Gamer Santai
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4
No Result
View All Result
Gamer Santai
No Result
View All Result

Where Winds Meet – Info Expansion “Imperial Palace” & Pelan Kandungan Baharu!

Razin Syafiq by Razin Syafiq
May 19, 2026
in Android, Artikel, Berita, DLC, Epic Store, iOS, Mobile, PC, PS5, Steam
0 0
0
Where Winds Meet – Info Expansion “Imperial Palace” & Pelan Kandungan Baharu!
Share on FacebookShare on Twitter

Everstone Studio telah mengumumkan pelan kandungan (roadmap) terkini untuk Where Winds Meet yang diketuai oleh expansion kedua bertajuk “Imperial Palace“. Selain itu, pelbagai ciri menarik turut diperkenalkan, bermula daripada sistem perumahan hinggalah kepada kehadiran peneman berbulu yang comel.

Sebagai sambutan, pemain boleh mendapatkan set kosmetik Panda edisi terhad di kedai dalam game dengan harga 60 Echo Beads. Tersedia sehingga 17 Jun, kostum khas tersebut bukanlah hiasan semata-mata, malah direka untuk meningkatkan kesedaran tentang perlindungan hidupan liar.

Sebagai tanda penghargaan kepada komuniti, pihak studio turut menghadiahkan tiga outfit premium secara percuma sepanjang tempoh acara ini berlangsung.

Rahsia di Imperial Palace

Selepas tamatnya jalan cerita “Hexi”, kisah Jianghu kini beralih ke pusat pemerintahan empayar iaitu Imperial Palace. Bakal dilancarkan pada akhir Mei, expansion ini akan membuka kawasan istana diraja seluas 1 juta meter persegi dan dikenalkan sebagai sebuah kawasan “larangan” yang keluasannya hampir menyamai bandar raya Kaifeng.

Istana ini dihuni oleh lebih 3,000 NPC daripada pelbagai puak yang saling bersaing. Di sini, pemain berpeluang menyelami sisi gelap kehidupan istana, membongkar konspirasi politik, serta membina hubungan dengan ahli keluarga diraja.

Segala peristiwa yang berlaku di sini bakal menjadi titik tolak kepada perubahan besar dalam naratif dunia Jianghu pada masa hadapan.

Tambahan Gameplay

Pengenalan “Imperial Palace” hanyalah permulaan. Everstone Studio turut menjelaskan beberapa ciri baharu yang akan datang dalam masa terdekat:

  • Sistem Homestead (Bakal hadir Jun 2026): Bagi mereka yang inginkan rentak lebih santai, anda boleh pulang ke Qinghe untuk membina tempat perlindungan sendiri. Sistem Homestead membolehkan pemain bercucuk tanam, menghias rumah, dan merasai kehidupan tenang sebagai seorang pendekar yang bersara daripada dunia luar.
  • Co-op Raids dan Penjelajahan Makam (Jun 2026): Peminat aksi akan menerima dua mod baharu. “Martial Path Domain” menawarkan pengalaman PVE co-op lima pemain, manakala mod “Ancient Tombs” pula membawa kita meneroka runtuhan bawah tanah gelap gelita untuk memburu loot berkualiti tinggi sambil berdepan dengan musuh.
  • Senjata Baharu – Gauntlets (Musim Panas 2026): Gauntlets akan memperkenalkan gaya seni bela diri unik, memfokuskan kepada combat jarak dekat yang pantas dan memberikan impak “fist-to-flesh”.
  • Sistem Companion: Selepas ini, anda tidak lagi perlu mengembara sendirian. Sistem Companion akan memperkenalkan peneman haiwan berbulu yang akan sentiasa berada di sisi anda. Menariknya, personaliti dan dialog mereka akan berubah serta berkembang mengikut pengalaman yang anda lalui bersama.

Selain kandungan baharu, pasukan pembangun juga komited untuk terus menambah baik kualiti permainan. Antara fokus utama termasuklah memperluaskan sistem Guild menerusi mod “GVE” (Guild vs. Environment) serta memastikan keseimbangan kuasa antara setiap senjata.

Game ini tersedia di PlayStation 5, PC (Steam, Epic Games Store), iOS, dan Android.

Tags: ExpansionWhere Winds Meet
ShareTweetSend
Previous Post

Jom Cuba Demo ‘The Adventures of Elliot: The Millennium Tales’ – Karya Terbaru Oleh Team Asano!

Next Post

Pictonico! – Game Mobile Di Mana Anda Tukar Gambar Peribadi Jadi Minigame Kelakar!

Razin Syafiq

Razin Syafiq

Dahulu, saya membesar seperti mana-mana kanak riang lain iaitu bersama komik, game, dan anime (Kreko, Utopia, Gempak, cd anime yang dijual kat kedai). Mula-mula, niat nak masuk bidang animasi sebab bersemangat, tapi terus tukar ke bidang game development sewaktu lanjut pelajaran. Entah bagaimana, saya kini berada dalam dunia journalism, dan memang jatuh cinta dengan industri ini. Banyak yang saya belajar, dan banyak yang saya ingin kongsi kepada awak semua di luar sana. Untuk hubungi saya, sila lawat mana-mana halaman media sosial yang diberi. Terima kasih kerana membaca penulisan, dan membenarkan saya berkembang maju. Sehingga kita berjumpa lagi!

Related Posts

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”
Panduan

Granblue Fantasy: Relink – Endless Ragnarok – Panduan Untuk Menewaskan “The World”

July 9, 2026
“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026
Berita

“Sumpahan Essie” Jadi Mimpi Ngeri Piala Dunia FIFA 2026

July 9, 2026
Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026
Teknologi

Harga RAM DDR4 & DDR3 Akan Naik Mendadak Bermula Q3 2026

July 9, 2026
Next Post
Pictonico! – Game Mobile Di Mana Anda Tukar Gambar Peribadi Jadi Minigame Kelakar!

Pictonico! - Game Mobile Di Mana Anda Tukar Gambar Peribadi Jadi Minigame Kelakar!

Discussion about this post

Discord Kami

Sertai Discord kami

Facebook Kami

YouTube Kami

Twitter/X Kami

Follow @GamerSantaiMY

Tweet to @GamerSantaiMY

Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!
Anime

TV Tokyo Rancang Beberapa Projek Game Naruto Sempena Ulang Tahun Ke-25, Paling Awal Keluar Tahun 2027!

June 2, 2026
Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!
Anime

Gintama the Movie: Yoshiwara in Flames Akan Datang Ke GSC, Bersama Fan Screening!

June 1, 2026
Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!
Anime

Anime Tomb Raider King Akan Mula Tayangan 8 Julai Ini!

May 29, 2026
Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!
Anime

Jam Tangan Ulang Tahun Ke-30 Initial D Dibuka untuk Pra-Tempah di Malaysia!

May 28, 2026
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Privacy & Policy

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Berita
  • Temuramah
  • Review
  • Sister Sites
    • Wanuxi
    • Gamer Braves
    • GamerWK
    • Gamer555
  • Borderlands 4

© 2017 - 2025 Digital Braves Media Group Sdn Bhd