Ghost of Tsushima adalah game eksklusif PlayStation 4 yang terakhir sebelum Sony memindahkan fokus utama mereka ke konsol next-gen PlayStation 5. Seperti kebanyakkan game eksklusif Sony, majoriti ulasan Ghost of Tsushima adalah sangat positif termasuk saya dan ramai yang bersetuju bahawa dunia open-world nya adalah yang paling terindah. Sekiranya anda tidak sabar untuk mula bermain, dapatkan Ghost of Tsushima sekarang di kedai pilihan anda!
Sinopsis
Pemain akan mengawal protagonis Jin Sakai, yang merupakan samurai terakhir dan satu-satunya pertahanan yang harus menentang segerombolan aksar Mongolia yang menyerang pulau Tsushima. Jin Sakai ialah samurai yang memegang pada prinsip, tetapi untuk selamatkan negaranya, dia harus lupa tentang tradisi, berubah menjadi pahlawan baru, dan melindungi segalanya yang dia hargai tanpa pedulikan apa-apa cara.
Saiz Ghost of Tsushima tidaklah besar seperti The Last of Us Part II atau Modern Warfare, dan hanya berukuran bawah 50GB. Walaupun ia tidak kecil, sekurang-kuranya anda tidak perlu membuang terlalu banyak untuk memuat turun Ghost of Tsushima di PS4 anda.
Sekali lagi saya harus ingatkan bahawa ulasan Ghost of Tsushima adalah sangat positif dan ia dihasilkan dengan kerjasama studio Malaysia, jadi nampaknya ini bukan sesuatu yang anda akan menyesal beli. Jika ingin tahu apa yang baik dan buruk: sila baca ulasan saya di sini, jika ingin tahu proses pembangunan Ghost of Tsushima: sila baca temuramah kami bersama pemaju di sini dan kalau ingin tahu segala berita tentang Ghost of Tsushima, sila klik di sini.
@gamersantaimy
Discussion about this post