Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 21, 2026
in Android, Artikel, Berita, Fighting, iOS, Mobile
0 0
0
DCKO Bawa Hero & Penjahat DC ke Peranti Mobile Pada 2027
Share on FacebookShare on Twitter

Pihak pembangun Drop Fake (terkenal untuk Marvel Contest of Champions) dengan kerjasama Warner Bros. Interactive Entertainment telah mengumumkan DCKO; sebuah free-to-play fighting game 2v2 tag-team yang bakal keluar di iOS dan Android pada tahun 2027. Pra-pendaftaran juga sudah bermula menerusi laman web rasmi game tersebut.

Berbeza dengan game mobile DC sebelum ini yang menemukan pemain dengan AI yang mengawal watak pemain lain, DCKO membawa mod multiplayer player-versus-player (PvP) secara real-time. Pemain akan membentuk gandingan duo hero serta penjahat kegemaran mereka untuk mendaki carta leaderboard menerusi perlawanan aktif menentang pemain sebenar di seluruh dunia.

Dari segi gameplay, pemain hanya perlu ‘tap’ untuk serangan pantas atau melakukan ‘swipe’ untuk ‘heavy attack’, yang kemudiannya boleh digabungkan bagi menghasilkan combo.

Sistem combat turut mempunyai mekanik “throw and tech” bagi menembusi pertahanan musuh yang kerap block. Selain itu, ada juga sistem pengumpulan meter untuk melancarkan serangan “Super” dengan gaya sinematik. Sebagai sebuah game tag-team, pemain boleh membawa masuk watak simpanan di tengah perlawanan untuk melakukan ‘tag-in combo’ serta ‘tactical assist’.

Selain mod PvP kompetitif, game ini turut menyediakan mod single-player player-versus-environment (PvE). Di sini, pemain boleh meneroka jalan cerita eksklusif dengan menentang ancaman dari dunia DC seperti League of Assassins pimpinan Ra’s al Ghul, tentera robot Amazo, hinggalah ke kumpulan iblis Trigon.

Mod “Rift” juga disediakan bagi menguji sejauh mana kehebatan kemahiran pemain. Dengan mengumpul mata experience (XP) dan mata wang daripada pelbagai mod ini, pemain boleh level up watak masing-masing, membuka fungsi stat boost, serta menyesuaikan pilihan Super Move yang boleh ditukar ganti mengikut kesesuaian gaya permainan sendiri.

Apabila dilancarkan nanti, pemain akan disajikan dengan pelbagai pilihan hero dan penjahat ikonik. Antara barisan watak yang sudah pun disahkan setakat ini ialah:

  • Batman
  • Robin
  • Bane
  • Nightwing
  • Starfire
  • Zatanna
  • Superman
  • Wonder Woman
  • Green Lantern
  • Cyborg
  • Catwoman
  • Harley Quinn
  • Poison Ivy
  • Raven
  • Blue Beetle
  • John Constantine
  • Katana
  • Lex Luthor
  • Doomsday

Drop Fake berjanji akan mendedahkan playable character baharu pada setiap bulan. Pemain boleh menguji kemampuan watak-watak ini di beberapa lokasi ikonik DC, termasuklah Batcave, Themyscira, dan Lazarus Pits.

Tags: DCKOMobile
ShareTweetSend
Previous Post

Lebih Banyak Permainan & Kejohanan, Ini Tarikan Terbaru Di TableCon Quest 2026

Next Post

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!
Smartphone

Mahukan Telefon Gaming Yang Boleh Buat Lebih Daripada Sekadar Bermain Game? Kenali POCO F9 Ultra!

September 5, 2026
Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain
Preview

Previu Age Twisters – Apabila “Usia” Menjadi Kunci Kerjasama Antara Dua Pemain

September 4, 2026
SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi
Pameran/Expo

SEGA/ATLUS Umum Barisan Game Di Tokyo Game Show 2026; Persona 4 Revival, STRANGER THAN HEAVEN & Banyak Lagi

September 4, 2026
Next Post
Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 – Apa Anda Perlu Tahu

Ujian Beta Call of Duty: Modern Warfare 4 Akan Bermula Ogos 2026 - Apa Anda Perlu Tahu

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd