Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

“Liar Game” Menerima Adaptasi Anime Pertama Daripada Studio Madhouse

Razin Syafiq by Razin Syafiq
August 25, 2025
in Anime, Artikel, Berita
0 0
0
“Liar Game” Menerima Adaptasi Anime Pertama Daripada Studio Madhouse
Share on FacebookShare on Twitter

Setelah 20 tahun menunggu, REMOW mengumumka bahawa siri manga Liar Game akhirnya akan menerima adaptasi anime pertamanya.

Projek ini dijadualkan untuk tayang pada tahun 2026 dan akan diuruskan oleh studio animasi terkemuka, Madhouse, yang terkenal dengan siri-siri yang hebat seperti musim pertama One-Punch Man, adaptasi kedua Hunter × Hunter, Overlord, dan Frieren: Beyond Journey’s End.

Dicipta oleh Shinobu Kaitani, Liar Game telah disirikan dalam majalah Weekly Young Jump terbitan Shueisha dari tahun 2005 hingga 2015, merangkumi 19 jilid.

Kisah penuh debaran ini mengikuti Nao Kanzaki, seorang pelajar kolej yang jujur dan naif yang tiba-tiba terjebak ke dalam kejohanan “Liar Game” selepas menerima sebuah bungkusan misteri yang mengandungi 100 juta yen.

Dalam permainan berisiko tinggi ini, para peserta mesti menipu, berhelah, dan memperdaya antara satu sama lain untuk memenangi sejumlah besar wang sambil mengelak daripada menanggung hutang yang dahsyat. Untuk terus bertahan, Nao mendapatkan bantuan Shinichi Akiyama, seorang bekas penipu genius dan pakar manipulasi psikologi.

Bersama-sama, mereka mengharungi pelbagai ujian yang kompleks yang menguji kepercayaan dan pengkhianatan manusia.

Walaupun francais ini telah mempunyai pelbagai adaptasi—termasuk drama aksi langsung Jepun yang popular (2007–2009), dua filem aksi langsung (2010, 2012), sebuah drama Korea Selatan (2014), dan sebuah pementasan teater (2023)—ini merupakan kali pertama manga ini dihidupkan melalui animasi.

『LIAR GAME』2026年TVアニメ化決定🎭
ティザービジュアルを初公開いたします。

アニメーション制作は #マッドハウス( @Madhouse_News ) が担当。
さらに原作者&スタッフコメントが到着です。
▶️https://t.co/X6J2eYE200

原作:甲斐谷忍(集英社ヤングジャンプ コミックスDIGITAL刊)… pic.twitter.com/J5bE2x2o3l

— TVアニメ『LIAR GAME -ライアーゲーム-』公式 (@liargame_anime) August 22, 2025

Projek ini disertai oleh barisan staf veteran yang berpengalaman dalam genre thriller psikologi. Ketua Pengarah Yuzo Sato, yang sebelum ini mengadaptasi karya Kaitani yang lain, One Outs, dan mengarahkan siri klasik perjudian Kaiji: Ultimate Survivor, akan menyelia produksi ini.

Dia diiringi oleh Pengarah Asami Kawano (penolong pengarah untuk The Vampire Dies in No Time).

Tatsuhiko Urahata, yang mengakui dirinya sebagai peminat manga ini dan terkenal dengan hasil kerjanya dalam Baki Hanma dan Spice and Wolf, akan mengendalikan komposisi siri dan lakon layar. Kei Tsuchiya (Trillion Game) pula bertugas sebagai pereka watak.

Pengarah Bunyi, Kisuke Koizumi (My Happy Marriage), akan bertanggungjawab untuk rekaan bunyinya.

Maklumat lanjut mengenai platform siaran global dan jumlah episod anime Liar Game masih belum disahkan. Untuk maklumat terkini, layari laman web rasmi anime.

Tags: Liar Game
ShareTweetSend
Previous Post

Zenless Zone Zero 2.2 Akan Datang 4 September, Memperkenalkan Ejen Obol Squad Baharu & Kolaborasi Razer

Next Post

Nymey – Platform Siaran Anime Pertama Dari Malaysia!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI
Review

Reviu KAZUMA KANEKO’S TSUKUYOMI – Naik Taraf Yang Seronok, Tetapi Tercalar AI

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4
DLC

Borderlands 4 Akan Terima Dua DLC Besar Pada Tahun Ini Bermula Dengan Bounty Pack 4

July 24, 2026
Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027
Anime

Anime Baru “Mobile Suit Gundam RG XARX-ZERO” Akan Tiba 2027

July 24, 2026
Next Post
Nymey – Platform Siaran Anime Pertama Dari Malaysia!

Nymey – Platform Siaran Anime Pertama Dari Malaysia!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara
Animasi

LEGO One Piece Cerita Semula Kisah Musim 1 & 2, Usopp Jadi Penglipur Lara

July 21, 2026
Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman
Anime

Kuro Games Umum Siri Animasi Wuthering Waves: Elysium, Dibuat Oleh Studio Dalaman

July 20, 2026
BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru
Mobile

BLEACH Mirrors High – Protagonis Adalah Shinigami Ciptaan Sendiri, Gameplay Berasaskan Kad, Watak Baru

July 20, 2026
Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026
Manga

Digimon Ada Manga Baru Yang Akan Memulakan Terbitan Pada Oktober 2026

July 17, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd