Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2026
in Artikel, Berita, Filem
0 0
0
Avengers: Doomsday – Ancaman Doctor Doom, Kepulangan Steve Rogers Pulang & Pertembungan Antara ‘Multiverse’
Share on FacebookShare on Twitter

Marvel Studios telah melancarkan trailer pertama bagi filem Avengers: Doomsday, memberikan kami pandangan awal tentang pertembungan epik yang bakal tiba. Filem ini diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo (duo pengarah di sebalik Avengers: Infinity War dan Avengers: Endgame), dan akan ditayangkan di Malaysia pada 17 Disember 2026.

Sebagai babak terakhir dalam Multiverse Saga, Avengers: Doomsday bakal menyaksikan pertembungan hebat antara pelbagai alam semesta. Filem ini mengumpulkan wira-wira kegemaran ramai dari tiga dimensi berbeza demi menentang satu ancaman yang tidak pernah mereka jumpa sebelum ini.

Amaran Doctor Doom & Perlanggaran Dua Alam

Trailer ini bermula di Xavier’s School for Gifted Youngsters, diiringi monolog daripada Victor von Doom (Robert Downey Jr.) Doom memberi amaran: “Sesuatu bakal tiba—sesuatu yang mungkin tidak mampu kita halang. Sebelum hari ini berakhir, kita akan berhadapan dengan satu keputusan yang tidak boleh difikirkan.”

Ketika amaran ini, Charles Xavier/Professor X (Patrick Stewart) mendongak ke arah cahaya silau. Fenomena ini dipercayai merupakan pertembungan dahsyat antara dua alam. Kami juga disajikan dengan kelibat Doctor Doom, walaupun hanya dalam keadaan bertopeng.

Perhimpunan Para Wira & Rundingan Bersama Namor

Babak kemudian beralih ke Avengers Tower, di mana Thor (Chris Hemsworth) menyampaikan ucapan di hadapan sekumpulan wira yang sedang berkumpul. Beliau memberi amaran tentang ancaman yang sedang menanti mereka:

“Aku telah bertarung bersama ramai pahlawan sepanjang hayatku. Mereka jauh lebih kuat daripada kita semua jika digabungkan, namun mereka akhirnya mati. Mereka terkorban ketika menentang musuh dan ancaman yang jauh kurang menakutkan berbanding yang ini. Segala pengorbanan mereka akan menjadi sia-sia jika kita tidak bersatu. Ketepikan pertelingkahan kecil kalian dan jangan mengandaikan apa-apa melainkan ini: jika kalian kembali, kalian akan kembali sebagai saudara. Tetapi ingat kata-kataku, kita memerlukan keajaiban.”

Trailer memaparkan pelbagai watak yang sedang mendengar amaran Thor. Antara yang kami nampak ialah Sam Wilson/Captain America (Anthony Mackie), Bucky Barnes/Winter Soldier (Sebastian Stan), dan Scott Lang/Ant-Man (Paul Rudd. Turut ada ialah Fantastic Four yang merangkumi Reed Richards/Mr. Fantastic (Pedro Pascal), Sue Storm/Invisible Woman (Vanessa Kirby), Johnny Storm/Human Torch (Joseph Quinn), dan Ben Grimm/The Thing (Ebon Moss-Bachrach).

Ahli New Avengers lain termasuk Red Guardian (David Harbour), John Walker/U.S. Agent (Wyatt Russell), dan Ava Starr/Ghost (Hannah John-Kamen) juga dilihat, turut disertai oleh Joaquin Torres/Falcon (Danny Ramirez).

Selain itu, trailer turut menunjukkan satu konfrontasi di dalam bilik takhta Namor. Ditemani oleh ahli Fantastic Four dan New Avengers, Shuri (Letitia Wright) yang kini memikul tanggungjawab sebagai Black Panther, sedang menghadapi Namor (Tenoch Huerta). Kami tidak pasti, tetapi ini mungkin petunjuk bahawa para wira terpaksa meminta bantuan Namor demi menghalang Doctor Doom.

Aksi Pertarungan Wira & Babak Sedih

Seiring dengan konflik, trailer turut memaparkan aksi serta detik-detik emosi:

  • Scott Summers/Cyclops (James Marsden) dilihat bersedia untuk lawan, manakala Remy LeBeau/Gambit (Channing Tatum) bertarung Shang-Chi (Simu Liu). Di bahagian lain, Mystique (Rebecca Romijn) pula berlawan dengan Yelena Belova (Florence Pugh).
  • Loki (Tom Hiddleston) versi TVA berada dalam keadaan bimbang. Professor X pula berpegang tangan dengan Erik Lehnsherr/Magneto (Ian McKellen) seolah-olah ini pertemuan terakhir mereka. Pada masa yang sama, Ant-Man sempat cium dahi anak perempuannya, Cassie Lang (Kathryn Newton), manakala Johnny Storm memberikan pelukan “terakhir” yang kepada kakaknya, Sue Storm.
  • Sue Storm berdiri teguh menghadapi dinding air, yang kami percaya adalah cubaan untuk menahan Namor.

Steve Rogers Kembali Menentang Doctor Doom

Klimaks trailer ini mempamerkan betapa hebatnya kuasa Doctor Doom berbanding para wira. Thor melompat untuk membunuh Doom dengan Stormbreaker, namun Doom menghentikan senjata tersebut hanya dengan menggunakan dua jari.

Tepat di penghujung trailer, “keajaiban” yang dinantikan oleh Thor akhirnya tiba. Steve Rogers/Captain America original, yang kembali dilakonkan oleh Chris Evans, akhirnya muncul. Di hadapan Thor yang tergamam dan seakan tidak percaya, Rogers mengangkat tangannya lalu menyeru Mjolnir, yang kemudian terbang terus ke dalam genggamannya.

Tags: Avengers: Doomsday
ShareTweetSend
Previous Post

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

Next Post

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd