Masih belum reda dengan kehangatan kerjasama bersama pasukan bola sepak terkenal dunia seperti Juventus, Manchester United, FC Bayern dan baru melancarkan demo permainanya bermula hujung bulan lalu, KONAMI sekali lagi tidak mendiamkan diri terutama di Gamescom 2019 dengan mendedahkan permainan eFootball PES 2020 Mobile yang akan hadir untuk platform Android dan iOS Oktober ini!
Hampir sama dengan platform Konsul dan PC, eFootball PES 2020 akan mendapat peningkatan Finnest Dribble – teknik dribbling yang dinamik diwujudkan selepas berunding dengan pemain tengah legenda Andrés Iniesta; , mod permainan baru “Matchday”, sistem kontrol yang mudah dan grafik AI yang realistik.
Sebagai tambahan untuk ciri-ciri baru ini, eFootball PES 2020 di Mobile akan memanfaatkan sepenuhnya banyak pengumuman perkongsian baru yang sama seperti platform konsul dan PC yang termasuk lesen kepada pasukan bola sepak terkenal dunia Juventus FC, FC Bayern dan Manchester United. Ini juga termasuk dengan perkongsian yang diperbaharui dengan FC Barcelona dan Arsenal, ditambah dengan pelbagai lesen liga termasuk Itali Serie A.
Matchday, mod baru yang diumumkan pada E3 2019, juga akan ditambah ke versi terbaru permainan mudah alih, menggalakkan pemain untuk memilih salah satu daripada dua pihak pada permulaan setiap acara mingguan dan menyumbang mata ke arah kejayaan keseluruhan pasukan mereka.
Seperti PC dan konsol, penambahbaikan penting telah dibuat untuk grafik dan persembahan visual keseluruhan dalam eFootball PES 2020 untuk mudah alih. Sepenuhnya menggunakan keupayaan UNREAL ENGINE 4, unsur-unsur seperti pergerakan pemain, perayaan dan penampilan telah dibuat lebih realistik.
Dah bersedia nak bermain PES di peranti mudah alih anda? Sebarang kemaskini mengenai eFootball PES 2020 Mobile terbaru ini anda boleh terus ke laman web rasminya.
@gamersantaimy
Discussion about this post