Dengan setiap graphic card di pasaran sekarang sedang bersaing untuk menarik minat korang, bagaimana eh nak pilih GPU yang terbaik untuk graphic card anda? Sudah tentu, pertama sekali ialah kita harus tetapkan budget, dan kedua ialah mengenal pasti apa yang kita betul-betul mahu daripada GPU kita. Untuk mudahkan korang semua, mari baca senarai saya Graphic Card pada Mei 2019 bagi pendapat saya! Harap ulasan boleh mudahkan korang semua!
Nvidia GeForce GTX 2080 Founders Edition
- GPU Cores: 2,944
- Base Clock: 1,515MHz
- Boost Clock: 1,800MHz
- GFLOPS: 10,958
- Memory: 8GB GDDR6
- Memory Clock: 14Gbps
- Memory Bandwidth: 448GB/s
Graphic card terbaik di pasaran buat masa ini kalau dibandingkan prestasi dan harga. Walaupun 2080 masih mahal, sebenarnya tidak mustahil untuk jumpa Founders Edition pada senarai harga RM4,500 atau lagi murah. Walaupun versi evolusinya, 2080 Ti lebih hebat, tak berbaloi lah saya rasa untuk peningkatan kecil antara 10 sehingga 30% pada kuasa GPU. Ini terutamanya kerana tidak banyak game yang menggunakan ray tracing.
Walaupun Battlefiled V kelihatan gempak apabila memakai ray tracing ( dan dijangka akan meningkat daripada segi prestasi sebanyak 50% selepas patch baru), ia adalah salah satu daripada kategori game terhad yang mampu menggunakan teknologi sejauh ini. Apabila lebih banyak game yang menggunakan ray tracing muncul, dan sehingga harga Ti diturunkan, 2080 masih raja segala graphic card.
Nvidia GeForce GTX 1660
- GPU Cores: 1,408
- Base Clock: 1,530MHz
- Boost Clock: 1,785MHz
- GFLOPS: 5,027
- Memory: 6GB GDDR5
- Memory Clock: 8 GT/s
- Memory Bandwidth: 192GB/s
Jika korang sedang mencari graphic card moden yang sesuai untuk mereka yang baru bermula jelajah dunia PC gaming ni pada harga RM1000 ke bawah, graphic card GTX 1660 ialah pilihan anda. Graphic card ini muncul selepas GTX 1060, dan memberi prestasi yang lebih baik sebanyak 13-15% tapi pada harga murah. GTX 1660 menggunakan architecture Turing yang diimplemetasikan di dalam lineup RTX tetapi digandingkan bersama GDDDR5 VRAM yang boleh didapati di mana sahaja, maka ia murah.
GTX 1660 ialah sebuah graphic card mainstream dan popular, dan menjadi pengganti kepada siri Geforce 20 yang sangat berjaya serta mempunyai kualiti yang hampir setanding. Yang penting, GTX 1660 memberi apa yang korang nak pada harga yang korang sendiri mampu milik!
AMD Radeon VII
- GPU Cores: 3,840
- Base Clock: 1,400MHz
- Boost Clock: 1,750MHz
- GFLOPS: 13,440
- Memory: 16GB HMB2
- Memory Clock: 2 GT/s
- Memory Bandwidth: 1024GB/s
AMD akhirnya membalas kepada siri graphic card high-end Nvidia 20 Series. Mereka mengeluarkan Radeon VII pada awal tahun ini dan ini merupakan GPU terhebat mereka yang dituju khas untuk para gamer susah mati yang juga merupakan peminat AMD. Ia adalah card yag sangat bagus dan memberi prestasi 1440p dan 4K Ultra yang mantap, serta merupakan GPU pertama untuk dicipta menggunakan litografi 7nm. Ini adalah card yang sangat hebat pada harga yang berpatutan.
Baguslah mereka mengeluarkan card yang mampu bersaing dengan Nvidia kan. Agak jelas apabila dibandingkan bersama RTX 2080 daripada segi kuasa dan harga pun lebih murah. Radeon VII ialah alternatif yang bagus jika korang tidak ingin membeli Nvidia.
Nvidia GeForce GTX 1070 Ti
- GPU Cores: 2,432
- Base Clock: 1,607MHz
- Boost Clock: 1,683MHz
- GFLOPS: 8,873 | Memory: 8GB GDDR5
- Memory Clock: 8Gbps
- Memory Bandwidth: 256GB/s
GTX 1070 Ti adalah antara graphic card mid-range terbaik di pasaran. Jika korang tengah cari sebuah graphic card yang mampu mainkan game pada resolusi 1440p atau menguruskan VR dengan murah serta mengharapkan spesifikasi yang hampir sama seperi card-card lain yang beratus-ratus lebih mahal, GTX 1070 Ti menyeimbangkan prestasi dan kos dengan sempurna.
Hampir menghampiri tahap prestasi seperti GtX 1080 tetapi pada harga yang lebih murah, GTX 1070 Ti ialah jawapan kepada barisan card AMD Vega. Jika korang nak prestasi baik punya, tapi tak cukup sedia untuk upgrade kepada sesuatu di famili 20-Series, GTX 1070 Ti ialah pilihan bagus dan boleh jimatkan duit dalam poket anda.
Radeon RX 580 8GB
- GPU Cores: 2,304
- Base Clock: 1,257MHz
- Boost Clock: 1,340MHz
- GFLOPS: 6,175
- Memory: 8GB GDDR5
- Memory Clock: 8 GT/s
- Memory Bandwidth: 256GB/s
@gamersantaimy
Discussion about this post