Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

eFootball PES 2020 DEMO boleh didapati hari ini dengan 13 pasukan termasuk Juventus FC, Manchester United & FC Bayern!

Edit mode disertakan sekali di dalam demo, dan data boleh dipindahkan ke full game.

Razin Syafiq by Razin Syafiq
July 31, 2019
in Artikel, Berita, Nintendo Switch, PC, PS4, Steam, Xbox One
0 0
0
eFootball PES 2020 DEMO boleh didapati hari ini dengan 13 pasukan termasuk Juventus FC, Manchester United & FC Bayern!
Share on FacebookShare on Twitter

Konami Digital Entertainment Limited telah mengumumkan bahawa demo untuk eFootball PES 2020 (PES 2020) boleh dimuat turun bermula hari ini di PlayStation®4, Xbox One™, dan PC STEAM!

Demo ini memberi peluang pertama bagi semua pemain untuk mengawal pasukan yang menandatangani kerjasama dengan KONAMI seperti Juventus FC, Manchester United dan FC Bayern yang nama, kit, crest dan stadium akan dipaparkan secara eksklusif di PES eFootball 2020. Allianz Arena adalah contoh lain stadium yang hanya boleh dimainkan secara eksklusif dalam eFootball PES 2020, bermula dengan demo hari ini.

Menyertai senarai pasukan bola sepak ini ialah FC Barcelona dan Arsenal FC yang baru-baru ini mengumumkan partnership renewal dan komitmen kepada sebuah hubungan yang bermula beberapa tahun lalu.

Senarai penuh untuk 13 pasukan yang boleh dimainkan di dalam demo ialah:

  • Juventus FC
  • São Paulo FC
  • Manchester United
  • Sport Club Corinthians Paulista
  • FC Bayern
  • CR Vasco da Gama
  • FC Barcelona
  • Club Atlético Boca Juniors
  • Arsenal FC
  • Club Atlético River Plate
  • Palmeiras
  • Colo-Colo
  • Clube de Regatas do Flamengo

Stadium yang termasuk dalam demo ialah:

  • Allianz Arena (FC Bayern)
  • Allianz Parque (Palmeiras)
  • Neu Sonne Arena

Untuk kali pertama, Edit Mode dimasukkan sekali dalam demo untuk PS4 dan PC. Ini bermaksud komuniti PES yang aktif dapat customize pemain, skuad dan kit sebelum pelancaran full game. Enam liga disediakan untuk diedit dalam versi Demo, dengan semua data secara automatik akan dipindahkan sepenuhnya ke full game apabila ia keluar. Selain daripada Edit Mode, pemain juga mempunyai akses terhad kepada mode Online dan Offline. Selain itu, PES 2020 mencipta mode baru “Matchday” yang membolehkan pemain memilih satu pihak dan berkumpul setiap minggu untuk menyertai pelbagai perlawanan menarik untuk meraih kemenangan bagi pasukan anda.

eFootball PES 2020 boleh dimainkan di PlayStation®4, Xbox One™, dan PC STEAM pada 10 September 2019 dengan pre-order bermula daripada sekarang untuk edisi Standard dan Legend.

Previous Post

Tawaran hebat di Acer Day 2019 bermula hari ini bersama kemunculan khas Ismail Izzani & Naim Daniel!

Next Post

APEX LEGENDS Preseason Invitational bermula September ini dengan Kolam Hadiah Sehingga $500,000 USD (MYR 2,063,800.00) untuk Dimenangi!!!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi
Berita

Teenage Mutant Ninja Turtles: The Last Ronin – PlatinumGames Ambil Alih Produksi

June 6, 2026
Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars
Berita

Star Wars Zero Company – Akan Keluar Ogos 2026, Gabungkan Gameplay XCOM Dengan Saga Clone Wars

June 6, 2026
Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri
DLC

Mafia: The Old Country – DLC ‘Man of Honor’ Dedahkan Kepulangan Don Salieri

June 6, 2026
Next Post
APEX LEGENDS Preseason Invitational bermula September ini dengan Kolam Hadiah Sehingga $500,000 USD (MYR 2,063,800.00) untuk Dimenangi!!!

APEX LEGENDS Preseason Invitational bermula September ini dengan Kolam Hadiah Sehingga $500,000 USD (MYR 2,063,800.00) untuk Dimenangi!!!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd