Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo, Tabletop, Trading Card Game
0 0
0
Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026
Share on FacebookShare on Twitter

Berbaki kurang dua minggu sebelum acara bermula, TableCon Quest (TCQ) 2026 akan tampil dengan aktiviti yang lebih padat dan menarik untuk edisi tahun ini.

Tiket acara (yang dijadualkan pada 1 dan 2 Ogos di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre) sudah mula dijual sejak beberapa bulan lalu, tetapi hari ini kami akan fokus kepada pelbagai pengumuman baharu. Ini termasuklah acara permainan kad bertaraf dunia serta zon pertandingan yang lebih besar.

Bushiroad Card Game Festival, Palworld TCG, dan Banyak Lagi

Tumpuan utama terarah kepada Bushiroad Card Game Festival. Selepas membuat penampilan sulung di TCQ tahun lalu, edisi 2026 diangkat sebagai sambutan antarabangsa besar bersempena dengan ulang tahun ke-18 Weiß Schwarz dan ulang tahun ke-15 Cardfight!! Vanguard. Buat pertama kali, Bushiroad meluaskan festival ini ke luar negara, di mana Singapura dipilih sebagai salah satu tuan rumah bersama Tokyo dan Seoul.

Konvensyen ini juga berlangsung hanya dua hari selepas pelancaran global Palworld Official Card Game pada 30 Julai 2026. Ini menjadikan TableCon Quest 2026 sebagai antara lokasi terawal di dunia untuk peminat mendapatkan, membuka, dan terus mencuba permainan kad ini secara beramai-ramai. Di ruang acara nanti, pengunjung boleh menguji strategi “base-building dan creature-battling” mereka menggunakan Trial Deck yang baru dilancarkan.

Selain Palworld, festival ini turut membawa sesi demo, kejohanan, dan aktiviti pentas untuk permainan popular Bushiroad yang lain seperti Shadowverse: Evolve serta hololive Official Card Game.

Pentas Kejohanan Lebih Besar Buat Grand Archive

Jika sebelum ini permainan kad Grand Archive hanya dipamerkan secara santai, tahun ini kehadirannya dihebatkan menerusi kejohanan kompetitif tersendiri. Langkah ini memberi ruang yang lebih luas kepada pemain tempatan dan serantau untuk menguji deck-building masing-masing serta merebut pelbagai hadiah eksklusif.

StarCraft Miniature dan Demo Ultraman

Bagi peminat tegar permainan miniature dan tactical board game, beberapa tarikan baharu termasuklah:

  • StarCraft Tabletop Miniature Game: Kedai hobi tempatan HammerHouse akan mempamerkan permainan StarCraft berlesen rasmi keluaran Archon Studio yang baru saja dilancarkan. Pengunjung boleh melihat model kecil bagi unit Terran, Zerg, dan Protoss, selain melihat demonstrasi permainan secara langsung.
  • Ultraman Card Game: Permainan kad ini akan turut mengadakan sesi demo sepanjang acara berlangsung. Pengunjung yang singgah mempelajari asas permainan berpeluang membawa pulang dek demo promosi secara percuma (sementara stok masih ada).

Zon “Indie Wavemakers” Yang Lebih Luas

Ruang Indie Wavemakers yang meraikan para pereka game tempatan dan serantau telah menerima penambahan saiz untuk edisi 2026.

Tahun ini, barisan pembangun indie yang mengambil bahagian jauh lebih ramai bagi mempamerkan karya-karya asli yang belum pernah diterbitkan di pasaran. Pengunjung dijemput untuk mencuba sendiri pelbagai genre yang ditawarkan; daripada mekanik berat bertema worker-placement dan card-drafting, hinggalah ke permainan santai serta pengembaraan naratif.


TableCon Quest 2026 akan membuka pintu dari jam 10:00 pagi hingga 8:00 malam pada hari Sabtu (1 Ogos) dan Ahad (2 Ogos).

Sangat mesra keluarga dan komuniti muda, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan masuk secara percuma, manakala para pelajar pula boleh menikmati diskaun tiket sebanyak 50%. Pas masuk boleh dibeli menerusi laman Eventbrite, dan senarai penuh pempamer yang mengambil bahagian boleh dirujuk terus di tableconquest.com/exhibitor-list.

Untuk aktiviti-aktiviti lain, anda boleh baca semula artikel kami sebelum ini.

Tags: TableCon Quest 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

Next Post

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama
Senarai

Lima Syarikat Paling Bernilai Di Dunia – Apple Pintas Nvidia Di Tempat Pertama

July 21, 2026
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu
Beta

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

July 21, 2026
Next Post
DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd