Hari itu perjanjian jangka masa panjang bersama Manchester United dan kemudian FC Bayern, makin dekat PES 2020 nak melabuhkan tirainya ke pasaran, makin banyak pengumuman yang diberikan oleh KONAMI. Nampaknya FIFA 20 kena kejar Pro Evolution Soccer (PES 2020) untuk tarik perminat ni! Okay kalini KONAMI telah mengumumkan perjanjian jangka masa panjang dan rakan kongsi eksklusif bersama pasukan bola gergasi Eropah iaitu JUVENTUS!
Perkongsian baru dan menarik dari KONAMI ini akan melihat siri eFootball PES menggunakan hampir keseluruhan Juventus untuk permainan ini. Bermakna untuk PES 2020 akan datang ini, KONAMI berhak mendapat akses eksklusif untuk menggunakan nama pasukan gergasi Itali ini, puncaknya dan kit rasminya!
Siapa yang tidak kenal pasukan gergasi Juventus ni kan, dimulakan pada tahun 1897, mempunyai ramai peminat di Itali dan seluruh dunia. Serta pernah memenangi rekod pemenang 37 liga, 13 Piala Itali dan 8 Piala Super Itali! Konami yang bekerjasama bersama Old Lady turut membawa kesemua pemain dalam versi imbasan 3D yang realistik!
eFootball PES 2020 – Juventus Player Faces
Take a look at just how 🔥 the players of Juventus FC look in #eFootballPES2020!#JUVxPES
Posted by Pro Evolution Soccer on Tuesday, 16 July 2019
Bukan itu sahaja, stadium utama mereka Allianz juga akan berada dalam PES 2020 tapi bukan di FIFA 20 ye!
Tidak terlupa juga, bintang Juventus Miralem Pjanic juga akan menjadi duta besar kepada PES 2020!
eFootball PES 2020 akan hadir di platform PlayStation 4, Xbox One dan PC Steam 10 September ini! Manakala pra-pembelian juga boleh didapati dilaman web KONAMI. Tidak terlupa edisi khas Pasukan Juventus turut akan didapati ketika pelancaran.
Jadi jangan lupa untuk ikuti laman web rasmi PES 2020, Facebook, Twitter, Instagram dan Youtube mereka. Jom saksikan trailer rasmi pasukan Juventus di PES 2020.
@gamersantaimy
Discussion about this post