Post

CEO Razer Min-Liang Tan akan menderma $1 Juta NTD untuk mangsa kemalangan kereta api di Taiwan

Next Post

[Kerjaya] Jawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan dibuka di CareerBraves!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

Anime The Way of the Househusband menjadi viral kerana animasinya berbentuk “slide powerpoint”!
Animasi

Anime The Way of the Househusband menjadi viral kerana animasinya berbentuk “slide powerpoint”!

April 13, 2021
Khabar Angin: BioShock baru dalam pembangunan menghasilkan suasana open world
Artikel

Khabar Angin: BioShock baru dalam pembangunan menghasilkan suasana open world

April 13, 2021
[Temu ramah eksklusif] Acer bukan setakat membekalkan perkakasan, akan lebih tumpu pada industri eSukan!
Acara

[Temu ramah eksklusif] Acer bukan setakat membekalkan perkakasan, akan lebih tumpu pada industri eSukan!

April 13, 2021
Next Post
[Kerjaya] Jawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan dibuka di CareerBraves!

[Kerjaya] Jawatan Pengurus Pembangunan Perniagaan dibuka di CareerBraves!

Discussion about this post

Facebook Kami

ANIME

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

Netflix mengerjakan filem aksi langsung Gundam bersama pengarah Metal Gear Solid!

by Nyny.A
April 13, 2021
0

Agak lama ramai peminat yang menantikan filem aksi langsung siri anime yang paling disukai di seluruh dunia iaitu Gundam. Ianya...

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

Anime Edens Zero akan keluar di Netflix untuk peminat luar Jepun!

by Razin Syafiq
April 12, 2021
0

Adaptasi anime untuk karya terbaru Hiro Mashima, Edens Zero, adalah salah satu anime yang paling dinantikan pada tahun ini kerana...

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

Hasbro melancarkan Optimus Prime yang boleh Transformasi Sendiri berharga RM2900!

by Nyny.A
April 12, 2021
0

Siapa sahaja yang tidak tahu Transformer, dari siri animasi sehingga kit model yang tidak pernah terhenti Hype-nya di serata dunia. Dari makhluk...

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

Attack on Titan #139: Manga akhirnya tamat selepas 11 tahun, penjelasan penuh!

by Razin Syafiq
April 9, 2021
0

Selepas 11 tahun dan tujuh bulan, manga Attack on Titan oleh Hajime Isayama akhirnya berakhir. Dinamakan "Final Chapter: Toward the...

  • Tentang Kami
  • Sertai Gamer Santai
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • CareerBraves
  • Media Partners
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK

© 2020 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In