HoYoverse mengumumkan bahawa Zenless Zone Zero akan melancarkan update Version 2.2 pada 4 September. Update ini akan memperkenalkan watak baharu bagi Obol Squad yang menampilkan ejen Seed dan Orphie & Magus, di samping pelbagai acara dalam game.
Pada masa yang sama, mereka turut mengumumkan kolaborasi bersama Razer.
Berikutan kejayaan mematahkan konspirasi Exaltist baru-baru ini, New Eridu Defense Force secara rasminya campur tangan dalam perebutan kuasa di Waifei Peninsula. Di bawah pimpinan Major General Lorenz dan Colonel Isolde, Obol Squad dihantar ke barisan hadapan.
Pemain akan menyertai skuad ini bukan sahaja untuk menghapuskan saki-baki ancaman Exaltist tetapi juga untuk membongkar kebenaran yang lama terpendam, termasuk latar belakang misteri ahli pasukan, Seed.

Zenless Zone Zero Version 2.2 akan mengembangkan senarai ejen dengan dua watak S-Rank baharu dari Obol Squad:
- Seed, seorang S-Rank Electric Attack Agent, ialah mekanik genius yang memandu mecha “Seed Sr.”. Dia pakar dalam kuasa tembakan dan suppression yang luar biasa, serta bersinergi dengan ejen Attack lain untuk meningkatkan output damage berterusan pasukan.
- Orphie & Magus, S-Rank Fire Attack Agent dan kapten Obol Squad, cemerlang dalam pertempuran pasukan yang terkoordinasi menggunakan laser berkuasa tinggi. EX Special Attack-nya boleh membantu sekutu, mengumpul “Bottled Heat,” dan meletakkan seluruh skuad dalam keadaan “Zeroed In,” yang meningkatkan Attack dan membolehkan serangan susulan mengabaikan sebahagian Defense musuh.

Turut menyertai barisan ini ialah Mercury, Bangboo S-Rank cemerlang yang memberikan sokongan dari dalam kereta kebal. Selain itu, banner untuk ejen S-Rank Trigger (Electric Stun) dan Evelyn (Fire Attack) akan kembali dalam versi ini.

Acara baharu dalam game akan menawarkan beberapa cabaran dan ganjaran yang segar. Acara tower defense “Band of Brave Bangboo” kembali dengan peta, musuh dan mekanik baharu, termasuk semak dan persekitaran Miasmic. Menyelesaikan peringkat akan memberi ganjaran Bangboo A-Rank, Excaliboo, kepada para pemain.
Bangboo ini akan cuba menarik pedang sucinya dengan kelakar untuk melancarkan serangan hebat—jika berjaya, ia menghasilkan serangan pedang yang kuat, manakala jika gagal, ia akan melakukan serangan tukul yang bersungguh-sungguh terhadap lawan.
Untuk hiburan yang lebih santai, acara “Rhythm Rave” mencabar para pemain untuk menyelaraskan rentak dengan runut klasik dan memperoleh ganjaran dalam game yang melimpah ruah.

Penambahbaikan berterusan juga telah dilaksanakan untuk meningkatkan lagi pengalaman pemain. Sebagai contoh, pemain kini boleh memilih antara Belle atau Wise sebelum memulakan acara teman seperti jemputan Quality Time.
Zenless Zone Zero kini tersedia di PlayStation 5, Xbox Series X|S, PC, iOS dan Android.
Razer Memperkenalkan Koleksi Rasmi Zenless Zone Zero
Dalam pengumuman berkaitan, Razer telah bekerjasama dengan HoYoverse untuk melancarkan koleksi barangan rasmi yang pertama untuk Zenless Zone Zero. Barisan produk yang bergaya ini menampilkan rekaan yang diinspirasikan oleh Miyabi dan menyertakan ganjaran eksklusif dalam game dengan setiap pembelian.
Koleksi ini termasuk:
- Razer Iskur V2 X – Zenless Zone Zero Edition (Kerusi Gaming)
- Razer BlackWidow V4 X – Zenless Zone Zero Edition (Papan Kekunci)
- Razer Cobra – Zenless Zone Zero Edition (Tetikus)
- Razer Gigantus V2 – Medium – Zenless Zone Zero Edition (Pad Tetikus)
Razer BlackWidow V4 X kini tersedia untuk pra-tempah di Razer.com pada harga RM869.00. Iskur V2 X, Cobra dan Gigantus V2 akan tersedia tidak lama lagi di Razer.com, RazerStores dan kedai terpilih.
Maklumat lanjut mengenai koleksi Razer boleh didapati di SINI.









Discussion about this post