Setelah menunggu berhari-hari, berminggu-minggu, dan berbulan-bulan, Resident Evil Village akhirnya dilepaskan hari ini! Ini adalah berita baik untuk para gamers yang ingin kembali merasai pengalaman bermain game survival-horror paling seram untuk tahun 2021. Resident Evil Village banyak dipuji oleh pemain dan pengkritik, kini ia boleh didapati untuk platform PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox X|S, Google Stadia serta PC di Steam.
Siri ke-8 francais Resident Evil yang diterbitkan oleh Capcom ini memberikan pemain menjelajah ke kawasan yang penuh dengan kegelapan dan dipenuhi lebih ramai watak-watak jahat seperti Lady Dimitrescu. Sistem permainan Village mempunyai peningkatan yang banyak berbanding Resident Evil 7. Malah, pertempuran dalam game ini juga semakin mencabar dan lebih menyeramkan, walaupun dikatakan level seramnya terpaksa diturunkan.
Selain itu, Resident Evil Village mempunyai tahap kesukaran yang lebih tinggi untuk pemain. Anda juga dapat mencuba mod Mercenaries dan lebih banyak cerita yang mencabar untuk dibuka. Game ini pastinya membuatkan pemain berhadapan dengan tahap seram yang tidak boleh tidur malam! Siri Resident Evil kali ini dihasilkan untuk memberi pengalaman baru kepada pengguna konsol next-gen dan menyambut ulang tahun ke-25 francais tersebut.
Jadi jangan berlengah lagi. Mulakan hari anda dengan mengembara ke dunia seram Resident Evil Village sekarang! Untuk segala liputan kami tentang Resident Evil Village, sila tekan pautan ini.
@gamersantaimy
Discussion about this post