Pada persidangan Gamescom 2019 pada hari lalu, Bandai Namco Entertainment secara rasmi mengumumkan permainan siri terbaru Dragon Ball Z yang dinamakan DRAGON BALL Z: KAKAROT yang akan hadir di Xbox One, Playstation 4 dan PC awal tahun 2020. Kami berpeluang untuk menemu ramah producer, Ryosuke Hara dan korek sedikit maklumat daripada beliau. Ingin tahu apa bakal masuk? Ayuhhh baca!
Bolehkah awak kenalkan diri sendiri dan apa kaitan awak dengan Bandai Namco?
Nama saya ialah Ryosuke Hara daripada Bandai Namco. Saya ialah producer untuk Dragon Ball Z: Kakarot.
Game ini bukanlah sepenuhnya open-world, dan akan beralih ke peta baru mengikut jalan cerita. Jika pemain terlepas beberapa misi sampingan di peta lama, adakah mereka dapat kembali ke peta tersebut untuk menyelesaikan misi itu?
Secara umum, memang boleh untuk bertukar antara kawasan walaupun jalan cerita sudah maju jauh tetapi ada juga halangan oleh jalan cerita. Sebagai contoh, apabila kita di planet Namek, kita tidak boleh pulang ke bumi dalam fasa itu. Selepas fasa Namek itu tamat, ya kamu boleh pulang ke bumi tetapi bukan semasa di Namek.
Ada empat watak yang boleh dimainkan iaitu Son Goku, Son Gohan, Piccolo dan Vegeta. Adakah mustahak untuk menggunakan semua watak atau adakah kita boleh sebagai Son Goku sehingga tamat?
Pertama sekali, di Gamescom, kami telah mengumumkan bahawa Cell Saga akan dimasukkan dan Future Trunks adalah antara watak yang boleh dimainkan juga. Untuk menjawab soalan kamu, ya kita akan menukar watak secara automatik di dalam jalan cerita tetapi kamu juga boleh pilih watak yang kamu mahu pada waktu-waktu tertentu.
Game ini akan keluar untuk Xbox One, PlayStation 4, dan PC. Adakah game ini akan keluar untuk Nintendo Switch?
Buat masa ini, kami tiada rancangan untuk pelantar Nintendo Switch.
Ada watak baru bernama Bonyu. Bagaimana kamu menghasilkannya?
Kami tidak boleh memberi terlalu banyak maklumat tetapi ada beberapa penambahan baru yang dicipta oleh Akira Toriyama sendiri dan salah satu ialah watak Bonyu. Bonyu sebenarnya ialah bekas ahli Ginyu Force kerana tidak ingin melibatkan diri bersama mereka. Dia tidak disertakan sekali dalam jalan cerita utama tetapi akan keluar pada satu adegan pendek dan ini sahaja yang saya boleh cerita buat masa ini.
Adakah game ini membenarkan kita mengubah pakaian?
Tidak, kerana tujuan utama game ini adalah untuk mengikut sebaik mungkin pada jalan cerita sebenar dan mustahil untuk berubah pakaian atau visual watak.
Bagaimana kami memilih watak untuk dimainkan?
Sukar untuk bermain game ini hanya daripada pandangan Son Goku, kerana kami ingin menceritakan semula kisah ini mengikut pandangan jalan cerita asal. Pemain harus bermain juga sebagai semua watak yang menghayati jalan cerita.
Saya baru sahaja bermain game ini dan apabila borak dengan NPC, lakonan suara sangat sedikit. Adakah kamu akan menambah lagi lakonan suara?
Dalam jalan cerita utama, kami akan mengimplementasikan sebanyak mungkin lakonan suara dan versi demo ini hanya memnberikan pandangan lain yang tidak sempurna. Pada masa depan, pasti akan ada banyak lagi lakonan suara.
Anime dan Manga Dragon Ball sangat berbeza kerana banyak filler di dalam anime. Adakah filler ini akan disertakan sekali di dalam game?
Isi kandugan di dalam versi asal anime sangat-sangat banyak dan kami tidak dapat memuatkan semua. Yang kami boleh cakap ialah ya, ada beberapa filler episod yang berjaya dimasukkan sekali.
Saya rasa itu sahaja. Ada apa-apa kamu ingin tambah?
Tidak seperti judul permainan Dragon Ball yang lain. Kali ini kami memperkenalkan isi kandungan jalan cerita yang banyak dan pemain pasti akan alami setiap peristiwa penting yang berlaku bermula Dragon Ball Z dan kami berharap kamu semua pun teruja.
@gamersantaimy
Discussion about this post