Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Boruto Cipta “Rasengan Uzuhiko” – Guna Putaran Planet, Bukan Putaran Angin!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2023
in Anime, Artikel, Berita, Fakta & Trivia, Manga
0 0
0
Boruto Cipta “Rasengan Uzuhiko” – Guna Putaran Planet, Bukan Putaran Angin!
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam bab terkini manga Boruto: Two Blue Vortex, Uzumaki Boruto dengan mudah dapat mengalahkan Code – musuh yang terbukti sangat kuat dalam bab-bab lama. Dalam bab yang sama, Boruto turut mempamerkan Rasengan Uzuhiko, iaitu Rasengan versi naik taraf yang menggunakan tenaga Bumi untuk kekuatan berganda.

Kredit: Shueisha

Selalunya digunakan sebagai teknik bombastik untuk menamatkan musuh, Boruto telah mengubah Rasengan ke jutsu yang boleh digunakan untuk membunuh musuh secara senyap. Jadi, apa itu Rasengan Uzuhiko dan fungsinya? Biar saya jelaskan.

Bila Jutsu ini diperkenalkan?

Kredit: Shueisha

Tiga tahun selepas kejadian yang mengubah memori semua orang, Code muncul untuk menyerang Konoha secara habis-habisan, dengan melepas askar-askar Tsumeaka (makhluk cebisan Ten-Tails) demi mengumpan Boruto. Usaha ini berjaya apabila Boruto tiba-tiba muncul di hadapan Code.

Selepas pertemuan singkat dengan Uchiha Sarada, Boruto serta merta menewaskan enam Tsumeaka di sekeliling, lalu memberitahu Code bahawa menggunakan Ten-Tails untuk mencipta beratus-ratus aksar mini boleh menyebabkan makhluk itu hilang kawalan dan membahayakan semua orang. Malangnya, Code tidak berundur, jadi Boruto terpaksa melawannya.

Kredit: Shueisha

Di sini, Boruto melancarkan Rasengan: Uzuhiko ke atas Code. Tanpa apa-apa efek istimewa (malah kita langsung tidak nampak bola rasengan), Code tiba-tiba tumbang dalam keadaan tertewas. Boruto menerangkan bahawa teknik itu sebenarnya sudah diaplikasikan pada badannya dan tidak akan berhenti sehingga Bumi berhenti berputar atau jika Boruto melepaskannya.

Bagaimana Rasengan Uzuhiko dilakukan?

Kredit: Shueisha

Boruto melakukan teknik ini dengan mengumpulkan chakra di seluruh badannya, bukannya mengumpul chakra di tapak tangan. Sebaik sahaja dia bersentuhan fizikal dengan musuh, Boruto boleh memasukkan chakra berputar itu ke dalam badan musuh secara paksa; secara langsung menyerang mereka dengan putaran seluruh planet itu sendiri.

Kredit: Shueisha

Walaupun serangan awal tidak mempunyai impak besar, kerosakan yang berlaku akan kekal, lalu menyebabkan musuh berada dalam keadaan keliru (pada deria) berterusan sehingga pengguna melepaskan teknik atau sehingga seluruh bumi berhenti berputar. Dengan setiap serangan tambahan daripada teknik ini, musuh akan mengalami lebih banyak kecederaan fizikal dan kekeliruan tambahan.


Apa pendapat korang tentang Rasengan terbaru ini? Jom kongsi di ruang komen!

(Sumber – Manga Plus)

Jangan lupa untuk ikuti kami di TikTok!
@gamersantaimy
Tags: BorutoRasenganRasengan Uzuhiko
ShareTweetSend
Previous Post

Diablo IV: Perkongsian Mengenai Reka Bentuk Class dan Balancing oleh Lead Live Class Designer Game, Adam Jackson

Next Post

Resident Evil 4 Remake Versi iPhone Akan Tiba Disember 2023!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!
Mobile

Destiny: Rising Akan Dilancarkan 28 Ogos – Berdasarkan Francais Destiny, Sepenuhnya Free-To-Play!

July 4, 2025
Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!
Review

Reviu AORUS Master 16 (BYH) – Pilihan Hebat Untuk Prestasi Gaming Tanpa Kompromi!

July 4, 2025
Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”
Esports

Bintang-Bintang Esports Filipina Berpindah Dari MLBB ke Honor of Kings, Membina “Skuad Ikon”

July 4, 2025
Next Post
Resident Evil 4 Remake Versi iPhone Akan Tiba Disember 2023!

Resident Evil 4 Remake Versi iPhone Akan Tiba Disember 2023!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!
Animasi

Filem Animasi Death Stranding Akan Fokus Kisah Original, Tiada Dalam Game!

June 19, 2025
Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!
Acara

Gundam Base Pop-Up World Tour Bakal Gegar Kuala Lumpur Mulai 4 Julai!

June 18, 2025
Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!
Anime

Delicious in Dungeon Exhibition Bakal Menyapa Peminat di Malaysia!

June 17, 2025
Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!
Anime

Pop-Up Store Eksklusif DAN DA DAN Serbu Malaysia dengan Sentuhan Supernatural!

June 17, 2025
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd