Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

TableCon Quest 2026 Kembali Ogos 2026 – Tiket Kini Dijual!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
April 7, 2026
in Acara, Artikel, Berita, Pameran/Expo
0 0
0
TableCon Quest 2026 Kembali Ogos 2026 – Tiket Kini Dijual!
Share on FacebookShare on Twitter

Festival permainan tabletop terbesar di Singapura bakal kembali. Mulai sekarang, jualan tiket untuk TableCon Quest 2026 telah dibuka. Kembali dianjurkan di Suntec Singapore Convention & Exhibition Centre untuk tahun ketiga, acara ini akan berlangsung sepanjang hujung minggu pada 1 dan 2 Ogos.

Mengambil tempat di Dewan 404, 405, dan 406, konvensyen tahun ini menjanjikan acara dua hari yang memfokuskan kepada permainan papan, kad mainan, role-playing, dan mengecat miniatur. Berikut adalah antara perkara menarik yang menanti:

  • Indie Zone: Ruang untuk mencuba permainan tabletop dan digital baharu daripada pembangun indie dari Singapura dan serata dunia.
  • Exhibitor Zone: Ruang pasaran luas di mana anda boleh mencuba dan membeli permainan baharu, serta mendapatkan miniatur, peralatan mengecat, dan pelbagai barangan cenderamata popular yang lain.
  • RPG Zone: Destinasi wajib bagi peminat permainan role-playing untuk menyertai sesi Dungeons & Dragons dan pelbagai kempen pengembaraan lain.
  • Open Play Zone: Koleksi permainan di rumah yang belum pernah dimainkan dan hanya dibiarkan berhabuk di rak. Anda boleh membawa permainan sendiri atau membuka kotak permainan yang baru dibeli di acara tersebut dan terus bermain bersama pengunjung lain.
  • Creator’s Zone: Ruang meriah untuk menyokong bakat tempatan, menampilkan kraf tangan, hasil cetakan watak, dan tempahan lukisan khas daripada pelukis serta pereka bebas.

Selain tarikan utama di atas, Bushiroad Card Game Festival juga kembali memeriahkan acara. Peminat Cardfight!! Vanguard dan Weiß Schwarz boleh menantikan sesi demo secara langsung, kejohanan rasmi, dan acara pentas yang akan berlangsung bersama pameran Bushiroad EXPO.

Tiket dan Diskaun

Bagi menggalakkan penglibatan pemain muda, kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah boleh masuk secara percuma.

Tiket kemasukan umum berharga SGD 16 untuk satu hari dan boleh didapati sekarang di laman web rasmi Eventbrite di tableconquest2026.eventbrite.sg.

Jika anda seorang pelajar, ahli BushiNavi, atau ahli Ultra League, anda layak mendapat diskaun sebanyak 50% untuk pembelian tiket. Untuk menebus harga diskaun ini, anda hanya perlu mengisi borang pendaftaran yang dipautkan di laman Eventbrite tersebut.

Tags: TableCon Quest 2026
ShareTweetSend
Previous Post

Anime ‘Steel Ball Run’ Akan Kembali Sekitar September 2026 Dengan Episod Mingguan!

Next Post

Gamer Indonesia Berjaya Cipta Kapal Ultraman & Gundam Dalam No Man’s Sky, Malah Boleh Tembak Ultra Beam!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan
Mobile

Rancangan Untuk Final Fantasy XIV Mobile Versi Global Terpaksa Dibatalkan

July 20, 2026
Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan
Berita

Elder Scrolls VI, Fallout 5 Dalam Pembangunan, Remaster Fallout 3 & Fallout: New Vegas Turut Diusahakan

July 20, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
Next Post
Gamer Indonesia Berjaya Cipta Kapal Ultraman & Gundam Dalam No Man’s Sky, Malah Boleh Tembak Ultra Beam!

Gamer Indonesia Berjaya Cipta Kapal Ultraman & Gundam Dalam No Man's Sky, Malah Boleh Tembak Ultra Beam!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd