Pemenang Gamescom Awards 2025 telah diumumkan pada hari Jumaat, 22 Ogos, di mana game horror-survival yang amat dinanti-nantikan dari Capcom, Resident Evil Requiem, muncul sebagai pemenang terbesar pada malam itu.
Game tersebut membolot empat kategori utama di majlis anugerah, yang diadakan untuk memberi pengiktirafan kepada game-game paling inovatif dan menarik yang dipamerkan sepanjang acara tersebut.
Resident Evil Requiem telah diberi penghormatan dengan anugerah untuk ‘Best Visuals’, ‘Best Audio’, ‘Most Epic’, dan ‘Best Sony PlayStation Game’.
Kejayaan game ini menyumbang kepada malam yang bersejarah untuk penerbitnya, Capcom Entertainment, yang turut merangkul trofi ‘Best Lineup’ untuk trio judul game yang mengagumkan, termasuk Pragmata dan Onimusha: Way of the Sword akan datang.
Ubisoft juga mempamerkan prestasi yang cemerlang, meraikan pelbagai kemenangan. Game strategi bersejarah Anno 117: Pax Romana telah dinobatkan sebagai ‘Best PC Game’, dan reruai hands-on yang imersif, digabungkan dengan Ubisoft Community Lounge, telah diiktiraf oleh juri sebagai ‘Best Booth’.
Kehadiran penerbit itu turut dipuji dengan anugerah untuk ‘Best Business Booth’.
Trailer yang telah lama ditunggu-tunggu untuk Hollow Knight: Silksong berjaya menawan hati para peminat, memenangi anugerah ‘Best Trailer’ pilihan pemain.
Di kawasan hiburan, ruang The Pokémon Company yang menarik dan popular telah diberi penghormatan oleh para hadirin dengan anugerah ‘Best Booth’ (Consumer Award).
Anugerah ini turut meraikan pengalaman yang unik dan bersifat indie. Tiny Bookshop, sebuah game indie daripada neoludic games, menerima anugerah ‘Games for Impact’ kerana mesej positifnya dalam membina dan memupuk komuniti peminat membaca.
Sementara itu, Hela, sebuah game santai yang diilhamkan oleh keindahan alam semula jadi Scandinavia, berjaya memenangi dua trofi: ‘Most Entertaining’ dan ‘Most Wholesome’.
Satu penghormatan istimewa, ‘HEART OF GAMING Award’, telah disampaikan kepada gamescom artist area.
Hadiah khas juri ini mengiktiraf ruang penting di mana artis-artis bebas mempamerkan karya yang diilhamkan oleh permainan video, meraikan sumbangan luar biasa mereka kepada budaya gaming dan interaksi langsung yang mereka pupuk dengan peminat.
Berikut adalah senarai penuh pemenang Gamescom Awards 2025:
Kategori ARTS
- Best Visuals: Resident Evil Requiem – Capcom Entertainment
- Best Audio: Resident Evil Requiem – Capcom Entertainment
- Best Gameplay: Donkey Kong Bananza – Nintendo
- Most Entertaining: Hela – Windup / Knights Peak
- Most Epic: Resident Evil Requiem – Capcom Entertainment
- Most Wholesome: Hela – Windup / Knights Peak
- Games for Impact: Tiny Bookshop – neoludic games / Skystone Games, 2P Games
Kategori PLATFORM
- Best Microsoft Xbox Game: Grounded 2 – Obsidian Entertainment / Xbox Game Studios
- Best PC Game: Anno 117: Pax Romana – Ubisoft Mainz / Ubisoft
- Best Sony PlayStation Game: Resident Evil Requiem – Capcom Entertainment
- Best Nintendo Switch 2 Game: Mario Kart World – Nintendo
- Best Mobile Game: Love and Deepspace – Papergames / Infold Games
Kategori GLOBAL
- Best Lineup (Jury Award): Capcom Entertainment
- Best Booth (Jury Award): Anno 117: Pax Romana Hands-On Booth + Ubisoft’s Community Lounge
- Best Business Booth (Jury Award): Ubisoft Business Lounge
- HEART OF GAMING Award (Jury Special Prize): gamescom artist area
- Best Booth (Consumer Award): The Pokémon Company
- Best Merch (Consumer Award): Star Birds Gacha Machine
- Best Trailer (Consumer Award): Hollow Knight: Silksong
Untuk maklumat lanjut mengenai Gamescom Awards, sila layari laman web rasmi.









Discussion about this post