Mode Battle Royale telah diumumkan untuk Call of Duty: Mobile! Direka khas untuk pelantar mobile, ini ialah nafas baru di dalam francais terkenal CoD. Sudah pasti, ia akan menawarkan gameplay Call of Duty yang korang semua kenal dan pernah bermain serta map besar yang mengandungi lokasi ikonik daripada francais lagenda ini. Tetapi ini bukan Blackout ya. Mode Battle Royale di Call of Duty: Mobile ialah pengalaman yang sangat berbeza, Activision kata. Mungkin ada beberapa pemain Blackout yang dapat cari persamaannya, tetapi akhirnya ini ialah game baru dan berbeza. Dengar pun dah tak sabar nak main tau.
Seperti game Battle Royale yang lain, CoD: Mobile juga mempunyai konsep yang sama iaitu 100 pemain berlawan di map berskala besar. Pemain akan jatuh tanpa apa-apa senjata, baju perlindungan atau item, lalu harus mencari senjata dan gear sepantas mungkin jika ingin bertahan hidup.
Korang boleh main secara solo, duo, atau four-person squad, dan juga boleh revive rakan sepasukan yang mati dengan mengumpul dog tag mereka. Ada enam kelas untuk korang pilih daripada, dengan setiap kelas mempunyai skill dan abiliti mereka tersendiri.
Further Intel on Call of Duty: Mobile: We drop into Battle Royale mode with an extensive overview showcasing match types and classes, a new way to revive, different perspectives on combat, plus map locations and more! #callofduty #codmobile
Further Intel: https://t.co/wn5mqlLXul pic.twitter.com/Zb5mUObHjl— Activision (@Activision) May 21, 2019
Memang banyak tempat untuk diterokai di mode Battle Royale CoD, termasuk lokasi-lokasi daripada judul CoD sebelum-sebelum ini seperti Modern Warfare, Modern Warfare 2, dan Black Ops. Korang boleh pilih antara berjalan kaki atau menggunakan salah satu daripada empat kenderaan: ATV dengan ruang untuk dua orang, SUV dengan ruang untuk empat orang, helikopter ringan yang boleh membawa tiga orang, atau tactical raft.
Sumber – CultofMac
@gamersantaimy
Discussion about this post