Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

BETA 0.13.0 untuk PUBG Mobile telah hadir untuk Pengguna Android dengan Mod Baru!

Lai-lai jom jadi beta tester jom!

Nyny.A by Nyny.A
May 27, 2019
in Android, Artikel, Berita, Mobile
0 0
0
BETA 0.13.0 untuk PUBG Mobile telah hadir untuk Pengguna Android dengan Mod Baru!
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja dengan kemaskini terbaru musim terbaru PUBG Mobile dan patch note 0.12.5 PUBG Mobile yang menampilkan kehadiran ‘crossover event‘ Godzilla: King of the Monster sempena tayangan filemnya di pawagam.

Military themed #RoyalePass Season 7 is here! Rank up to 100 to obtain the Assault Squad or Urban Scavenger outfit. In season 7, teaming up with friends who also purchase Royale Pass in weekly missions can get your extra points. You deserve it! pic.twitter.com/dZyaEgcRWz

— PUBG MOBILE (@PUBGMOBILE) May 24, 2019

Baru-baru ni ada pemain PUBG Mobile yang menerima satu pesanan mail melalui PUBG Mobile dan Discord rasmi mereka yang menyatakan jemputan buat pemain untuk menggunakan Beta 0.13.0 dan ada juga pemain yang dapat tahu mengenai mod baru ini melalui perkongsian di Youtube.

Highlight utama untuk kemaskini beta 0.13.0 ini dituju untuk mod terbaru iaitu Pasukan Kalah Mati ‘Team Deathmatch’. Team Deathmatch ini akan tersedia dalam perspektif orang pertama dan orang ketiga dan objektifnya pula untuk mencapai had skor menewaskan pasukan lawan. Tapi masih tidak diketahui sama ada mod ini akan kekal atau tidak di PUBG Mobile.

Kemungkinan besar Team Deathmatch ini hadir untuk bersaing dengan Call of Duty Mobile yang akan dilancarkan secara beta global musim panas ini. Sudah pasti Call of Duty Mobile akan ada mod 5 vs 5 seperti Team Deathmatch dan juga mod battle royale yang pastinya akan menjadi pencabar terbaru untuk PUBG Mobile.

Bukan tu je yang menarik dalam beta 0.13.0 ni, turut hadir beberapa ciri terbaru seperti pilihan butang melompat dan memanjat yang akan menyenangkan pemain untuk bersembunyi di belakang tembok supaya tidak memanjatnya dengan secara tak sengaja.

Lepas ni siapa-siapa yang menang perlawanan ini dan merupakan MVPs untuk pasukan ketika itu, akan ada satu tab keputusan yang menampilkan profil pemain.

Selain itu turut ada perubahan dalam tetapan HUD yang kini diasingkan FPP dan TPP. Pemain yang menggunakan HUD yang berasingan dalam mod permainan ini pasti akan mendapat banyak manfaat kerana mereka sekarang tidak perlu melalui proses sibuk menyesuaikan HUD mereka apabila mereka bermain kedua-dua mod.

Ada juga beberapa suara baru untuk arahan yang turut hadir di dalam beta ini. Di Vikendi pula akan dikemaskini kesan di salji selepas kita berjalan, merangkak atau mengendalikan kenderaan.  Kemudian dalam Mod Zombi pula akan dikemaskini dengan empat zombi terbaru, kabus beku yang makin lama dan satu bangunan lama yang digelar ‘abandoned factory’ yang mempunyai banyak item dan bos baru .

Dah ada sesiapa yang dah dapatkan beta versi 0.13.0 ni tak? Pada sesiapa nak cuba boleh la download disini. Jangan lupa untuk kongsikan pengalaman korang dalam ruangan komen di facebook kami ya!

Sumber: TouchArcade ; Mr Ghost Gaming

Tags: pubg mobilepubg mobile beta 0.13.0Tencent Games
Previous Post

Ketagihan Permainan Akan Dikelaskan sebagai Penyakit ‘Gaming Disorder’ Oleh WHO pada tahun 2022

Next Post

Graphic Card terbaik untuk PC Gaming anda pada Mei 2019!

Nyny.A

Nyny.A

Bekas pelajar Multimedia Creative. Lebih Independent. Layan game FPS sampai lebam. Open world pun kalau kena jalan cerita kita on je. Manga Anime untuk luang masa. Geng streamer dan esports, Interview developer, pemain esports, Influencer, lagi2 support lokal! Memang hantu gaming dah lama dari zaman CC dulu. Jangan lupa ikuti laman sosial untuk hubungi saya.

Related Posts

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!
Teknologi

ASUS Kenalkan PC AI ProArt Baru Dengan NVIDIA RTX Spark, Bakal Tiba Di Malaysia Pada Q3 2026!

June 4, 2026
Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!
Mobile

Pokémon Champions Akan Tiba Di Mobile Pada 17 Jun, Pra-Pendaftaran Kini Dibuka!

June 4, 2026
MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!
Teknologi

MSI Prestige N16 Flip AI+ Bawa Kuasa AI 1 Petaflop Melalui Cip RTX Spark!

June 3, 2026
Next Post
Graphic Card terbaik untuk PC Gaming anda pada Mei 2019!

Graphic Card terbaik untuk PC Gaming anda pada Mei 2019!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd