Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Resident Evil 4 Remake Versi iPhone Akan Tiba Disember 2023!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
November 7, 2023
in Artikel, Berita, iOS, Mobile, Seram, Survival
0 0
0
Resident Evil 4 Remake Versi iPhone Akan Tiba Disember 2023!
Share on FacebookShare on Twitter

Hari ini, Capcom telah mengumumkan tarikh keluaran untuk Resident Evil 4 Remake versi iOS, yang membawakan pengalaman seram yang sama kepada iPhone dan peranti Apple lain pada Disember ini.

iPhone/iPad/Mac版『バイオハザード RE:4』が2023年12月20日(水)より配信開始!

序盤のゲームプレイが体験でき、続きは本編を購入して遊ぶ「Play Before You Buy」スタイル。
手のひらサイズで遊ぶ最新サバイバルホラーを実感せよ。

予約注文はコチラから!https://t.co/MHIlF2Stks

— バイオハザード(カプコン)公式 (@BIO_OFFICIAL) November 7, 2023

Diumumkan melalui halaman Twitter rasmi, Resident Evil 4 Remake secara khususnya akan dilancarkan di peranti Apple seperti iPhone 15 Pro, iPad dan Mac pada 20 Disember 2023. Keluaran RE4 Remake merupakan projek terbaru oleh Apple selepas Resident Evil Village baru-baru ini dikeluarkan untuk iPhone 15 Pro dan iPad terbaru pada 30 Oktober 2023.

Kredit: CAPCOM

Buat masa ini, pre-order untuk Resident Evil 4 Remake telah dibuka secara langsung di Apple App Store, di mana game penuh akan bernilai sekitar RM244.90 bersama bonus. Jika berminat, anda juga boleh memperoleh Extra DLC Pack yang berharga RM80.90.

Mengikuti format “Play Before You Buy”, pemain dapat memuat turun dan bermain bahagian awal permainan secara percuma. Hanya dengan membuat pembelian sahaja baru lah anda dapat mengakses permainan penuh dengan bonus-bonus lain.

Kredit: CAPCOM

Bagi mereka yang risau, tarikh keluaran yang dipaparkan di Apple App Store (31 Disember 2023) masih belum dikemas kini setakat artikel ini ditulis. Tarikh pelancaran rasmi masih berlangsung pada 20 Disember 2023.

“Resident Evil 4 ini adalah remake kepada game yang sama pada 2005 di mana pemain akan mengawal ejen Leon S. Kennedy, yang mesti menyelamatkan Ashley Graham, anak perempuan presiden Amerika Syarikat, daripada kultus Los Illuminados yang misteri. Remake ini mempunyai plot yang dikemas kini, visual baharu, watak, pelakon dan gameplay yang diperbaiki. Selepas pelancaran, Resident Evil 4 menerima pujian positif dan menjual 4 juta unit dalam dua minggu pertama, menjadikannya salah satu game terlaris Resident Evil .”

Kredit: CAPCOM

Dapatkan segala berita kami tentang Resident Evil 4 di SINI!

Tags: iPhoneResident Evil 4 Remake
ShareTweetSend
Previous Post

Boruto Cipta “Rasengan Uzuhiko” – Guna Putaran Planet, Bukan Putaran Angin!

Next Post

[UPDATE] The Legend of Zelda Mendapat Adaptasi Filem Live Action! Kerjasama Antara Nintendo & Sony Pictures!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka
Mobile

Medabots S Akan Lancar Secara Global, Prapendaftaran Kini Dibuka

September 7, 2026
Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!
PC

Tahu Atau Tidak? Steam Sebenarnya Sokong Bahasa Melayu! Inilah Cara Untuk Mengubah Bahasa!

September 7, 2026
Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026
Anime

Pokémon Master Journeys ‘Malay Dub’ Akan Datang Ke Astro Ceria & Platform Streaming Pada Pertengahan September 2026

September 7, 2026
Next Post
[UPDATE] The Legend of Zelda Mendapat Adaptasi Filem Live Action! Kerjasama Antara Nintendo & Sony Pictures!

[UPDATE] The Legend of Zelda Mendapat Adaptasi Filem Live Action! Kerjasama Antara Nintendo & Sony Pictures!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar
Anime

Bleach: Zaraki Kenpachi Akhirnya Pakai Bankai; Hitsugaya Tōshirō Lepaskan Bankai Sebenar

August 20, 2026
Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir
Anime

Bos WIT Studio Dedah Sebab MAPPA Ambil Alih Attack on Titan Untuk Musim Terakhir

August 19, 2026
Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+
Berita

Kingdom Hearts 4 – Gameplay Baru Dunia ‘Coco’, Pelancaran Lewat 2027 Serta Anime Original Disney+

August 15, 2026
Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi
Anime

Menurut Data, Ratusan Anak Indonesia Diberi Nama Naruto, Luffy, Nobita & Banyak Lagi

August 12, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd